in ,

Andi Bernadee & Sarah Suhairi Bakal Meriahkan Sambutan Ramadan & Syawal Plaza Shah Alam

Aishah, Noryn Aziz, Andi Bernadee & Sarah Suhairi Antara Yang Bakal Memeriahkan Sambutan Ramadan & Syawal Plaza Shah Alam.

Seperti tahun sebelumnya, Plaza Shah Alam sekali lagi membawakan pengalaman berbeza dalam meraikan sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini. Dengan mengambil ilham dekorasi Marrakech serba putih mengisi ruang utama pentas yang terletak di aras bawah.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang lebih sebulan promosi berlangsung yang bermula 29 Aprillalu sehingga 4 Jun 2019nanti.

Antara aktiviti yang dinantikan tentu saja persembahan artis seperti Andi Bernadee, Sarah Suhairi, Aisyah, Noryn Aziz, Alyah, Shiha Zikir, Imran Ajmain, Dato’ Fazley dan The Mirza.

Selain persembahan artis terkenal, aktiviti untuk pengunjung turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, Persembahan Ghazal Anjung Tradisi, program membuat kek dan gubahan bunga.

Persembahan Minggu 1

BELANJA & MENANG

Bagi memberi penghargaan kepada pengunjung, pihak Plaza Shah Alam turut mengadakan satu peraduan “Belanja & Menang” yang bernilai sehingga RM15,000dengan hadiah menarik seperti Pakej Percutian ke Langkawi, Playstation 4, Seutas Rantai Emas Khaalish, Baucar Pakaian, Pakej berbuka puasa dan banyak lagi.

Semua info lanjut berhubung peraduan “Balanja & Menang” ini akan dikongsikan di Facebook, Instagram dan laman wen rasmi Plaza Shah Alam. 

Pengunjung yang berbelanja juga akan diberi saguhati istimewa seperti Arabic Bakhoor Oud (Pembelian RM1000 ke atas), Set Balang istimewa (Pebelian RM250 ke atas) dan Sampul raya eksklusif Plaza Shah Alam.

Berikut jadual lengkap aktiviti persembahan sepanjang sambutan Ramadan dan Syawal di Plaza Shah Alam.

Persembahan Minggu 2

18 MEI 2019 (Sabtu)

2.30 PM – Program Dapur Panas 

4.30 PM – Ghazal Anjung Tradisi

7.00 PM – Berbuka puasa bersama Anak Yatim

8.45 PM – Persembahan Dato’ Fazley Yaakob

19 MEI 2019 (Ahad)

2.30 PM – Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

5.00 PM – Pemberian Bubur Lambuk Percuma

8.45 PM – Persembahan Noryn Azizdan Andi Bernadee

25 MEI 2019 (Sabtu)

2.30 PM – Bengkel Biskut Raya

4.30 PM – Ghazal Anjung Tradisi

5.00 PM – Pemberian Bubur Lambuk Percuma 

8.45 PM – Persembahan Imran Ajmaindan Shiha Zikir

26 MEI 2019 (Ahad)

2.30 PM – Kelas Gubahan Bunga

4.30 PM – Persembahan Tarian

5.00 PM – Pemberian Bubur Lambuk Percuma

8.45 PM – Persembahan Alyah

1 JUN 2019 (Sabtu)

2.30 PM – Kelas Membuat Kek

4.30 PM – Persembahan Ghazal Anjung Tradisi

8.45 PM – Persembahan Sarah Suhairidan The Mirza

2 JUN 2019 (Ahad)

2.30 PM – Pertandingan Karaoke Suara Juara

4.30 PM – Persembahan Tarian Arab

5.00 PM – Pemberian Bubur Lambuk Percuma

8.45 PM – Persembahan Aishah

Persembahan Minggu 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kembara Iftar Dari Stockholm Ke Dublin

Grab Your Vivo V15 at MAXIS For Only RM1