in ,

Anugerah Juara Lagu 30 Raih 6.2 Juta Penonton

Malam kemuncak di acara muzik paling berprestij Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) memberikan impak dan kekal sebagai rancangan yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia apabila ratings rancangan anugerah itu mencecah hampir 6.2 juta penonton (sumber: Nielsen).

Manakala di Stadium Malawati, Shah Alam, lebih 8,000 orang menonton secara langsung dari dalam stadium dan dari sebuah ruang khas yang disediakan berdekatan acara Karpet Merah Jambu. Malah lima buah dewan panggung wayang penuh dihadiri pengguna tonton dan para selebriti terkenal di Golden Screen Cinemas (GSC), Pavilion, Kuala Lumpur bagi menyaksikan AJL30 yang disiarkan secara langsung selama tiga jam bermula 9.00 malam pada 24 Januari 2016, Ahad yang lalu.

Selain penangan 12 buah finalis yang bertanding, persembahan istimewa daripada Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Yassin Sulaiman, Jaclyn Victor, Hafiz Suip, Rahmad Mega dan Azlan Typewriter membawa penonton merentasi zon masa dengan menyampaikan beberapa Juara Lagu terdahulu. Konsep yang dibawakan ialah dari segi genre muzik iaitu Irama Malaysia/Etnik Kreatif, Balada dan Rockestra.

Trending Nombor 1 Di Malaysia Dan Seluruh Dunia

Anugerah Juara Lagu 30 telah dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh sebagai penaja utama rancangan anugerah tersebut.

Meraikan ’Kegemilangan dan Kemeriahan 30 tahun AJL’ dan membawakan tema 3 Dekad Mencipta Fenomena, sememangnya keunggulan Anugerah Juara Lagu sebagai acara pembuka tirai tahunan tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya yang sentiasa dinantikan para peminat muzik tempatan.

AJL30 bukan sahaja bersiaran di kaca televisyen, malah boleh ditonton secara global dan HD menerusi portal Tonton (www.tonton.com.my) dan laman web rasmi (www.anugerahjuaralagu.com). Secara keseluruhan, 127,313 penonton menyaksikan ‘live-streaming’ AJL30 serta acara Karpet Merah Jambu menerusi www.anugerahjuaralagu.com dan www.tonton.com.my. Manakala sejak 10 Dec 2015 hingga 26 Januari 2016, laman rasmi AJL telah dikunjungi dan dibuka sebanyak 834,195 kali. Halaman web yang paling kerap dilihat ialah di bahagian Peraduan Cover Kami iaitu 355,563 diikuti halaman undian Anugerah Qu Puteh Diva sebanyak 160,523.

Penyumbang utama tontonan secara online pastinya dari Malaysia dengan sejumlah 107,556 penonton. Jumlah itu diikuti dari negara Singapura (7641), United Kingdom (1550), Amerika Syarikat (1032) dan Jepun (787).

Untitled

KEKAL FENOMENA RAIH HAMPIR 6.2 JUTA PENONTON

[dropcap]S[/dropcap]ambutan baik menerusi kaca TV dan secara online juga terbukti apabila #AJL30 menjadi trending di seluruh dunia pada malam itu malah beberapa hari sebelum dan selepas siaran langsung acara kemuncaknya.

Menerusi Facebook lebih 6 juta menyaksikan aktiviti post berkaitan AJL30 di mana lebih 800,000 respons menerusi Twitter. Manaka di instagram, #AJL30 digunakan sejumlah 28,935 dan dijangka bakal meningkat dari semasa ke semasa.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menonton dan menyokong AJL30. Kami pastinya akan membawakan lagi kandungan yang terbaik menerusi penganjuran Anugerah Juara Lagu yang seterusnya,” kata Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9.

“Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada krew penerbitan serta warga kerja yang berusaha keras dalam merealisasikan AJL30. Terima kasih kepada Pamoga Qu Puteh kerana sudi menaja kami. Tidak lupa kepada rakan-rakan strategik kami seperti Tonton, Hot FM, Harian Metro, ZIP, GSC dan semua pihak media kerana turut menjayakan dan mempromosikan rancangan anugerah ini.

Untitled

Dominasi Di Laman Sosial

[dropcap]B[/dropcap]eberapa anugerah khas juga diumumkan pada malam tersebut. Antaranya ialah Anugerah Khas AJL30 yang diberikan kepada Tan Sri Ahmad Othman Merican iaitu orang yang mencetuskan idea rancangan ini dan kepada Datuk Ooi Eow Jin kerana mencipta lagu tema rancangan terbabit yang masih menjadi inspirasi sehingga kini. Anugerah itu disampaikan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri FD Iskandar diiringi Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad.

Manakala lagu Cindai menerima Anugerah Qu Puteh Diva apabila menerima undian tertinggi menerusi laman web rasmi mengalahkan calon lagu Top 4 yang lain seperti Jerat Percintaan, Menaruh Harapan, Isabella dan Lagu Untukmu. Malah di sidang media malam itu, Dato’ Seri Vida yang merupakan penaja utama AJL30 mengumumkan kejutan hadiah istimewa yang dinamakan Anugerah Milenia yang diberikan kepada Akim Ahmad dan Hazama. Kedua-dua penyanyi tersebut membawa pulang RM6,000 hasil persembahan Potret dan Sampai Mati yang menarik perhatian Dato’ Seri Vida.

Pemenang Peraduan Cover Kami anjuran Tonton dan Hot FM ialah Combination Band yang membawa pulang wang tunai RM5,000 mengalahkan peserta seperti Sawi Buskers, Sindiket Cover Lagu, Saffronband dan Happy Siblings.Peraduan itu sebelum ini menerima hampir 300 buah penyertaan yang kemudiannya disenarai-pendekkan. Mereka juga menerima cenderahati daripada Pamoga Qu Puteh.

Untitled

Ganjaran wang tunai ialah RM50,000 untuk Juara Lagu, RM35,000 bagi Naib Juara dan RM20,000 untuk tempat ketiga. Manakala Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik masing-masing akan menerima ganjaran RM12,000. Kesemua para pemenang ini juga akan menerima trofi Anugerah Juara Lagu.

KEPUTUSAN AJL30

Untitled

1.Juara Lagu
Lagu: Potret
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim
Lirik: Kamar Empayar

2.Naib Juara
Lagu: Assalamualaikum
Penyanyi: Faizal Tahir
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok
Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok

Untitled

3.Tempat ke-3
Lagu: Hanya Namamu
Penyanyi: Caliph Buskers
Komposer: Edry Abdul Halim

4.Persembahan Terbaik
Lagu: Potret
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim
Lirik: Kamar Empayar

Untitled

5.Vokal Terbaik
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Lagu: Tak Pernah Menyerah
Komposer: Akid
Lirik: Poji Samad

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FOX Themed Breakout Room in Malaysia

Ain Edruce Cari Tempat Paling Murah di Ishikawa Japan