in , ,

Anugerah Juara Lagu 33 Raih 6.5 Juta Penonton

Anugerah Juara Lagu 33 yang telah berlangsung pada 3 Februari lalu telah ditonton 6.3 juta penonton dengan 55.7% syer penonton! (Sumber, Nielson Audience Measurement) Selain itu, AJL 33 menerima 4.4 juta tontonan di laman sesawang tonton dan di YouTube TV3Malaysia. Acara Karpet Merah yang disiarkan secara langsung di YouTube TV9Malaysia dan di laman sesawang tonton menerima lebih 85 ribu tontonan.

AJL 33

Haram, lagu ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong, nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah merangkul hadiah wang tunai RM50, 000 berserta trofi. Pentas yang dibanjiri air sewaktu persembahan dikatakan unik dari segi susunan dan melodi.

AJL 33

AJL33 Disaksikan 6.3 Juta Penonton!

Manakala Di Matamu, ciptaan Sirkhan & Rinkarnaen, nyanyian Sufian Suhaimi menyentuh hati penonton dari pementasan setimpal dengan lagu yang menerima tontonan YouTube tertinggi di Malaysia. Luahan hati beliau tidak sia-sia apabila dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik dan meraih lebih 24 ribu undian pada malam itu. Beliau juga membawa pulang RM12, 000, trofi serta sebuah telefon pintar Kamera Kuad, Samsung Galaxy A9.

AJL 33

HARAM Juara, Penonton Terkesan Persembahan Sufian Suhaimi!

Menurut ketua juri AJL33, Azmeer, persaingan pada tahun ini amat sengit dan lagu-lagu yang merangkul juara, naib juara dan tempat ketiga markah berbeza titik perpuluhan sahaja, tetapi majoriti mengangkat lagu Haram sebagai juara.

AJL33_CongratsAd

Senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 33:

AJL 33

Juara: 

Lagu: Haram 

Penyanyi:Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong

Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

AJL 33

Naib Juara: 

Lagu: Bunga

Penyanyi:Ara Johari

Komposer: Hang Nadim, Laq, Kadok

Penulis Lirik: Hang Nadim

Ketiga: 

Lagu: Sampai Bila

Penyanyi:Misha Omar 

Komposer: Sharon Paul

Penulis Lirik: Fedtri Yahya & Shah Shamshiri

Vokal Terbaik: 

Lagu: Sampai Bila

Penyanyi:Misha Omar 

Komposer: Sharon Paul

Penulis Lirik: Fedtri Yahya & Shah Shamshiri

Persembahan Di Matamu Sufian Suhaimi yang memenangi Persembahan Terbaik

Persembahan Terbaik:

Lagu: Di Matamu

Penyanyi:Sufian Suhaimi

Komposer: Sirkhan & Rinkarnaen

Penulis Lirik: Sirkhan & Rinkarnaen

Anugerah penuh berprestij ini menampilkan SAMSUNG GALAXY A9 – Pertama Di Dunia, Telefon Pintar Kamera Kuaddan KFC – Sedap Sehingga Menjilat Jarisebagai penaja bersama. 

Terima kasih juga kepada para peminat yang menyokong Anugerah Juara Lagu di Axiata Arena dan di rumah. Saksikan kembali persembahan-persembahan para finalis kegemaran anda yang telah dimuat naik di YouTube TV3Malaysia dan di portal video tonton, www.tonton.com.my. AJL33 turut disokong oleh Geng Digital Xtra, SENANG TERHIBUR, Donna danDhia; serta Geng RadioHot FM danKool FM

Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia serta laman portal XTRA, www.xtra.com.my untuk mendapatkan berita terkini.

AJL 33

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Perkenal Smart Download untuk Pengguna Apple

LEGOLAND Malaysia Resort Launches New Experience With LEGO® City 4D Movie