in , ,

Anak Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

Persahabatan antara dua selebriti terkenal, Datin Rabecca Nur Al Islam dan Datin Zizie Ezette terjalin sejak lebih sedekad lalu. Kedua-duanya juga dilihat berkongsi minat dan tanggungjawab sama iaitu bergelar isteri dan ibu.

Mereka juga saling menyokong dalam banyak aspek. Bahkan kedua mereka jika dilihat sanggup memperlahankan rentak dunia lakonan demi tumpuan kepada rumah tangga yang dibina. Lalu tidak hairan keputusan Datin Rabecca Nur Al-Islam melamar Datin Seri Zizie Izette sendiri demi menyunting lima cahaya matanya untuk menjadi duta produk IQ Super keluaran syarikatnya, Anggun & Anggerik (M) Sdn Bhd melalui proses yang mudah apabila masing-masing sudah memahami dan kenal hati budi.

Temubual Eksklusif: Datin Rabecca Ada Sbb Pilih Anak Datin Seri Zizie Izette Jadi Duta.Barang Kemas Hilang Jadi Misteri

Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

Datin Rabecca mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nor Azam Sulaiman pada Januari 2007. Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata, Nor Adam Daniel 12, Nor Anggun Raverra 7, Nor Anggerik Renesmee, 6, Nor Aliff Al-Raffael 4,Nor Ahmat Al-Reaggan, setahun 3 bulan.

Dia juga mempunyai anak Anugerah, Nor Aurora Riana 1 tahun 3 bulan, Nor Khayrin Sofiya 17 dan An Nor Arif Qayyum 24.

Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

IQ Super yang juga suplemen revolusi baru dilancarkan hari ini untuk tumbesaran kanak-kanak yang bijak, cergas dan ceria menjadi produk keenam selepas pengeluaran tudung (2014), minuman menguruskan badan – Body Love (September 2018), pencuci wanita, VBecca (Disember 2018), jamu (September 2019) dan penjagaan muka – BF Shine (Disember 2019).

Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

“Banyak sebab saya mempertimbangkan tawaran daripada teman baik sendiri (Datin Rabecca Nur Al-Islam) ini.

“Ini memang produk pertama yang lima anak saya (Naila Nurjenna, 5, Aaric Zayn Izette, 3, Aadam Zac Izette, 3, Aaleph Zeke Izette, 3, dan Aalisa Belle Izette, 1) menjadi duta produk.”

“Ini juga jadi ruang untuk anak saya sendiri membuat simpanan dari usia muda kerana sudah pandai cari duit.”

“Sebab yang paling nyata saya menerima tawaran ini untuk anak-anak kerana menyenangi Datin Rebecca Nur Al-Islam.”

“Sejak awal lagi produk ini diberinya untuk dicuba anak saya. Anak saya sendiri menyukai produk ini.”

“Saya nampak keberkesanan produk ini sekali gus terus jatuh hati menerima ‘pinangan’ Datin Rebecca Nur Al-Islam untuk melantik anak saya sebagai duta.”

“Malah sebelum itu, ketika Datin Rebecca Nur Al-Islam mengadakan peraduan mencari duta produk IQ Super, peminat dan pengikut di Instagram selalu tag nama saya serta anak. “

“Lalu semua sebab itu buat saya berbesar hati untuk menerima tawarannya,”

– Datin Seri Zizie Izette
Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

Kata isteri kepada isteri ahli politik, Datuk Seri Bung Moktar Radin ini mengenali Datin Rabecca Nur Al-Islam sebelum berkahwin lagi.

Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

“Tak silap saya sejak tahun 2008 lagi. Saya selesa dengannya. Bagi yang kenal saya bagaimana tahu yang diri ini jenis susah nak rapat dengan orang walaupun mudah mesra.”

“Saya tak sewenang-wenangnya membiarkan orang masuk dalam hidup ini.”

“Saya memang memilih kawan. Cuma kalau cakap bab Datin Rebecca Nur Al-Islam ini, dia punya usaha nak berkawan itu cukup luar biasa.”

“Dia selalu meluangkan waktu untuk saya. Kalau saya sakit, dia bawakan makanan.”

“Pendek kata, dia sangat mengambil berat dan penyayang. Saya nampak ketulusan hatinya nak berkawan.”

“Dia di mata saya sebenarnya seorang yang mulut lantang tapi berhati baik. Selain itu dia juga sangat tegas orangnya.”

“Dia suka berkawan dan mudah mesra. Dia juga sangat rajin bekerja dan tak pernah berputus asa.”

“Dia pun sukakan kanak kanak dan haiwan,”

– Datin Seri Zizie Izette
Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

Pemilik nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad ini juga mengaku memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon.

Kali terakhir, Datin Seri Zizie Izette berlakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017.

“Kalau ikutkan minat dan keterujaan di pentas seni itu takkan berakhir. Perasaan rindu itu pasti akan bertandang. “

“Cuma demi anak yang masih perlu perhatian sepenuhnya daripada diri ini, saya memilih untuk memperlahankan rentak lakonan. “

“Nak cakap berhenti terus itu takut juga kalau tiba-tiba gian nak berlakon balik.”

“Di saat anak kecil dan kian membesar, saya memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekali gus mewujudkan kenangan indah bersama.”

“Kita pun tak tahu sampai bila usia ini akan terhenti,”

– Datin Seri Zizie Izette

Datin Seri Zizie Izette sudah 11 tahun berkahwin dengan Bung Moktar.

Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

Sementara itu, Rebecca berkata pemilihan Datin Seri Zizie Izette tepat dan bersesuaian dengan produk berkenaan.

