in

Animonsta Jalin Kerjasama dengan Syarikat Mainan Antarabangsa TOMY

TOKYO – Animonsta dan syarikat mainan antarabangsa, TOMY akan menjalinkan kerjasama dalam penghasilan animasi kanak-kanak baru yang berasaskan watak kenderaan mainan keluaran TOMY.

“Animonsta akan menerbitkan siri animasi tersebut, manakalah TOMY akan menghasilkan permainan kanak-kanak. Siri animasi baru ini akan mula dihasilkan pada 2015 dan dijangka siap pada 2016.” kata En. Nizam, Ketua Eksekutif Animonsta.

“TOMY akan menyambut ulang tahun yang ke 90 pada tahun ini,” kata En. Kantaro Tomiyama, Ketua Eksekutif TOMY, “Adalah penting untuk kami terus berkembang di pasaran global, terutamanya di ASEAN. Kami percaya peluang kerjasama dengan Animonsta ini akan memberi momentum yang baik di dalam pasaran ASEAN.

Animonsta juga dalam proses perbincangan dengan TOMY untuk perjanjian mainan BoBoiBoy Galaksi; iaitu penjenamaan semula siri animasi BoBoiBoy yang kini berjaya dipasarkan di 44 negara.
Penjenamaan semula siri BoBoiBoy ke BoBoiBoy Galaksi akan memberi lebih fokus kepada tema pengembaraan dan bakal mempunyai 104 episod. BoBoiBoy Galaksi bakal ditayangkan di televisyen selepas filem BoBoiBoy : Sfera Kuasa pada suku ketiga 2015.

“Pihak Animonsta sangat teruja untuk menjalin kerjasama dengan TOMY kerana ia adalah kejayaan besar bukan sahaja untuk Animonsta tetapi juga untuk industri animasi Malaysia.” kata En. Nizam.

Info Tomy Company Ltd. Jepun
Tomy Company, Ltd.(株式会社タカラトミーKabushikigaisha takaratomī kabushikigaisha,Takara Tomy) adalah syarikat pengeluar mainan, barangan hiburan kanak-kanak yang berkualiti tinggi dari Tokyo, Jepun. Antara produk terkenal mereka adalah Transformers, Pokemon, Chuggington, Disney Pixar Cars dan banyak lagi.

Info Animonsta Studios Sdn. Bhd.
Animonsta Studios ialah syarikat pengeluar kandungan kreatif yang memberi fokus dalam penghasilan animasi kanak-kanak ke pasaran dunia. Siri animasi BoBoiBoy adalah produk pertama Animonsta Studios yang kini berjaya dipasarkan di 44 negara di Asia Tenggara dan Timur tengah. Animonsta juga sedang mengusahakan filem animasi BoBoiBoy yang bakal memasuki pasaran pada suku ketiga 2015.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Selamat Pengantin Madu Lakonan Eina Azman

Samsung Introduces the Latest The GALAXY Note 4