in

Amnesty International Malaysia Anjur Kembara Ke Johor

Dengan gambar tidak cukup untuk menceritakan situasi sebenar, melainkan dengan mengalaminya sendiri. Dengan itu, Duta-duta Belia Amnesty International Malaysia akan mengembara ke Johor untuk mengalami gaya hidup di kawasan ‘perkampungan bandar’. Mereka akan berkongsi pengalaman ini dengan belia di Johor, melalui hasil bidikan kamera- kamera mereka.

Mari berdiskusi dan bersantai dengan anak muda amnesty sambil berkongsi pengalaman dan menonton tayangan filem, “War Photographer” yang dibintangi oleh James Nachtwey, seorang jurnalis perang yang telah merakan dan mendokumentasi gambar – gambar yang luar biasa yang telah mencetuskan pelbagai reaksi dunia ketika konflik perang.

TARIKH:
18th June 2011, 8.00 PM

TEMPAT: Eats and Beats,
51 Jalan Tan Hiok Nee, 80000 Johor Bahru, Malaysia

Anak muda kami akan baerangkat ke Johor Bahru pada 18hb Jun 2011. Di sana, mereka akan mendokumentasi kehidupan para penghuni ‘kampung bandar’. Ini akan diikuti dengan sesi perkongsian serta tayangan filem di kafe Eats and Beats pada pukul 8.00pm hingga 12.00am.

Pada 19hb Jun 2011, Duta-duta Belia kami akan mempamerkan gambar-gambar mereka di sekitar Pusat Bandar Johor. Namun demikian, lokasi sebenar pameran ini akan dirahsiakan sehingga aktiviti tayangan filem di Eats and Beats. Jadi, kami dari Amnesty International Malaysia mengundang anda semua supaya datang dan minum teh tarik bersama kami.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada sambutan [email protected] Amnesty International Malaysia. Selaras dengan seruan Amnesty International, “Be one more, ask one more, act once more”, Duta-duta Belia kami akan bertemu dengan para belia lain sambil bertukar pandangan..

Kami menjemput semua warga Johor untuk menyertai kami pada 18 dan19 Jun 2011. Warganegara Malaysia yang anthusias juga diundang untuk mengambil perjalanan ke Selatan ini bagi menyokong belia kami.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dreamgirls The Broadway Musical Sensation

Siti Saleha & Remy Ishak di Roadshow Enchanteur Paris & Dashing