in

Anzalna Nasir Sah Bergelar Isteri Nikah Dengan Mohamad Hanif

Pelakon Anzalna Nasir bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 28, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.

Majlis pernikahan tersebut diadakan secara sederhana dengan dihadiri saudara dan rakan-rakan terdekat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, pada Ahad.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Anzalna iaitu Prof Madya Dr Mohd Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Anzalna, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan menyerahkan sebanyak sembilan dulang hantaran.

Wow... cantik busana majlis nikah Anzalna Nasir rekaan Rizalman. Majlis nikah berlangsung pada pagi ini di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Selamat pengantin baru Anzalna dan suami. #hanzalna #budieydotcom #budieyators

Antara barangan hantaran daripada pihak Anzalna ialah barangan elektronik, jam tangan, coklat, kek, pewangi, sirih junjung, set persalinan, cincin dan sejadah.

Manakala, pengantin lelaki membalas dengan tujuh dulang hantaran iaitu beg tangan, tepak sirih, telefon bimbit, cincin, set telekung, wang hantaran dan gelang tangan.

Sementara itu, Anzalna yang ditemui pada sidang media mengakui sukar untuk menggambarkan perasaanya ketika sah bergelar isteri.

Katanya, dia bersyukur hubungan yang dijalinkan selama 10 tahun dengan lelaki itu akhirnya berakhir dengan ikatan yang sah.

“Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan selepas 10 tahun kami berkawan akhirnya saya sah menjadi isteri dia.

“Dia seorang lelaki yang sangat sempurna buat saya dan paling layak untuk dijadikan sebagai suami,” ujarnya.

Pasangan ini merancang untuk berbulan madu di sebuah pulau dan menunaikan umrah bersama-sama pada penghujung tahun ini.

Majlis perkahwinan tersebut disiarkan secara langsung dan eksklusif di stesen televisyen TV3.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 27 Februari ini di Hotel Grand Hyatt.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem BOBOIBOY THE MOVIE

Sinopsis Filem MUNAFIK