in

Anugerah Juara Lagu Terima Pengiktirafan Istimewa

ANUGERAH JUARA LAGU TERIMA PENGIKTIRAFAN ISTIMEWA

Keunggulan anugerah berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu sememangnya tidak disangkal apabila sekali lagi berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pengiktirafan sebagai “Pertandingan Lagu & Lirik Paling Lama Negara“ daripada Malaysia Book of Records semalam.

Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) bersama Nurul Huda Haji Khalid mewakili tenaga produksi AJL dan TV3 hadir untuk menerima sijil pengiktirafan sewaktu majlis makan malam khas anjuran Malaysia Book of Records “Night of Achievers” bertempat di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, semalam.

AJL Trophy 2

Sijil pengiktirafan “Anugerah Juara Lagu : Longest Running Songs & Lyrics Competition” telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersama Y.A.Bhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia selaku tetamu kehormat di majlis makan malam yang turut meraikan ulang tahun ke-17 penubuhan Malaysia Book of Records dan juga pelancaran edisi ke-8 buku Malaysia Book of Records.

Untuk makluman, selain daripada memberi penghargaan kepada individu dan organisasi terpilih menerusi kategori Kejadian Manusia (Human Beings), Malaysia Books of Records turut mengangkat Anugerah Juara Lagu mewakili kategori Hiburan & Seni (Arts & Entertainment) di atas usaha dan impak terhadap industri muzik Malaysia. Setelah lebih dua dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.

Diangkat sebagai acara anugerah muzik tahunan berprestij tempatan, tahun ini menampilkan elemen air yang unik sebagai konsep dan tema persembahan. Selari dengan arus pembangunan dan prestasi industri muzik kita, irama dan alunan lagu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus dan turut berubah mengikut perkembangan semasa di mana para penggiat muzik sentiasa mengambil inisiatif untuk mencuba elemen-elemen baru dalam berkarya.

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Januari 29 lalu, Anugerah Juara Lagu 26 telah sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Elfira Loy di Anugerah Stail EH! 2012

Drama Bersiri Miss Octopus