in , , ,

Anugerah Juara Lagu (AJL 35) Terpaksa Ditunda Kerana PKP

Anugerah Juara Lagu 35 yang telah dirancang untuk bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari 2021, ditunda bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang semalam.

Menurut ​Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh​,

“Ketika dalam sidang media AJL35 semalam, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35, Puan Huda sememangnya berharap agar PKP tidak dilaksanakan, dan AJL35 boleh berlangsung seperti yang dijadualkan.

Namun, petang tadi, YAB Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP bermula hari Rabu ini sehingga 26 Januari 2021. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain. Hal ini kerana, kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Oleh itu, untuk kebaikan semua pihak, kami memutuskan untuk menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya setelah tempoh PKP ditamatkan secara rasmi.”

“Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35 ini.

Kami berharap juga agar semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan keselamat kita semua,”

Dato’ Khairul Anwar Salleh
ajl 35

AJL35 disokong oleh penaja utama, McDonald’s Malaysia, penaja-penaja bersama iaitu Celcom Xpax dan Sabella serta Shell selaku rakan penaja. Selain itu, AJL35 turut disokong oleh rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital Senang Terhibur, OHBULAN! dan xtra.com.my.

Dapatkan maklumat lanjut AJL35 di laman sesawang ​www.anugerahjuaralagu.com serta laman sosial media rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur. Ikuti juga trend semasa perbualan alam maya melalui #AJL35

Stesen TV No. 1 Malaysia sentiasa menghasilkan kandungan rancangan terbaik yang mencetus fenomena sepanjang 34 tahun bersiaran. Antaranya, drama bersiri – Nur, Leftenan Zana dan 7 Hari Mencintaiku. Rancangan anugerah – Anugerah Juara Lagu dan juga rancangan realiti seperti Immortal Songs, Vokal Mania, Lagu Cinta Kita 2 dan I Can See Your Voice Malaysia.

Buletin Utama telah merekodkan jumlah tontonan tertinggi pada setiap hari manakala Saluran YouTube TV3 – @TV3MALAYSIAOFFICIAL bukan sahaja menghimpunkan rancangan-rancangan popular siaran TV3 malahan ia juga merupakan antara saluran YouTube yang paling tinggi langganan di Malaysia.

Mengenai McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 39 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari ​www.mcdonalds.com.my​.

Mengenai Celcom Axiata Berhad

Celcom merupakan operator mudah alih swasta yang pertama di Malaysia, dengan lebih13 juta pelanggan. Ditubuhkan pada tahun 1988, ia mempunyai liputan meluas bagi rangkaian 2G, 3G dan 4G LTE di negara ini, meliputi kira-kira 98% populasi. Celcom kini memacu ke arah penyelesaian integrasi pelbagai akses, perkhidmatan multimedia, dan Objek Rangkaian Internet (IoT). Budaya dalam mengutamakan pengalaman pelanggan diperlihatkan melalui penerimaan anugerah dalam perkhidmatan pelanggan, produk, dan juga pelbagai pengiktirafan di peringkat serantau. Celcom merupakan sebahagian daripada Kumpulan Axiata Berhad, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di dunia merentasi 10 pasaran Asia. Untuk maklumat lanjut mengenai Celcom, layari www.celcom.com.my

Mengenai Sabella

SABELLA adalah syarikat busana tanpa gosok No 1 di malaysia yang menawarkan fesyen rekaan terkini setiap hari. Sabella mementingkan kesesuaian produk dipakai dalam jangka masa yang lama oleh wanita berkerjaya dari segi potongan dan juga kain yang digunakan agar sentiasa sejuk dan selesa dipakai. Setiap produk Sabella dijahit selepas menerima tempahan untuk memastikan pelanggan sentiasa mendapat saiz yang diingini dengan kualiti yang di jamin.

Syarikat Sabella bukan sahaja menyediakan busana rekaan terkini kepada pelanggan tetapi juga membuka peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia tanpa perlu mengeluarkan modal melalui program dropship syarikat. Setakat ini, syarikat Sabella mempunyai lebih daripada 80,000 agen dropship di seluruh Malaysia. Dengan mengeluarkan rekaaan baru setiap hari, kelompok usahawan Sabella boleh meraih pendapatan lumayan melalui hasil jualan ynag tidak putus.

Kunci kejayaan syarikat adalah dedikasi pasangan pengasas Tuan Sufian Sulaiman dan Siti Fatimah Abd Asmad dalam memastikan bukan sahaja syarikat menghasilkan produk menarik dan berkualiti tinggi, tetapi juga usahawan di bawah syarikat ini dibimbing sehingga berjaya. Sebagai usaha untuk membangunkan lebih ramai usahawan di bawah naungan Sabella, syarikat ini membuka jualan atas talian untuk seluruh rakyat Malaysia bemula 2021. Hasil daripada jualan atas tallian kemudiaannya akan dikongsikan kepada usahawan Sabella menerusi sistem perkongsian yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Mengenai tonton & XTRA

Tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 8.4 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 20,000 ahli setiap minggu sehingga kini selepas 8 tahun pelancarannya pada tahun 2010. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara PERCUMA tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. Selain dari itu, dapatkan gosip terbaru dan tip gaya hidup anda melalui laman xtra (​www.xtra.com.my​), kini boleh dilayari menerusi web dan aplikasi tonton. Muat turun atau kemas kini aplikasi baru tonton dari Google Play & App Store hari ini atau layari​ ​www.tonton.com.my​.

What do you think?

49 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lagu TULUS Pamer Transisi Berbeza Azmi Saat, Luahan Cinta Buat Isteri Tercinta

Sah! Tiada Pengecas Disertakan Dalam Kotak Pembelian Samsung Galaxy S21