in

Anak Penyanyi Harris Baba Cedera Ditimpa Penutup Lampu Panas di Butik LV

RALAT rasanya bila sebagai ibubapa, kita dah menjaga anak dengan sehabis baik tapi disebabkan kecuaian orang lain, si kecil pula yang terpaksa rasa sakit.

Kasihan anak kepada penyanyi Harris Baba, Aleena Ziya apabila si kecil itu telah ditimpa dengan penutup lampu panas ketika mereka sekeluarga sedang melawat ke butik jenama antarabangsa, Louis Vuitton.

Anak Penyanyi Harris Baba

Kejadian malang itu dikatakan berlaku pada pukul 3 petang semalam di pusat membeli belah The Gardens, Mid Valley.

Akibat kejadian itu, muka dan kedua-dua tangannya telah melecur tahap 2.

Anak Penyanyi Harris Baba

Nik Naziha Zawawi, iaitu isteri kepada Harris telah meluahkan rasa sedih dan ralatnya menerusi posting terbaharunya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

“Kesan lecuran itu akan mengambil masa berbulan lamanya untuk sembuh dan kami perlu membawa Aleena untuk mendapatkan perkhidmatan laser bagi menghilangkan parut lecuran itu.

“Kami dah jaga dia dengan baik sekali, tapi disebabkan kesilapan pihak lain, Aleena pula yang terpaksa hadap kesakitan itu,” tulis Harris dan Naziha di akaun Instagram masing-masing.

Namun, mereka tetap bersyukur kerana penutup lampu itu tidak terkena pada bahagian mata kerana jika ianya terjadi, Aleena akan buta sepanjang hidupnya.

Anak Penyanyi Harris Baba

Pasangan suami isteri itu juga telah membuat laporan polis di atas kecuaian pihak butik tersebut dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ya, benar sekali, malang memang tidak berbau. Tapi kita masih dapat untuk mengelak daripada menjadi mangsa kecuaian orang lain.

Mujur kesan lecuran yang dialami oleh Aleena masih dapat dirawat lagi. Kalau teruk sampai boleh menganggu pembesarannya, agak-agak siapa yang nak bertanggungjawab?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teruja dipimpin Firman, Vicha Terjatuh di Pentas Gegar Vaganza

Zainal Abidin Kecewa Penganjur Sukan Sea Belum Bayar Payment