in ,

Apa Ada Pada Drama Mana Hilangnya Juwita?

Tak lama dulu, Budiey ada terfikir jugak, kenapa kat Malaysia ni tak banyak drama yang 100% berkonsepkan realiti, yang begitu dekat dengan jiwa kita orang Malaysia.

Misalnya kisah yang membongkar realiti sebenar jenayah di Malaysia. Ya, drama macam tu memang banyak kali ditayangkan sebelum ini.

Memang ada, cuma tak banyak membuatkan kita betul-betul tertarik dengan konsep dan setiap saat drama yang disiarkan. Kadang-kadang tu, kisah dan plot agak klise dan slapstik. Aksinya pula tak berapa nak menjadi. Balik-balik ulang benda yang sama. Tidak dekat dengan jiwa penonton. Tak ada daya tarikan.

Namun, Budiey rasa tak lama lagi, kita akan betul-betul setia di kaca TV kerana akan ada sebuah drama yang memaparkan eleman kejadian penculikan yang sering berlaku dalam masyarakat kita.

Drama yang Budiey maksudkanberjudul Mana Hilangnya Juwita? yang telah mula disiarkan pada Hari Isnin yang lepas di Astro Ria.

Drama Mana Hilangnya Juwita

Memang ada drama sebelum ini berkisar tentang kisah penculikan tapi banyak yang tak menarik. Budiey pasti ramai yang tertunggu-tunggu episod demi episod kerana drama ini yang membuatkan anda rasa dekat dengan emosi jiwa kita yang sangat prihatin dan empati. Apa taknya, semua kisah yang dipaparkan dalam drama ini pernah disiarkan dalam akhbar.

Bukan untuk mengajar penonton modus operandi cara nak culik orang tapi sekurang-kurangnya, drama arahan Joeza Rasidi terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd ini dapat memberikan pengajaran kepada penonton di mana mengingatkan kita untuk berhati-hati agar kejadian culik tak berlaku dalam masyarakat kita.

Budiey gerenti drama 15 episod ini diolah dengan garapan cerita yang menarik. Apatah lagi, apabila Budiey dapat tahu, ramai pelakon terkenal berlakon drama ini. Mereka ialah Erra Fazira, Datin Umie Aida dan Lisa Surihani yang mana terbukti ada kehebatan dan karisma masing-masing. Lakonan mereka memang superb!. Budiey suka!

Permulaan cerita drama ini pun dah membuatkan kita terkejut. Haha, nak tahu camna korang terkejut tu tak tahu la kan? Bukan apa, opening dia start dengan klimaks iaitu tragedi pembunuhan dan pelanggaran berlaku di mana tragedi membawa kepada kisah selanjutnya secara imbas kembali (flashback).

Drama ini menceritakan tentang Anggun (lakonan Lisa Surihani), berasal dari kampung yang datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari adiknya Juwita setelah beberapa hari tidak dapat dihubungi.

Banyak detik cemas diselitkan dalam drama ini di mana sepanjang pencarian mencari adiknya yang hilang itu, Anggun terpaksa menempuhi banyak cabaran dan halangan. Apa dia halangannya? Korang kenalah tonton.

Kita dapat tengok kat sini, betapa sayangnya Anggun kepada adiknya. Ya, demi Juwita, Anggun sanggup melakukan apa sahaja.

Demi Juwita juga, Anggun sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan yang sangat bahaya hingga mengancam dirinya yang dia sendiri tak tahu hujung pangkalnya.

Semakin jauh dia mencari, semakin banyak yang terpaksa diredahi. Segala halangan ini ditempuhi Anggun dan membawa Anggun ke Balai Polis. Haha, kat situ ada suspen la sikit kan. Macamana Anggun boleh sampai ke balai polis, itu yang korang kena tonton. Budiey takkan cerita kat sini.

Anggun juga turut menghubungi bekas kekasihnya bernama Haider untuk membantunya mencari Juwita.

Cerita ini akan lebih menarik apabila episod kedua disiarkan nanti. Beberapa persolan dan misteri terjawab. Namun tak lah semua. Anggun tidak putus asa dan dia masih percaya adiknya, Juwita masih hidup. Dengan ditemani oleh Haider, Juwita pergi ke kolej, tempat di mana Juwita belajar, kot-kot manalah tahu Juwita ada kat kolej. Atau mungkin Anggun akan jumpa klu atau tanda untuk menjejaki adiknya.

Walaupun isu atau tema drama ini agak sensitif, namun Budiey rasa drama ini boleh menjadi pembuka mata masyarakat dengan emosi yang dipaparkan.

Budiey percaya kalau ada yang berpendapat drama ini ada garapan jalan cerita yang bagus. Dari scene ke scene, dari babak ke babak, membuatkan kita sering tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada episod seterusnya. Ada unsur suspen dan drama macam ni boleh membuatkan Budiey rasa nak tengok kesemua episod.

Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah artis eksklusif Astro, Lisa Surihani. Selain daripada itu pelakon lain adalah Zahiril Adzim, Azhan Rani, Syazwan Zulkifli, Raja Ilya dan tidak ketinggalan, Diana Johor.

Mana Hilangnya Juwita?

Mungkinkah semangat Anggun untuk mencari adiknya akan pudar, akan hilang sepertimana Juwita? Adakah Juwita ini benar-benar diculik atau terlibat dengan pemerdagangan manusia? Masih hidupkah Juwita? Kalau masih hidup, Mana Hilangnya Juwita?

Jadi, untuk mengetahui lanjut tentang drama ini, apa kata kita sama-sama tonton episod kedua yang akan disiarkan setiap Isnin di saluran Astro Ria (saluran 104) jam 10 malam.

Drama Mana Hilangnya Juwita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar & Video Lelaki Amuk Di JPM

ESPN Star Sports Pundits Predict Gold Rush