in ,

Fizz Fairuz & Zamarul Hisyam Dalam Telemovie ANTARA DUA HARI RAYA

Memaparkan kisah Rafidi yang menjalani hukuman penjara lima tahun dan sepanjang berada di dalam penjara dia menghormati seorang banduan yang mengajarnya erti pengorbanan, telemovie bertajuk “Antara Dua Hari Raya” antara pilihan terbaik kepada penonton dalam menghayati sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Menerusi watak banduan yang dibawakan dua pelakon berpengalaman Fizz Fairuz dan Zamarul Hisyam, penonton pastinya terkesan dengan penghayatan watak Kamal yang sentiasa bersabar dan sanggup melakukan pengorbanan besar semata-mata melindungi insan tersayang. Sementara watak Rafidi pula mengagumi keperibadian Kamal yang sanggup dipenjarakan demi isterinya yang tamakkan harta dunia.

Antara Dua Hari Raya

Fizz Fairuz & Zamarul Hisyam Pegang Watak Banduan Dalam Telemovie ANTARA DUA HARI RAYA

[dropcap]T[/dropcap]elemovie “Antara Dua Hari Raya” yang disiarkan pada 12 September ini, pukul 10.00 pagi di TV1 turut menampilkan pelakon Sabhi Sadhi, Zarina Zainoordin, Amira Kartika, Khaty Azean dan Suraya Ghani.

Watak Kamal bercerita tentang pengalaman hidup dan keseronokkan merayakan Aidiladha terakhirnya bersama anak-anak dan isterinya sebelum dimasukkan ke dalam penjara. Kamal berniaga menjual buah-buahan import dan tempatan di kaki lima jalan. Isterinya Hamidah kebetulan dengan niat awalnya untuk membantu pendapatan suami telah mendapat kerja di sebuah syarikat swasta.




[pullquote align=”right”]Jangan lupa tonton telemovie “Antara Dua Hari Raya” yang disiarkan pada 12 September ini, pukul 10.00 pagi di TV1 turut menampilkan pelakon Sabhi Sadhi, Zarina Zainoordin, Amira Kartika, Khaty Azean dan Suraya Ghani.[/pullquote]

Hamidah kemudian setelah bekerja mula terpengaruh dengan rakan sekerja yang ghairah pada pemakaian fesyen terkini dan kehidupan yang menunjuk-nunjuk. Duit gajinya cepat habis dibelanjakan pada membeli pakaian, kasut dan beg tangan berjenama. Hamidah kemudian terpaksa selalu meminjam duit suami untuk nampak bergaya dan mewah. Hamidah jarang mahu membawa Kamal bertemu rakan-rakannya kerana malu menunjukkan pada mereka Kamal hanya peniaga buah-buahan sahaja.

Kamal yang lurus bendul dan sentiasa rasa rendah diri pada Hamidah selalu memenuhi apa sahaja kehendak dan keperluan isterinya. Hatta dia sanggup berhutang untuk menjaga hati isterinya itu. Menjelang Aidladha Hamidah menuntut mahu mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran untuk menunjuk-nunjuk pada rakan sekerjanya.

Kamal yang ketika itu tidak punya cukup duit telah terpaksa meminjam dari duit Along. Mereka menyambut Aidiladha serba mewah tahun itu apatah lagi bila Hamidah memaksa Kamal membeli kereta baru untuknya. Namun apabila Kamal gagal membayar hutangnya dari tempoh yang dijanjikan, Along telah datang ke rumahnya dengan ugutan untuk melacurkan isterinya.

Kamal yang rasa maruah isterinya cuba dicabuli bertindak spontan dan tanpa sedar dengan memukul Along itu sampai mati. Kamal akhirnya dihadapkan ke mahkamah dan dihukum penjara atas kesalahan membunuh tanpa niat. Kamal selalu menceritakan kesedihannya pada Rafidi tentang isterinya Hamidah yang tidak pernah datang melawatnya sepanjang dia berada di penjara. Yang hadir datang melawatnya hanya dua anaknya Ashraf dan Anis.

Sementara itu Rafidi bercerita tentang pengalaman dan keseronokkan merayakan Aidiladha terakhirnya sebelum masuk ke dalam penjara. Rafidi bercerita bagaimana pada satu hari raya Aidiladha dia telah mengikut ibunya berhari raya di rumah seorang kenalan ibunya.

Ketika itulah di jatuh cinta pandang pertama pada Intan anak kenalan ibunya. Rafidi ketika itu bekerja di sebuah syarikat pelancongan yang menguruskan pakej umrah bersama rakan karibnya Latif.

Tapi satu hari Rafidi telah dituduh pecah amanah oleh majikannya kerana menyalah gunakan duit deposit Jemaah umrah untuk kepentingan peribadi. Rafidi akhirnya didakwa di mahkamah dan dipenjarakan selama dua tahun atas tuduhan pecah amanah.

Rafidi setelah tamat tempoh penjara selama dua tahun dibebaskan seminggu sebelum hari raya. Dia pulang ke pangkuan keluarga di kampung tapi terkejut bila mendapati teman wanitanya Intan telah berkahwin dengan sahabat karibnya sendiri Latif. Rafidi rasa dia telah dikhianati apatah lagi sepanjang berada di penjara Latif selalu datang melawatnya. Tapi Latif tidak pernah memberitahu yang dia telah berkahwin dengan Intan.

Rafidi yang tidak dapat menerima hakikat dia telah dikhianati oleh Intan dan Latif rasa begitu kecewa hingga dia hampir membunuh Latif. Tapi tindakan pantas ayah dan ibunya dapat menghalang dan menasihatkan Rafidi agar menerima hakikat bahawa ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Allah.

Antara Dua Hari Raya

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Khas Aidiladha RINDU BERTEMU TUHAN & JALAN SEHALA di TV2

Rita Rudaini Akui Berkawan Rapat Dengan Pengacara H! Live