in , ,

Angelina Jolie Buat Kejutan di Tayangan Premiere Filem Disney’s Dumbo

Semalam, tanggal 11 Mac telah berlangsung Premiere Filem Disney’s Dumbo di El Capitan theatre, Los Angeles. Filem terbitan Walt Disney Pictures yang mengisahkan seekor anak gajah yatim piatu yang comel ini bakal ditayangkan di Malaysia 28 Mac ini. Budiey pun tak sabar nak menonton filem ini.

Namun, apa yang menjadi tarikan utama di acara premiere ini bukanlah si Dumbo yang menjadi bintang utama filem yang diarahkan oleh Tim Burton tu. Tetapi pelakon popular Angelina Jolie yang telah bikin kejutan turut hadir memeriahkan acara bersama empat dari enam orang anaknya iaitu Zahara (14), Shiloh (12), dan anak kembarnya yang berusia 10 tahun Vivienne dan Knox. Comel betul anak Jolie ni. Mereka kelihatan sungguh teruja dan gembira sekali. Senyuman tak lekang melebar di wajah masing-masing.

Angelina Jolie Buat Kejutan di Tayangan Premiere Filem Disney's Dumbo

Boleh dikatakan seluruh tetamu di pesta premiere yang bertema sarkas itu tak sangka Angelina Jolie turut dijemput. Rata-rata terpesona apabila melihat Angelina Jolie datang menghadiri acara tersebut. Jolie hadir dengan busana gaun putih Atelier Versace tanpa lengan, lengkap dengan solekan natural dan red manicure. Gojes sangat!

Angelina Jolie Buat Kejutan di Tayangan Premiere Filem Disney's Dumbo

Semasa melintasi hamparan karpet merah, Jolie sempat meninggalkan pose-pose sepontan untuk jurugambar.

Angelina Jolie Buat Kejutan di Tayangan Premiere Filem Disney's Dumbo

Seorang bintang Disney Channel Coop & Cami Ask the World bernama Albert Tsai (14), mengatakan dia terkejut semasa Jolie mendekatinya di pesta dan mengatakan dia menggemari program Disney Coop & Cami Ask the World.

“Dia (Angelina Jolie) memperkenalkan dirinya kepada saya, dan kemudian memperkenalkan saya kepada semua anaknya. Dia bilang dia mengenaliku. Itu cukup menyenangkan. Kami mengobrol sebentar dan mengambil foto bersama,”

– Albert Tsai

Rombongan Jolie kemudiannya kelihatan menikmati makanan yang dihidangkan bertema sirkus di sekitar meja. Sajian yang terhidang merupakan semua makanan yang biasa ada di karnaval seperti corndog, jagung rebus, dan juga kentang goreng.

Angelina Jolie Buat Kejutan di Tayangan Premiere Filem Disney's Dumbo

Untuk info, Jolie sebenarnya sudah menjadi sebahagian keluarga Disney. Beliau sekarang dikatakan sedang menjalani proses pengambaran filem MALEFICENT: MISTRESS OF EVIL sekuel live action untuk film sebelumnya yang pernah ditayangkan pada 2014. Filem ini merupakan filem yang diinspirasi dari filem klasik Disney Sleeping Beauty.

Angelina Jolie Buat Kejutan di Tayangan Premiere Filem Disney's Dumbo

Selain Jolie, pelakon utama Disney’s Dumbo, Colin Farrell mengatakan suasana sarkas yang meriah ini mengingatkan beliau momen manis semasa menjalani pengambaran filem itu.

“Ini seperti saya pergi ke lokasi shooting setiap hari. Warna-warna ini, energi ini, senam akrobatik. Aku tidak tipu, inilah suasana sebenar semasa kami melakukan shooting,”

– Collin Farrell
Angelina Jolie Buat Kejutan di Tayangan Premiere Filem Disney's Dumbo

Selebriti lain yang turut hadir di acara premiere Dumbo adalah Eva Green yang memegang watak sebagai pemain sarkas yang glamor, Colette Marchant, di Dumbo. Green datang dengan mengenakan gaun Iris Van Herpen yang terlihat indah di atas karpet.

“Ini gaun awan yang aneh dan tidak biasa. Ini sangat istimewa. Menyenangkan untuk boleh mengambil sedikit risiko.”.

– Eva Green
Angelina Jolie Buat Kejutan di Tayangan Premiere Filem Disney's Dumbo

Filem yang diinspirasikan dari filem animasi Walt Disney ini mengangkat judul yang sama dengan filem yang ditayang sekitar tahun 1941. Filem dulunya adalah ciptaan Otto Englander dan Joe Grant; karakter Dumber pula ciptaan Helen Aberson dan Harold Pearl.

Angelina Jolie Buat Kejutan di Tayangan Premiere Filem Disney's Dumbo

Ceritanya sama seperti filem pada tahun 1941 yang mengisahkan gajah yang berkawan dengan seekor tikus dan yang penting, pembaca perlu tahu, filem Dumbo kali ini tidak akan berbentuk animasi seperti filem terdahulu.

Disney’s Dumbo dibintangi oleh pelakon yang sangat hebat seperti Colin Farrell, Michael Keaton, Danny DeVito, Eva Green, Alan Arkin, Nico Parker, Finley Hobbins, DeObia Oparei dan Joseph Gatt. 

Disney’s Dumbo ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Mac 2018.

Disney's Dumbo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didakwa Jadi Broker Pelacur, Kontrak Seungri Ditamatkan

Kelly Clarkson Kembali Jadi Hos di 2019 Billboard Music Awards