in

Amer Munawer Jadi Penyanyi Lagu Dakwah

Amer Munawer Seluruh Mahabbah Satu Transformasi

Memulakan kerjaya seni sebagai anggota kumpulan Ruffedge, Ameer Munawer Yusoff kembali mewarnai persada seni tanahair dengan imej seorang penghibur dakwah dan warna baru dalam muzik yang dibawakannya.

amer munawer

Mungkin di Malaysia jalur muzik R&B Soul jarang dilatari dengan lirik yang berunsur ketuhanan, namun penyanyi berusia 33 tahun ini kita tampil dengan sebuah perubahan. Maka lahirlah “Seluruh Mahabbah”, single pertama setelah 3 tahun lama menyepi.

Menurut penyanyi yang menjadikan Babyface, Yusuf Islam, Sami Yusuf sebagai kompas. Lagu ini adalah lagu yang melahirkan perasaan rindu dan kasih kepada Sayyidina Muhammad Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam.

Ia banyak menceritakan tentang beberapa keistimewaan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w, dimulakan dengan kisah tentang bulan yang pernah menyaksikan/terdapat dalam hadis tentang kisah pembelahan bulan oleh Baginda bagi membuktikan mukjizat kenabiannya.

Menurutnya lagi /”Seluruh Mahabbah adalah sebuah ekspresi yang dilahirkan oleh saya sendiri untuk menyatakan harapan untuk memberi seluruh kecintaan dan kasih kepada Baginda Rasulullah s.a.w.”/ Setelah lebih 3 tahun tidak melahirkan sebarang bentuk karya, Amer Munawer Yusoff mengharapkan karya ini menjadi ‘pembuka’ untuknya terus berkarya.

Menurut KC Ismail, Ketua Unit Muzik, Alibi Music “Kami berasa amat bangga dengan karya yang dihasilkan oleh Amer Munawer, kelainan yang dibuat secara total olehnya memberikan warna baru buat industri muzik tempatan.” Mungkin pendengar sudah biasa mendengar muzik nasyid dari kumpulan nasyid, dan kini hadir seorang penyanyi solo yang membawa mesej yang sedemikian namun dibawakan di dalam nada irama yang berbeza.

Ujarnya lagi, jika pemuzik luar berbangga dengan kehadiran Yusoff Islam, Maher Zain dan Sami Yusuf, diharap pendengar muzik tempatan dapat menerima imej dan muzik yang dibawakan oleh Amer Munawer.

Semoga Amer Berjaya dalam misi dakwahnya menerusi muzik.

amermunawer4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memey Suhaiza & Norman Hakim dalam Drama Gia

Pertandingan Gatsby Styling Dance Pan Asia 2010-2011