in , ,

Angkat Kisah James Brooke, Filem RAJAH Ditayangkan Selepas Penantian 13 Tahun

Rajah The Movie akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 9 Mac 2023 selepas penantian selama 13 tahun.

Selepas sekian lama menanti, akhirnya filem yang mengangkat sejarah Rajah Putih pertama Sarawak, Sir James Brooke (1803-1868) berjudul Rajah bakal menemui penonton di Malaysia bermula 9 Mac 2023.

Filem dihasilkan syarikat produksi, Margate House Films dan 852 Film dengan kerJasama Lembaga Pelancongan Sarawak dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu diterajui Jonathan Rhys Meyers yang memegang watak sebagai James Brooke.

Setelah hampir 13 tahun penantian, akhirnya filem yang mengangkat sejarah Rajah Putih pertama Sarawak, Sir James Brooke (1803-1868) akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini (9 Mac).

Angkat Kisah James Brooke, Filem RAJAH Ditayangkan Selepas Penantian 13 Tahun

Tajuk asalnya Edge of the World yang telah ditayangkan pada tahun 2021. Filem Rajah adalah kerjasama produksi dari Malaysia, China, the US dan UK.

Filem Rajah, sebuah filem sejarah tentang legenda sejarah Sarawak berdasarkan kisah sebenar zaman pemerintahan James Brooke di Sarawak. 

Lebih mengujakan apabila filem sentuhan pengarah, Michael Haussman itu turut menceritakan pengembaraan James Brooke sejak mula berlayar ke Borneo yang pada ketika itu masih berada di bawah kawalan kesultanan Brunei pada 1839.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Margate House Films, Rob Allyn berkata, dia mula berminat untuk menjalani penggambaran kehidupan James Brooke selepas mengenali tokoh itu melalui nota dalam sebuah novel hasil penulisan George MacDonald Fraser pada 2009.

Kemudian, Rob terjumpa buku bertajuk ‘Rajah Putih Sarawak’ yang menceritakan sejarah James Brook di sebuah kedai buku di Singapura, sekali gus menarik minatnya untuk menterjemahkannya dalam bentuk filem.

“Saya mengambil masa selama tiga tahun memikirkan untuk menghasilkan filem ini. Penulisan skrip filem ini bermula pada 2013 sejurus saya dan pasukan produksi bersetuju untuk menjadikan penceritaan ini sebagai sebuah filem,’ kata Rob.

Filem Rajah menampilkan bintang hebat dari pelbagai negara seperti Josie Ho (Hong Kong), Atigah Hasiholan (Indonesia), Dominic Monaghan (British), Hannah New (United Kingdom).

Selain itu, filem ini juga memberi peluang kepada pelakon-pelakon tempatan seperti Peter John Jaban, dan Kahar Jini.

Filem yang diarahkan oleh Michael Haussman dengan penceritaan ditulis oleh Rob Allyn mengisahkan pengembaraan James Brooke sejak mula berlayar ke Borneo yang pada ketika itu masih berada di bawah kawalan kesultanan Brunei pada 1839.

Filem Rajah ini juga turut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Jonathan Rhys Meyes, Josie Ho, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Sementara menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Margate House Films, Rob Allyn, dia mula tertarik dengan kisah kehidupan James Brooke selepas mengenali tokoh tersebut melalui nota dalam sebuah novel hasil penulisan George MacDonald Fraser pada tahun 2009. Tambahnya lagi, idea pembikinan filem ini pula tercetus selepas dia membaca sebuah buku bertajuk ‘Raja Putih Sarawak’.

Saya mengambil masa selama tiga tahun memikirkan untuk menghasilkan filem ini. Penulisan skrip filem ini bermula pada 2013 sejurus saya dan pasukan produksi bersetuju untuk menjadikan penceritaan ini sebagai sebuah filem.

Rajah merupakan filem terbitan, Margate House Films dan 852 Film dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak itu diterajui Jonathan Rhys Meyers yang memegang watak James Brooke.

