in ,

Anak Che Ta Mahu Hadiah Kereta Audi R8 Harga RM660,000

Patutlah beberapa hari lalu anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) iaitu Ammar Effendy ada menulis “nonsense” di laman sosial Twitternya, berikutan berita ibunya mahu menghadiahkan sebuah kereta jenis BMW X6 sebagai hadiah kejayaannya mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaliknya sebuah kereta lain. Rupa-rupanya kereta lain.

Audi R8

Bercakap kepada mStar online, Ammar, 18, berkata kereta yang dipilih sebagai hadiah kecemerlangannya itu ialah Audi R8 yang harganya kira-kira RM660,000. Fuh, mahalnya! Tengoklah gambar kereta Audi R8 kat atas ni macamana rupanya. Sporty sungguh.

“Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’. Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho,” selorohnya.

Anak Sulung Che Ta Dapat 9A Mahu Hadiah Kereta Sport?

Tambah Ammar, dia inginkan sebuah kereta yang boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama dan antara jenis kereta yang diminati ialah Audi R8, BMW M3 dan Mercedes A45.

“Pada Rabu (semalam) saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai. Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari,” – Ammar

Sebelum ini, Ammar pernah mendapat hadiahkan sebuah telefon bimbit selepas cemerlang dalam peperiksaan penilaian Menengah Rendah (PMR) dan set permainan PS2 selepas berjaya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Audi R8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari & Scha Alyahya Teruja Tunggu Kelahiran Anak Pertama

Peminat EXO Rempuh Polis Jepun di Lapangan Terbang Haneda