in

Animasia Studio Umum Tiga Perjanjian Di ATF 2015

Studio animasi Malaysia, Animasia Studio mengumumkan 3 perjanjian di Asian TV Forum and Market (ATF) 2015, sempena Sesi Rangkaian Kreatif Malaysia anjuran bersama FINAS, Go ASEAN dan Studio Pinewood Iskandar Malaysia. Perjanjian yang pertama merupakan persetujuan kerjasama dalam program kanak-kanak yang disasarkan untuk penonton di rantau Asia bersama dengan syarikat produksi terkemuka, Prodigee Media.

Untitled

Kandungan program tersebut bakal diedar dan dipasarkan secara eksklusif melalui rangkaian digital pelbagai-platform, WebTVAsia sebagai satu jenama baharu untuk saluran kanak-kanak dan dijangka bakal diumumkan serta dilancarkan pada tahun 2016.

Fasa pertama kerjasama tersebut melibatkan siri video animasi lagu kanak-kanak di mana syarikat muzik naungan Prodigee bakal mencipta lagu original dalam pelbagai bahasa, sementara Animasia bertanggungjawab untuk menghasilkan animasi watak popular daripada jenama mereka sendiri. Seterusnya, WebTVAsia akan melancarkan kandungan tersebut ke peringkat global melalui platform digital seperti YouTube, Dailymotion, Tencent, Youku-Tudou, LeTV, serta Whaley TV, sebuah syarikat televisyen berangkai yang disokong oleh Alibaba, Tencent dan China Media Capital.

Fred Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prodigee dan WebTVAsia berkata, “Kandungan kanak-kanak berunsur tempatan yang berkualii tinggi serta sarat dengan ciri pendidikan mendapat permintaan yang tinggi di Asia. Justeru, dengan gabungan kreativiti Prodigee dan capaian digital meluas WebTVAsia, saya aberbesar hati untuk bekerjasama dengan Animasia Studio kerana mereka merupakan salah satu jenama saluran digital Asia yang berjaya.”

Perjanjian kedua yang diumumkan merupakan perjanjian perolehan siri animasi popular Animasia Studio, ‘Chuck Chicken’ (52 episod x 11 minit) oleh Nickelodeon India. Hingga kini, siri animasi ini telah disiarkan di penyiar terkemuka antarabangsa seperti Disney Asia dan Disney China. Siri animasi aksi komedi tersebut menyasarkan kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun dan bakal disiarkan pada Januari tahun hadapan di saluran Nickelodeon.

“Kami di Nickelodeon sentiasa mencari kandungan yang bersesuaian dan menghiburkan untuk saluran kami. Animasia Studio amat terkenal dengan produk yang mempunyai kualiti hiburan yang tinggi dan ‘Chuck Chicken’ adalah salah satu daripadanya. Kami berharap rancangan ini bakal melengkapi gandingan rancangan yang sedia ada di Sonic yang kebanyakannya terdiri daripada rancangan yang mencuit hati,” kata Anu Sikka, Naib Presiden Program dan Penjadualan, Kids Cluster, Nickelodeon India, Viacom 18.

Perjanjian ketiga merupakan susulan daripada usahasama dengan Zodiak Kids Studio yang diumumkan di Kidscreen pada tahun ini,. Kini, Content Malaysia Pitching Centre telah bersetuju untuk memperuntukkan dana produksi bersama siri animasi pra-sekolah yang bertajuk ‘Magiki’ (52 episod x 11 minit) ini, bersama Animasia Studio. Tambahan lagi, Animasia menganggarkan projek ini bakal melibatkan kira-kira 100 bakat kreatif di Malaysia. Produksi ini dijangka bermula pada tahun 2016 dan siri tersebut bakal diedarkan di serata dunia oleh Zodiak Kids. Animasia Studio pula bakal mengedarkannya di serata pasaran Asia Tenggara secara eksklusif.

Edmund Chan, Pengarah Urusan Animasia Studio berkata, “Projek Magiki sudah berjaya menarik perhatian ramai rakan niaga antarabangsa untuk turut terlibat sama dan kami amat gembira dengan penyertaan Content Malaysia Pitching Centre dalam memperuntukkan dana produksi bersama siri animasi ini.”

ATF merupakan pasaran yang mengetengahkan kandungan industri hiburan Asia yang semakin berkembang dan berkualiti, justeru FINAS mengambil peluang ini untuk mencipta dan bekerjasama dalam menghasilkan kandungan baharu, terutamanya dalam genre filem, animasi, siri TV, dokumentari dan sebagainya. Pada tahun ini, lebih 20 syarikat Malaysia mengambil bahagian di bawah delegasi Malaysia, termasuklah Animasia Production Sdn Bhd, Animonsta Studios Sdn Bhd, Astro, Go ASEAN, Inspedia Sdn Bhd, Media Prima Berhad, Primeworks Studios Sdn Bhd, dan Total Sport Asia.

