Anniversary TV3 Movie Programme List

SAMBUTAN ULANGTAHUN YANG DINANTIKAN SEMUA!

Bulan Jun ini merupakan bulan yang istimewa buat TV3 pada tahun ini kerana TV3 kini sudah mencecah usia 24 tahun dan ia tetap menjadi pilihan nombor satu penonton. Sempena ulangtahun ini, TV3 akan menyediakan pelbagai rancangan yang hebat, bersesuaian dengan kehendak dan permintaan penonton setianya yang terdiri dari perbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Jangan lepaskan peluang menonton tujuh rancangan menarik yang mengisi slot Pearl Screen, Magical World of Disney, Panggung Sabtu dan Mega Movie khusus sempena sambutan ulangtahun TV3 sepanjang bulan Jun ini.

Istimewa bulan Jun ini dimulakan dengan Kung Fu Hustle yang akan mengisi slot Pearl Screen pada hari Isnin 16 Jun, jam 10 malam. Dibintangi oleh Stephen Chow yang juga merupakan pengarah filem ini, ianya turut dibantu oleh pelakon handalan seperti Yuen Wah, Yuen Qiu, Chan Kwok Kuen, Bruce Leung, serta Raymond Wong. Filem ini mengisahkan tentang Bandar Shanghai yang dalam keadaan kacau bilau pada tahun 1930an. Banyak kumpulan mengejar kuasa, antara yang paling ditakuti ialah Axe Gang. Melihat keadaan yang semakin teruk ini, Sing dan Bone berazam untuk menentang dan menewaskan dominasi Axe Gang. Kehadiran Beast yang membantu Axe Gang menyebabkan Sing cedera parah. Namun, dengan ilmu perubatan Cina, Sing berjaya dipulihkan oleh Landlord dan isterinya, malah Sing menjadi lebih bertenaga. Akhirnya, Sing berjaya menewaskan Beast. Jika anda mencari suatu yang dapat menceriakan di samping aksi-aksi lasak lakonan Stephen Chow, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan filem Kung Fu Hustle!

Slot Magical World of Disney akan terus menceriakan sambutan ulangtahun kali ini terutama kepada adik-adik dengan tayangan Once Upon a Mattress. Filem ini merupakan sebuah filem komedi musikal yang diadaptasi dari cerita dongeng The Princess and The Pea. Ia mengisahkan tentang konflik kerabat Di Raja antara Queen Aggravain dengan Sir Harry dan Princess Winnifred. Queen Aggravain mula menjadi resah apabila mengetahui Sir Harry telah membawa Princess Winnifred pulang. Dia mula merencana rancangan jahatnya, namun, Princess Winnifred sentiasa memperoleh bantuan dari Sir Harry, Raja dan seorang badut. Saksikan Once Upon a Mattress pada Jumaat, 6 Jun ini, jam 10.02 pagi.

Krissh mengisi slot Panggung Sabtu pada 7 Jun, jam 2 petang. Filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat bollywood iaitu Hritrik Roshan, Priyanka Chopra, Rekha, Naseeruddin Shah dan Sharat Saxena. Rohit Mehra (Hritik Roshan) memperoleh kuasa yang istimewa dari makhluk asing yang bernama Jadoo. Ia membolehkan Rohit (juga melakonkan watak sebagai Krishna) mampu melihat masa depan dari sebuah komputer yang diciptanya. Tanpa disangka-sangka, Rohit terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawanya. Selepas itu, isteri Rohit iaitu Nisha telah melahirkan anak dan diberi nama Krishna. Beberapa tahun kemudian, Krishna menyedari dia juga mempunyai kebolehan seperti bapanya malah boleh berkomunikasi dengan haiwan. Krishna bertemu dengan Priya dan terus meminati gadis itu. Selepas itu, Krishna pergi ke Singapura untuk menemui ibubapa Priya dan berkahwin dengannya. Namun, Krishna tidak menyedari bahawa Priya hanya mahu mengeksploitasi kuasa yang dimilikinya bagi kepentingan rangkaian TV Priya. Apakah kesudahannya?