Pembikinan filem Rajah adalah hasil pelaburan bersama antara empat negara iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Malah, dana tunai sebanyak 30 peratus daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut disalurkan kerana pihak produksi terbabit memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran dengan kerjasama syarikat produksi tempatan.

Rajah The Movie merupakan filem produksi antarabangsa James Brook yang telah menelan belanja berpuluh juta dollar. Filem The Rajah dibarisi pelakon Jonathan Rhys Meyers, Josie Ho, Dominic Monaghan, Bront Palarae, Wan Hanafi Su, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Rajah turut menampilkan dua pelakon popular tanah air, Bront Palarae dan Shaheizy Sam yang membantu dalam menjayakan filem berkenaan.

Bagi Bront, dia menyifatkan peluang diberikan untuk terbabit dalam pembikinan filem sejarah negeri Sarawak itu adalah pengalaman berharga buatnya.

“Saya rasa beruntung apabila terpilih untuk menggalas watak ini dan sangat senang untuk bekerjasama dengan pelakon-pelakon lain.

“Walaupun dari negara, latar elakang dan budaya berbeza, pendekatan kerja boleh dikatakan sama. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di set penggambaran, jadi kesemua yang terbabit tidak ada masalah untuk berkomunikasi.

“Ada juga beberapa kesempatan untuk pelakon-pelakon luar mempelajari bahasa kebangsaan dan dialek dialek Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Shaheizy pula menganggap ia senario lakonan di Sarawak menjadi adalah satu pengalaman berharga biarpun cabaran utama buatnya.

“Pengalaman berlakon dalam filem Rajah sangat berbeza bagi saya kerana berada dalam kali pertama buat saya. suasana yang baharu. 

“Walaupun penggambarannya boleh dikatakan mencabar dan tidak berada dalam keadaan selesa, tetapi ia adalah pengalaman yang baik buat saya.

“Selain itu, cabarannya adalah saya perlu menggalas watak orang Melayu zaman dahulu dan menyesuaikan diri dengan bahasa serta budaya di Sarawak,” katanya.

Pembikinan filem Rajah adalah hasil pelaburan bersama antara empat negara iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Malah, dana tunai sebanyak 30 peratus daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut disalurkan kerana pihak produksi terbabit memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran dengan kerjasama syarikat produksi tempatan.

Lokasi utama penggambaran secara keseluruhannya dijalankan di Sarawak, bermula 24 September 2019 hingga akhir Oktober pada tahun sama. 70%

peratus penggambaran dijalankan di Siniawan yang berada dalam daerah Bau, Sarawak. Melalui penggambaran filem ini juga adalah diharapkan dapat menonjolkan Sarawak sebagai lokasi yang sesuai untuk pelbagai jenis filem.

FILEM RAJAH/ RAJAH THE MOVIE

Tarikh tayangan/ release date : 9 Mac 2023

Penulis skrip : Rob Allyn

Pengarah : Micheal Haussman

Pengedar : Mega Films Distribution Sdn. Bhd.

PELAKON FILEM RAJAH THE MOVIE

Jonathan Rhys Meyers sebagai James Brooke

Josie Ho sebagai Madame Lim

Dominic Monaghan sebagai Kolonel Arthur Crookshank

Bront Palarae sebagai Pengiran Indera Mahkota

Wan Hanafi Su sebagai Sultan Omar Ali Saifuddin II, Sultan Brunei ke 23

Shaheizy Sam sebagai SubuAtiqah Hasiholan

Hannah New

Ralph Ineson

Samo Rafael

SINOPSIS FILEM RAJAH THE MOVIE

Kisah tentang pengembaraan Sir James Brooke, yang menentang Empayar British untuk memerintah sebuah kerajaan hutan pada tahun 1840-an di Borneo, memulakan perang salib seumur hidup untuk menamatkan lanun, perhambaan dan pemburuan kepala, dan memberi inspirasi kepada Lord Jim dan the man who would be Raja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROZITA CHE WAN GOLD

Sambut Usia 50 Tahun, Che Ta Akhirnya Diami Banglo Mewah Bernilai RM10 Juta?

Selebriti Popular Neelofa Akhirnya Buka Mulut, Kini Hamil Anak Kedua