Untitled

Mengenai Animasia Studio
Animasia Studio merupakan Studio Animasi 2D, yang menawarkan animasi kreatif bertaraf dunia melalui idea berterusan pelbagai warna, keseronokan, pengembaraan dan mengubah watak statik menjadi siri animasi bergerak dan siri kartun. Beroperasi sejak 1996, Animasia Studio telah mengorak langkah maju dengan memenangi pelbagai anugerah di Asia. Dengan kapasiti rekaan watak, konsep hasil seni dan penceritaan, Animasia Studio, pembekal perkhidmatan animasi terbesar di Malaysia, telah diiktiraf oleh pelbagai agensi kerajaan dan syarikat kreatif dalam dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.animasia-studio.com

Mengenai Prodigee Media

Prodigee Media ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai kumpulan media hiburan bersepadu yang merangkumi filem & produksi TV, produksi muzik, artis & pengurusan acara dan media digital untuk pasaran Asia Pasifik. Antara filem box-office dan menerima anugerah yang telah dihasilkan termasuklah Nai Lemak 2.0, Hantu Gangster dan Kara King yang telah ditayangkan di festival filem antarabangsa sejak tahun 2012. Filem yang bakal menemui penonton dengan kerjasama China, Teacher’s Diary, telah menarik peluang pelaburan dan perjanjian pengedaran bersama Wanda Films China, Stella Mega Pictures dan Youku’s Heyi Films.

Untuk maklumat lanjut, layari www.prodigeemedia.com

Mengenai WebTVAsia

WebTVAsia dilancarkan pada tahun 2014 sebagai jenama hiburan digital berkembang pantas dengan platform pelbagai merentasi YouTube, Dilymotion, Youku-Tudou, Tencent, Whaley TV, LeTV, dan sebagainya merekodkan lebih 3 bilion tontonan dan 5 juta pelanggan di peringkat global. Berpusat di Kuala Lumpur dan pejabat serantau di Beijing, Bangkok, dan Taipei, bersama-sama lebih 500 rakan kandungan dan pencipta, WebTVAsia menghasilkan kandungan premium menarik dan menyasarkan penonton milenia digital.
Untuk maklumat lanjut, layari www.webtvasia.com

Tentang Zodiak Kids

Zodiak Kids merupakan peneraju global dalam hiburan kanak-kanak yang menggabungkan syarikat produksi kanak-kanak, produk pengguna, dan divisyen jualan. Bidang penghasilan utama Zodiak Kids Studia merangkumi Marathon Media, Tele Images Productions (Perancis) dan The Foundation (UK).

Zodiak Kids muncul sebagai syarikat kanak-kanak terbesar dan paling berkualiti di dunia, termasuklah; Mister Maker, pameran seni dan kraf ternama; The Ranch, amat popular di Perancis dan Itali; Zack & Quack, rancangan pra-sekolah yang terkenal di seluruh dunia; Totally Spies!, animasi antarabangsa popular dan Get Blake!, siri animasi kartun unik slapstik.

Tentang Chuck Chicken
Chuck Chicken dilatarkan di sebuah pulau bernama Rocky Perch, sebuah tempat yang dipenuhi kekacauan, huru-hara dan dipenuhi dengan burung. “Selamat datang ke Golden Egg Securities, perkhidmatan keselamatan nombor 1 di Rocky Perch!” Chuck menguruskan syarikat tersebut bersama dua orang kawannya, Flick dan Wing. Mereka memberi perkhidmatan keselamatan ala Kung Fu kepada penduduk Rocky Perch dan harta benda mereka ketika menyeberangi pulau tersebut. Chuck juga telah mewarisi tangkal istimewa dalam bentuk telur emas, objek yang memberikan kuasa istimewa kepada sesiapa yang memakainya, dan menukar Chuck menjadi ayam yang handal berkung fu. Malang bagi Chuck, dia tidak tahu menggunakan tangkal tersebut dan mengakibatkannya tidak boleh mengawal kuasa yang dimilikinya.

Tentang Magiki

Magiki diinspirasikan oleh koleksi figura kecil yang pelbagai dihasilkan oleh De Agostini Publishing. Sejak dilancarkan pada tahun 2009, Magiki telah menjual lebih 17 juta produk termasuk 11 koleksi yang terdiri daripada 120 watak di serata Eropah dan Zodiak Kids merupakan pemegang lesen rasmi pameran tersebut. Magiki menceritakan kisah seorang kanak-kanak perempuan biasa bernama Ginger yang melangkah ke dunia di mana dia adalah seorang puteri, kerana kebaikan hatinya. Siri penuh magis ini memberi fokus kepada pengembaraan ajaib Ginger yang melangkah ke kerajaan magik yang didiami oleh haiwan, ikan duyung, unicorn, dan pari-pari yang mempunyai kunci magik.

Mengenai Asia TV Forum & Market (ATF)

Asia TV Forum & Market (ATF) merupakan pasaran utama Asia untuk membeli, menjual, mengedar, dan bekerjasama dalam segala platform hiburan,. Ia merupakan program lanjutan kepada MIPTV dan MIPCOM di Cannes, Perancis, yang juga dianjurkan oleh Reed Exhibitions. Dengan mengumpulkan kandungan antarabangsa untuk belian dan jualan, ATF juga merupakan gerbang kepada perniagaan kandungan hiburan di Asia. Mengetengahkan karya kreatif industry hiburan di Asia yang semakin berkembang, pasaran ini bakal membawa pemain industri ke peringkat seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.asiatvforum.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Meriahkan Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2016

Nasha Aziz & Intan Ladyana Cintai Lelaki Yang Sama