in

Amirul Jafril Lancar Lagu Raya SINAR AIDILFITRI

“Sinar Aidilfitri” hadiah istimewa terakhir arwah nenek buat Amirul Jafril
Kuala Lumpur (June 2016) Amirul Jafril dibesarkan di Pulau Pinang, pemuda berusia 29 ini mula menetap di Kuala Lumpur selepas menamatkan pelajaran di UITM Shah Alam pada tahun 2007.

Memulakan kerjaya sebagai penulis dan penyampai berita radio di salah sebuah stesyen swasta terkenal, mula mencuba nasib sebagai penyanyi pada tahun 2010 dengan single pertama “Sehingga Sempurna”dengan modal sendiri. Namun, Amirul membuat keputusan untuk tidak terus menyanyi secara tetap dan menyifatkan minat beliau dalam bidang muzik hanya sekadar hobi dan suka suka.

Walau bagaimapun sepanjang masa tersebut beliau masih terlibat dalam beberapa projek underground dan menghasilkan beberapa lagu yang masih belum diedarkan atau diperdengarkan kepada khalayak ramai.

Di usia 29, Amirul menyifatkan beliau lebih matang untuk berfikir dan bersedia untuk memberikan masa yang lebih untuk muzik, berpegang kepada kata-kata ” I’d rather regret the things I’ve done than regret the things I haven’t done”.

Sinar Aidilfitri (Amirul Jafril) - Cover Art

Cancer Survivor

Amirul Jafril pernah menghidap penyakit kanser Non Hodgkin Lymphoma tahap 2 pada tahun 2012. Hanya berusia 25 ketika itu, Amirul mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit tersebut daripada keluarganya di Pulau Pinang, serta meneruskan rawatan di Kuala Lumpur dengan sokongan rakan-rakan. Sentiasa mengambil sikap positif dalam setiap cabaran, Amirul meneruskan rawatan kimoterapi di salah sebuah Hospital di Kuala Lumpur dan sembuh sepenuhnya sekitar pertengahan 2013. Beliau seterusnya pernah muncul dalam beberapa buah artikel akhbar tempatan serta siaran tv bagi bagi berkongsi pengalaman melawan penyakit tersebut.

Single Raya: Sinar Aidilfitri

Lagu Sinar Aidilfitri sebenarnya di hasilkan dan direkodkan pada tahun 2011, selepas Amirul mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu raya yang penuh dengan “feel raya” . Bekerjasama dengan kompuser Rudy Halim (Rudeboy Halim), Amirul mengambil risiko dengan meminimakan elemen moden dalam lagu tersebut, menegaskan bahawa lagu raya seharusnya mempunyai feel dan melodi yang membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar lagu tersebut, terasa mahu pergi beraya.

Amirul Jafril menyifatkan lagu Sinar Aidilfitri adalah sebuah lagu yang tersangat istimewa baginya dan dia sendiri suka mendengarkan lagu tersebut. Beliau menambah, lagu tersebut merupakan hadiah terakhir dari nenek kesayangannya, Rohani Binti Maidin yang meninggal dunia seminggu sebelum bulan Ramadan tahun ini,

“Tambahnya, ketika mahu menghasilkan lagu tersebut, beliau tidak cukup wang untuk menghabiskannya ke tahap mastering, kerana masih baru bekerja dan tidak mempunyai simpanan yang banyak. Arwah nenek, yang percaya dengan bakat dan kebolehan cucunya itu, memberikan sejumlah wang untuk menghasilkan lagu tersebut.”

“Secara kebetulan beberapa minggu selepas arwah pergi, pihak pengurusan Joe Saiful dari JoePRCinternational menghubunginya dan menyatakan minat untuk memperdengarkan dan mempromosikan lagu tersebut ke khalayak ramai. Saya telah melihat sendiri kerja tangan JoePRCinternational dan berbesar hati dengan kepercayaan mereka untuk menguruskan bakat saya. Lantas membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mereka untuk promosi dan edaran lagu “Sinar Aidilfitri” dan seterusnya kerjaya muzik saya.”

Tajuk lagu: Sinar Aidilfitri

Komposer: Amirul Jafril/ Rudeboy Halim

Lirik: Amirul Jafril

Bertahun sudah ku diperantauan,
Hati merindu suasana raya di desa,
Syawal pertama, ibu kota sepi,
Tiada pelita atau cahaya bunga api
Alunan takbir, pengubat hati,
Teman dan taulan penawar sepi..
Salam lebaran ayah dan bonda,
Ku berjanji kan pulang jua,
Inilah ikrar murni anakmu ini,
Salam lebaran rakan dan taulan,
Sengketa lama kita lupakan,
Berjabat tangan maaf maafan.
Ku kucup tanganmu,
Ayah dan bondaku,
Kumohon ampun segala dosa silap padamu,
Pintaku hanya kau sejahtera selalu,
Berbahagia, di sepanjang hayatmu,
Ku panjat syukur pada ilahi,
Ucap minal aidil wal faizin.
Salam lebaran ayan dan bonda,
Ku berjanji kan pulang jua,
Untuk berjumpa sanak saudara,
Salam lebaran kekasih hati,
Kita pasti bersama nanti,
Kunanti sinar,di Aidilfitri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Medley Lagu Raya dari Aziz Harun Versi Akustik

CYRILL HASSAN

Apa Yang Istimewa Berbuka di Che Mat Delights Cyberjaya