Istimewa ulangtahun ini diteruskan dengan empat lagi rancangan yang akan mengisi slot Mega Movie iaitu Hulk, Batman Begins, Cat Woman dan The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe. Hulk dengan lakonan Eric Bana, Jennifer Connelly dan Sam Elliot akan mengisi malam 6 Jun anda. Ia menceritakan tentang Bruce Banner yang sangat berbeza dengan manusia lain. Sementara sedang mengkaji teknologi baru bagi memperbaiki proses di dalam haiwan, Bruce Banner telah terdedah kepada sinaran gamma. Disebalik membunuh beliau, sinaran tersebut telah mengubah Bruce Banner menjadi Hulk, suatu yang menakutkan!

Christian Bale, Katie Holmes, Michael Caine dan Liam Neeson pula membintangi filem Batman Begins. Ditayangkan pada 13 Jun, jam 9.30 malam, Batman Begins mengisahkan tentang seorang lelaki yang mahukan keadilan terhadap pembunuh ibubapanya. Suatu malam di jalanan di Gotham, Bruce Wayne telah ditembak dan kejadian tersebut telah mengubah kehidupan beliau selama-lamanya.

Demam Ulangtahun TV3 terus menghangatkan slot Mega Movie dengan filem Cat Woman yang disiarkan pada malam 20 Jun, jam 10.00 malam. Filem yang dibintangi oleh Halle Berry, Benjamin Bratt, Sharon Stone dan Lambert Wilson ini mengisahkan Patience Philips (Halle Berry) merupakan seorang yang pemalu, beliau ingin menjadi artis tetapi terpaksa bekerja sebagai pereka di sebuah syarikat pengiklan. Beliau juga buta warna dan kurang keyakinan diri. Patience hidup kembali menjadi Catwoman selepas mati dibunuh. Dengan kelebihan deria dan kemampuan seperti kucing, terdapat dua personaliti yang berbeza di dalam diri Patience. Beliau yang telah dibuang kerja berusaha untuk menyelamatkan orang ramai dari menggunakan produk palsu yang dikeluarkan oleh Laurel (Sharon Stone). Saksikan kehebatan pemenang Academy Award 2004 ini hanya di TV3!

The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe mengakhiri slot istimewa Mega Movie sempena Ulangtahun TV3 pada 27 Jun jam 10.00. Dengan dibarisi pelakon-pelakon berbakat seperti Georgie Henley, Skandar Keynes dan William Moseley filem ini mengisahkan empat orang kanak-kanak dari London yang telah dihantar ke rumah seorang profesor supaya mereka dilindungi. Di situ mereka telah menjumpai almari pakaian magik yang telah membawa mereka ke pulau mistik yang dikenali sebagai Narnia. Pulau ini diperintah oleh ahli sihir yang jahat. Untuk mengalahkan ahli sihir tersebut, mereka mesti bersatu dengan Aslan (The Lion God of Narnia). Bagi merealisasikan niat murni mereka ini, pelbagai cabaran dan dugaan harus mereka tempuhi. Berjayakan mereka?

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan program-program hebat yang disusun istimewa untuk penonton setia TV3 khusus sempena ulangtahun TV3 ke-24 ini. Selamat menonton!

[tags]The Chronicles of Narnia, program ulangtahun tv3, cat woman, Halle Berry, Benjamin Bratt, Sharon Stone, Lambert Wilson, Pearl Screen, Yuen Wah, Yuen Qiu, Chan Kwok Kuen, Bruce Leung, Raymond Wong, Hritrik Roshan, Priyanka Chopra, Rekha, Naseeruddin Shah, Sharat Saxena. Rohit Mehra, Gadgets Review, google, gprs, official fan club of hans isaac, photogallery, awek melayu, gelihati, cerita malam pertama, kisah novel kahwin, kisah kisah lucu, lucu, malam pertama kahwin, Malaywood, melayu boleh, mencuit hati, nenekawek melayu, gelihati, kisah kahwin, kisah kisah lucu, lucu, malam pertama kahwin, Malaywood, melayu boleh, mencuit[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Adik Hadziq Tom Tom Bak Baca Skrip Filem Syurga Cinta

Reality TV Programme, MAGGI® Mencari Bintang Coming Soon @ TV3