in

Anugerah Industri Muzik 15

Anugerah Industri Muzik 15 yang akan diadakan pada 3 Mei 2008 telah dipinda beberapa perubahan setelah perbincangan dilakukan oleh majlis dan persatuan Akademi Industri Muzik. Budiey kira satu perkembangan sihat untuk memastikan semua pihak berpuas hati dan mengelak daripada isu-isu panas terus diperkatakan setelah selesai AIM.

Sebanyak 2 forum diadakan dan dari situ AIM diperbaiki untuk kebaikan penonton dan penganjur. Antara yang dipinda meliputi kriteria, kategori dan tempoh layak anugerah serta format penjurian.

  1. Mengambil kira album yang dikeluarkan pada hari terawal sebagai hari pengeluaran tanpa kisah samada ia dalam bentuk digital mahupun fizikal.
  2. Mengiktiraf album kaum-kaum lain seperti album Cina dan India. Diperkenalkan 2 anugerah baru iaitu “Album Cina Terbaik” dan “Album India Terbaik” di mana album dalam kedua-dua kategori tersebut tercalon berdasarkan pengeluarannya sejak dua tahun lalu.
  3. Kategori “Album Pop Rock Terbaik” dan “Album Hard Rock Terbaik” kepada satu kategori iaitu “Album Rock Terbaik” telah digabungkan.
  4. Disebabkan lebih daripada 65 peratus artis Inggeris tempatan yang memenangi “Artis Baru Terbaik” juga menjadi pemenang “Album Baru Terbaik” maka kategori “Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik” digugurkan.
  5. Bagi kategori “Album Indonesia Terbaik” pula, ia ditukar kepada “Lagu Melayu Terbaik Artis Luar Negara” asalkan album tersebut dipasarkan di Malaysia walaupun mereka bukan orang Malaysia.
  6. Menetapkan dua sistem di mana penjurian melibatkan dua proses yang dipanggil “pra-pemilihan” dan “pilihan terakhir”.

AIM terbuka kepada semua ahli RIM di mana setiap pencalonan dikenakan bayaran sebanyak RM100 manakala bagi kategori “Video Muzik Terbaik, “Lagu Terbaik” dan “Album Pop Etnik Terbaik” adalah pada kadar RM300. Antara 22 kategori yang dipertandingkan adalah “Artis Harapan”, “Kulit Album Terbaik”, “Rakaman Album Terbaik”, “Album Nasyid Terbaik”, “Anugerah Kembara” dan “Anugerah Sri Wirama”. Kesemua penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 11 Januari 2008 jam 4 petang di PAIMM.

[tags]Anugerah industri muzik 15, aim 15, perubahan, rombakan, penjurian, juri, hakim, mahkamah, album cina terbaik, indonesia, profile hardy mirza, sri wirama[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pelakon di Screen Awards TV3

Zizie Ezette & Aman Shah Kahwin?