in , ,

Antara Lakonan Terakhir Sarah Hildebrand Dalam TUNGGU DULU CINTA

Peminat pelakon dan pengacara cantik Sarah Hildebrand, yang mengumumkan sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air berpeluang menyaksikan lakonan beliau dalam drama adaptasi novel disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sarah muncul sebagai watak utama bergandingan dengan pelakon Hafreez Adam dalam drama bersiri ‘Tunggu Dulu Cinta’ arahan Zamri Zakaria mengisi slot Widuri mulai 14 September ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang di TV1. 

Kisahnya berlatarkan tentang watak utama iaitu Kamal dan Aivy yang dengan rela hati berkahwin walaupun antara keduanya tidak menjalinkan hubungan cinta. Mereka juga telah berjanji untuk bercinta selepas nikah dan berbahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. 

Antara Lakonan Terakhir Sarah Hildebrand Dalam TUNGGU DULU CINTA

Namun, Kamal tidak menunaikan janjinya kepada Aivy. Semuanya kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Jauh di sudut hati Kamal masih mengharapkan cinta daripada gadis itu. 

Sementara itu Aivy pula dalam diam sudah jatuh cinta kepada Kamal. Dia mula menyayangi suaminya itu meskipun Kamal tidak menyedarinya. Aivy tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya. 

Antara Lakonan Terakhir Sarah Hildebrand Dalam TUNGGU DULU CINTA

Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya.

Campur tangan dari ahli keluarga Kamal yang tidak menyebelahi dirinya menyebabkan Aivy mengambil keputusan untuk membawa diri ke kampung. Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah mereka kembali membina mahligai bahagia bersama? 

Antara Lakonan Terakhir Sarah Hildebrand Dalam TUNGGU DULU CINTA

Turut membintangi drama ini Hazman Al Idrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Kay Maria, Hannah Halim, Nasz Sally, Shasha Edora, Syafiq Aiman, Aryan Naim, Badrul Muhayat, Azman Jantan, dan Amar Asyraf.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Lima Hidangan Lazat Kegemaran Rakyat Malaysia di Shopeefood

Penyanyi Dua Negara Bergabung di Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022