Anith Tersingkir Dari One In A Million

Semalam peminat One In A Million telah menyaksikan satu lagi penyingkiran peserta iaitu Anith. Mungkin Anith tidak ada aura dan persembahannya kurang menyerlah atau mungkin juga tidak ada nasib yang baik untuk Anith teruskan perjuangannya dalam mengaut wang sejuta dalam OIAM. Apa-apa pun, selepas ini Anith akan terus mencipta nama dalam arena seni.Anith akan meneruskan pembelajarannya dalam bidang muzik dan seni suara.

Komen Anith:

“Saya memang sedih dan terkejut tapi pada masa yang sama saya dapat menerima keputusan itu. Mungkin cerita-cerita panas yang tersebar tentang diri saya ada mempengaruhi undian. Ia sesuatu yang tidak saya sangka, satu salah faham kecil boleh menjadi sesuatu yang begitu besar. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati,” kata Anith.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Animasi di TV9

Gambar Sekitar Majlis Cukur Jambul Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram