in , ,

Amyza Aznan Gagal Jawab Saman Zarina Anjoulie

PELAKON dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul memfailkan permohonan, supaya Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memasukkan penghakiman terhadap rakan seperjuangannya Amyza Aznan, yang sehingga kini gagal menjawab saman fitnah bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta.

Saman itu adalah berhubung kenyataan Amyza atau nama sebenarnya Azizah @ Amyza Aznan, 46, yang didakwa menggunakan kata-kata kesat, memfitnah, dan memalukan Zarina Anjoulie, apabila beliau (Zarina Anjoulie) menyelar perbuatan artis tempatan, memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan berikutan wabak COVID-19.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Zarina Anjoulie berkata, anak guamnya memfailkan permohonan itu pada 3 Jun lepas, berikutan Amyza gagal memasukkan kehadiran sejak saman berkenaan difailkan pada 23 April lepas.

Amyza Adnan
Amyza Aznan

“Saman itu telah diserahkan kepada Amyza pada 24 April lepas, dan ia turut diserahkan sekali lagi kepadanya melalui pos pada 28 April. Sehingga kini, Amyza tidak memasukkan kehadiran, bagi menjawab saman dan ini menyebabkan proses tuntutan saman itu tertangguh,”

– Peguam Nurul Hafidzah Hassan

Beliau berkara ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes secara e-review, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli, hari ini.

Peguam itu berkata, mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pendengaran dan keputusan permohonan itu di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.

Dalam saman difailkan pada 23 April lepas, Zarina Anjoulie, 34, selaku plaintif, mendakwa selepas pengumuman kerajaan berhubung BPN kepada rakyat dalam golongan B40 dan M40 yang berpendapatan sebulan RM8,000 ke bawah, sebahagian daripada golongan artis tempatan turut menyuarakan pendapat mereka, dan menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu memberikan satu ‘bantuan khusus’ bagi mereka atau penggiat seni negara.

Zarina Anjoulie yang juga seorang usahawan mendakwa, beliau telah memuat naik video di laman sosial Instagramnya pada 28 Mac lalu, yang secara umum menyatakan bahawa ‘bantuan khusus’ itu adalah tidak perlu dan hanya golongan artis yang layak, boleh memohon BPN seperti rakyat lain.

Zarina Anjoulie
Zarina Anjoulie

Mengikut penyataan tuntutan itu, plaintif turut menyuarakan pendapat bahawa golongan artis yang berkemampuan seharusnya sedar, mereka adalah golongan yang sepatutnya mempunyai wang simpanan mencukupi, untuk menyara diri mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disebabkan krisis Covid-19, malah berpeluang untuk turut sama membantu rakyat yang terjejas, oleh krisis tersebut.

Dakwanya, pada 29 Mac lepas satu kumpulan dikenali sebagai ‘BANTUAN COVID-SENI 2020’ ditubuhkan menggunakan aplikasi pesanan ringkas Telegram, bagi membincangkan mengenai bantuan Covid-19 kepada artis tempatan, dan kumpulan itu mempunyai sekurang-kurangnya 819 ahli terdiri daripada penggiat seni termasuk Amyza.

Plaintif mendakwa melalui kumpulan itu, Amyza mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya, menyebabkan ramai ahli kumpulan berkenaan turut dipengaruhi oleh fitnah itu, selain mendakwa defendan juga telah mengeluarkan kenyataan memfitnah di Instagram miliknya untuk paparan umum, yang dimuat naik April lalu.

Dakwanya, kenyataan-kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa, plaintif seorang yang berperangai buruk, tidak bertanggungjawab, dan sering menabur fitnah terhadap artis-artis lain, dan akibat kenyataan itu, beliau mengalami kemurungan kerana dimalukan dan reputasinya turut tercalar.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah, permohonan maaf daripada defendan, dan defendan juga dihalang daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan memfitnah, memalukan, atau menjatuhkan reputasi plaintif, pada masa akan datang, kos serta relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber: Bernama

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Masjid di Seluruh Malaysia Mula Dibuka 12 Jun Ini

Ada Sebab Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa Menamakan Anaknya Arwa Malaikha Urwa