in ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama Bersiri AMIRA ROSE

Raikan Syawal dengan ‘Amira Rose’ bersama Samsung

Drama mini bersiri memaparkan gandingan Aiman Hakim dan Farah Nabilah sebagai pasangan kekasih bagi menyegarkan lagi rancangan TV sempena Aidilfitri

Pengikut-pengikut setia artis drama Melayu, Aiman Hakim dan Farah Nabilah, sudah pasti perasan gambar-gambar intim penuh misteri yang mereka kongsikan di Instagram kebelakangan ini.

Kedua-dua pelakon tersebut sebenarnya sedang berlakon sebagai pasangan kekasih dalam sebuah drama mini bersiri berjudul Amira Rose. Siri mini ini bakal menemui penonton di kaca TV bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya yang lebih santai dan ceria.

Drama Bersiri AMIRA ROSE

Dalam cerita Amira Rose, Aiman berlakon sebagai Rahman yang sedang menjalinkan hubungan romantik dengan watak Farah, iaitu Amira. Mereka juga merupakan rakan sekerja yang bertugas sebagai vlogger dan penulis. Bagaimanapun, Rahman telah meletak jawatan untuk menyertai sebuah syarikat pesaing beberapa hari sebelum Hari Raya. Amira berasa kecewa dan dikhianati lantas membuat keputusan untuk mengikut rakan sekerja seniornya Mun balik ke kampung untuk meraikan Hari Raya tanpa Rahman.

Setibanya di kampung halaman Mun, Amira bertemu dan tertarik dengan Amir, iaitu sepupu kacak Mun. Rahman yang berasa bimbang bahawa Amira berkemungkinan akan memutuskan hubungan mereka, bergegas ke kampung Mun untuk cuba menambat hati Amira semula.

Siri istimewa ini juga dibarisi pelakon-pelakon handal yang lain, seperti Sharifah Sakinah sebagai Mun; Daler Yusuf sebagai sepupu Mun yang amat menawan; dan penampilan khas oleh penyanyi remaja berbakat, Ismail Izzani.

Drama Bersiri AMIRA ROSE

Mengulas tentang wataknya dalam Amira Rose, Aiman berpendapat bahawa pengalaman penggambaran bagi siri mini ini agak baharu dan berlainan.

“Berlakon dalam siri mini ini agak berbeza. Kami diberi peluang dan ruang untuk berbincang, serta menyumbang pelbagai adegan spontan. Jalan ceritanya mudah, tetapi senang dikaitkan dengan kehidupan seharian kita. Saya berharap para peminat dan penonton akan terhibur di samping menghayati unsur cinta dan kemaafan yang disampaikan dalam Amira Rose Syawal ini,” kata Aiman.

Farah pula bersyukur atas peluang yang diraihnya selama tahun ini. Dia berharap peminat-peminatnya akan menerima Amira Rose sebagai hadiah Hari Raya teristimewa daripadanya.

“Saya gembira dapat mendedikasikan drama ini kepada peminat-peminat yang telah menyokong saya selama ini. Sebenarnya, reaksi terhadap kandungan awal Amira Rose amatlah positif. Saya tidak sabar melihat respons keseluruhan terhadap siri mini ini, terutamanya dengan gandingan kali kedua bersama Aiman bagi sesebuah drama bersiri,” kata Farah.

Siri mini ini adalah antara produksi yang tidak lagi menggunakan gaya penggambaran konvensional supaya dapat membawa daya tarikan yang berbeza bagi drama Melayu. Pasukan produksi berjaya menyuntik pelbagai elemen drama bersiri Korea dari segi watak, plot dan ciri-ciri estetik dalam Amira Rose, manakala turut dikekalkan keindahan dan keunikan persekitaran kampung Melayu tradisional untuk menampilkan sebuah latar belakang yang menarik.

Episod Raya Amira Rose sepanjang 30 minit akan disiarkan buat kali pertama pada
hari Ahad, 17 Jun 2018, jam 11.15 pagi di saluran TV3. Enam episod seterusnya masing-masing terdiri daripada siri mini berdurasi 10 minit akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.50 malam dari 25 Jun hingga 10 Julai 2018.

Penonton juga dapat menikmati episod Raya di saluran NTV7 (Ahad, 17 Jun 2018, 3.00 petang) dan saluran TV9 (Jumaat, 22 Jun 2018, 9.00 malam).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reuters Wins SOPA Award for Public Service Journalism

Yang Tersirat dalam Iklan Raya BISIK HATI MAK Telekung Siti Khadijah