in

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pada 12 April 2009

Satu-satunya anugerah anjuran Berita Harian, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 akan berlangsung pada 12 April 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands dengan suasana dan konsep yang lebih meriah.

(ABPBH08) bakal melalui pencalonan awal apabila borang undian mula diedarkan setiap hari dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu selama 6 minggu bermula 29 Disember ini hingga 8 Februari 2009.

Penganjur telah membuat sedikit perubahan pada format borang pencalonan awal apabila borang tersebut terbahagi kepada 7 bahagian di mana pembaca harus mengumpulkan borang undian dari hari Isnin hingga Ahad.

“Penganjuran ABPBH kali ke-22 ini turut menyaksikan saingan hebat para selebriti bersaing merebut gelaran Bintang Paling Popular bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Seperti yang ramai ketahui, ABPBH diadakan setiap tahun bertujuan memberi pengiktirafan kepada selebriti tanah air, di samping memberi peluang kepada pembaca setia Berita Harian untuk menyertai malam anugerah berprestij. Kali ini seperti mana tahun-tahun sebelumnya, malam kemuncak ABPBH akan berlangsung pada 12 April 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands,” kata Pengurusi Ahli Jawatankuasa ABPBH08, Puan Hanizam Abdullah, ketika majlis pelancaran anugerah tersebut di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, petang semalam.

Pada majlis itu ia turut diselitkan majlis Penyampaian Hadiah Pereka Popular ABPBH07, sebagai pengiktirafan kepada pereka fesyen dan artis yang menggayakan pakaian pada anugerah lalu.

Pertandingan yang turut diundi oleh pembaca Berita Harian itu dimenangi pereka Hatta Dolmat dan Michael Shu (bersama Lord’s Tailor) selain pelakon Julia Ziegler dan Mawi.

Turut hadir majlis tersebut Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun, Penaung ABPBH08, Datuk Manja Ismail, barisan artis dan pihak media.

16 Kategori yang dipertandingkan:

– Penyanyi Lelaki Popular
– Penyanyi Wanita Popular
– Penyanyi Berkumpulan / Duo Popular
– Penyanyi Nasyid Popular
– Pelakon Filem Lelaki Popular
– Pelakon Filem Wanita Popular
– Pelakon TV Lelaki Popular
– Pelakon TV Wanita Popular
– Artis Baru Lelaki Popular
– Artis Baru Wanita Popular
– Pelakon Komedi Lelaki Popular
– Pelakon Komedi Wanita Popular
– Pengacara TV Lelaki Popular
– Pengacara TV Wanita Popular
– Penyampai Radio Lelaki Popular
– Penyampai Radio Wanita Popular

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip: Ayu Raudhah Kahwin 2009?

UNWIND WITH TRAXX – PROGRAM BAHARU TRAXXFM TRAVEL N MUSIC