“Oleh kerana produk kami ini memfokuskan kepada kanak-kanak dan peranan ibu untuk terus memastikan yang terbaik untuk anak mereka. Jadi saya melihat Zizie sebagai pilihan tepat merangkumi apa yang ingin disampaikan,”

Malah Zizie menjadi testimoni terawal yang mencuba produk ini untuk anaknya.

“Seperti yang semua tahu, saya turut mempunyai anak yang ramai dan kebahagiaan anak adalah penting.

Apabila anak saya sihat, ceria dan cergas, saya sebagai seorang ibu akan rasa bahagia melihat mereka. Saya yakin Zizie juga berasakan hal sama.

“Sekalipun produk ini menjadikan lima nak Zizie sebagai duta, peranannya sebagai ibu amat besar dan penting sekali gus mempromosi serta memperkenalkan produk kami kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti kami.

Dan kami yakin semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak dan sudah pasti IQ Super menjadi pilihan mereka,”

– Datin Rebecca Nur Al-Islam (Pengasas Anggun & Anggerik Enterprise)
Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

Harga pasaran IQ Super dijual RM119 untuk sebotol dengan isi kandungan 60 biji tablet. Ia adalah solusi tepat bagi ibu bapa yang ingin melihat anak mereka aktif dan ceria.

“Kami mengharapkan IQ Super dapat diterima baik oleh masyarakat Malaysia.

Menerusi tempahan awal, kami yakin bahawa produk ini akan menjadi hit di pasaran.

Kami berhasrat untuk memasarkan 120,000 kotak menjelang akhir tahun 2020. Kami juga mahu peluang untuk berkembang ke pasaran ASEAN pada mendatang dan kini terbuka dalam merekrut peniaga baru.

“Kepada yang mahu menempah produk ini boleh menghantar whatsapp ke talian +60126015308.

Pihak kami juga sedang mencari ejen Dan STOKIS terus meluaskan jenama ini,”

– Datin Rebecca Nur Al-Islam
Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

IQ Super mengandungi:

Susu Kambing

Susu kambing merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium menyokong pertumbuhan tulang dan gigi di semua peringkat umur, tetapi ia amat penting semasa zaman kanak-kanak dan remaja. Pada tahap yang tinggi, kalsium boleh menurunkan bioavailabiliti nutrien lain. Besi adalah penting juga, terutamanya pada kanak-kanak kecil yang tidak makan banyak makanan yang kaya dengan zat besi.

Kurma

Pada kurma, terdapat jumlah mineral yang banyak menjadikannya makanan terbaik untuk mengukuhkan tulang dan melawan penyakit berjangkit dan melemahkan seperti osteoporosis. Kurma mengandungi selenium, mangan, tembaga, dan magnesium, yang semuanya adalah penting untuk perkembangan dan kekuatan tulang yang sihat. Kurma terdiri daripada gula, protein dan banyak vitamin penting. Kurma adalah gula semula jadi yang tinggi seperti glukosa,fruktosa, dan sukrosa. Oleh itu, mereka berkuat berupaya untuk menjana tenaga. Vitamin di dalam kurma menjadi rangsangan yang ideal untuk kesihatan dan fungsi sistem saraf. Kalium adalah satu daripada ramuan utama dalam mempromosikan sistem saraf yang sihat dan responsif, dan ia juga bertambah baik kelajuan dan kewaspadaan aktiviti otak.

Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

Kismis

Kismis diperoleh dengan mengeringkan anggur, sama ada di bawah matahari atau di keringkan menggunakan mesin pengering, yang mengubah anggur menjadi permata emas, hijau atau hitam. Makanan ini adalah kegemaran semua orang, terutamanya kanak-kanak. Kismis digunakan secara meluas dalam memasak di seluruh dunia (terutamanya dalam pencuci mulut) dan juga ditambah kepada kesihatan tonik, makanan ringan, dan makanan tambahan tenaga yang padat, tenaga tinggi untuk pendaki gunung, backpackers, dan berkemah.

Walnut

Walnut kaya dgn antioxidants, kaya dgn omega 3, sumber mineral besar yang di perlukan untuk pertumbuhan seperti tulang, penjanaan protein dan pencernaan, dan membantu dalam perkembangan pesat otak kanak-kanak,tidur yang lena dan sihat, mengekalkan berat badan yang optimum untuk kanak-kanak.

Madu

Madu adalah cecair manis yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar dari bunga. Ia dinilai dengan warna, madu amber emas jernih sering mempunyai harga runcit yang lebih tinggi berbanding daripada jenis yang lebih gelap. Sejak dahulu, madu telah digunakan sebagai makanan dan ubat. Madu sangat sihat digunakan berbandng gula halus, iaitu 100% kalori kosong.

Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

Kelebihan IQ Super:

  • Meningkatkan kecerdasan minda
  • Meningkatkan selera makan
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Menjadikan tubuh lebih sihat dan segar
  • Membantu membina tulang yang kuat
  • Bertindak sebagai penggalak metabolisme
  • Membantu meningkatkan imuniti
  • Meningkatkan kesihatan otak
  • Mengurangkan sembelit
  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi
  • Membantu dalam membina sistem saraf yang sihat dan responsif
  • Membantu melindungi mata daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • Membantu perkembangan dan kelakuan aktiviti otak

Untuk maklumat lanjut, lawati @beccahq dan @rebeccanuralislamahmad di Instagram & Facebook.

Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super
Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super
Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super
Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super
Datin Seri Zizie Izette Dilantik Jadi Duta Produk IQ Super

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penduduk KAMPUNG SEMARAH PADI Kembali Terkena Sumpahan

Rhys Williams Hos Travelog Kembara Rimba Tropika di TV1