in , ,

Amani Finalis Ceria Popstar Xtra Lancar Single Debut Berjudul LAKARAN MAGIKA

Finalis Ceria Popstar Xtra Mengorak Langkah Dengan Single Debut Bergenre Pop Balada Yang Penuh Makna Penuh Fantasi!

Kecil-kecil cili api, gadis remaja yang baharu sahaja berumur 13 tahun ini mempunyai semangat yang waja, anak kelahiran Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, Zuhairah Amanina Farhanah Mohamad Faudzi atau lebih mesra dengan panggilan ‘Amani’ mengorak langkah dengan single debut berjudul ‘LAKARAN MAGIKA’ hasil ciptaan komposer berpengalaman, Harits Agustin dan nukilan lirik oleh Azian MNor, dan diterbitkan oleh label hiburan tersohor negara, Rocketfuel Entertainment.

Amani Finalis Ceria Popstar Xtra Lancar Single Debut Berjudul LAKARAN MAGIKA

“Syukur Alhamdulillah di atas peluang ini kerana cita-cita saya mempunyai single sendiri akhirnya tercapai juga, walaupun tidak memenangi tempat pertama Ceria Popstar Xtra, pihak Rocketfuel tetap memandang bakat saya dan menjadikan saya artis di bawah naungan mereka,” jelas pelajar tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai 2 ini.

Bakat nyanyian semulajadi yang dimiliki Amani bermula ketika usianya masih hanya 6 tahun, ketika itu dia sering memasuki pelbagai pertandingan nyanyian bukan sahaja di peringkat sekolah, malah daerah dan juga negeri.

“Pada tahun lepas, program Ceria Popstar Xtra ada mengadakan sesi ujibakat dan saya hanya sekadar mencuba nasib sahaja dan tidak sangka saya terpilih dan berjaya ke peringkat akhir,” kata Amani.

Single ini menceritakan tentang keindahan alam semulajadi pasca hujan yang mewujudkan pelangi nan indah melakari angkasa bak sebuah LAKARAN MAGIKA yang mengagumkan sesiapa memandangnya.

“Idea disebalik lagu ini datangnya dari abang Harits Agustin sendiri yang mahukan sebuah karya yang sesuai dengan usia saya, katanya sinaran pelangi yang terhasil setelah hujan reda sangat mempesonakan lantas memberikan keajaiban dunia fantasi imaginasi kanak-kanak yang polos,” ujar Amani.

Single dalam nuansa pop balada ini dihiasi melodi seakan ‘nursery rhyme’ yang membuai sesiapa mendengarnya dan tidak sarat dengan elemen muzik yang pelbagai sesuai dengan imej Amani yang masih hijau.

Tambah Amani, “Proses rakaman lagu ini mengambil masa selama 3 hari di Studio Echo Music, manakala penggambaran video muziknya (MV) pula dihasilkan dalam masa 1 hari sahaja.

MV LAKARAN MAGIKA bertemakan kekaguman seorang gadis remaja terhadap pelangi yang indah, dunia fantasi yang dicipta bersama rakan imaginasi sangat ‘relatable’ sewaktu kita membesar, perjalanan meniti warna pelangi memberikan maksud transformasi meningkatnya umur dari kecil ke alam remaja.

Jelas Encik Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment, “Di Rocketfuel, ‘talent’ kami merangkumi setiap peringkat umur dan latar belakang, Amani mewakili golongan remaja muda yang berbakat dalam bidang seni suara. 

“Walaupun tidak bergelar juara, kami masih memandang bakat yang dimilikinya dan peluang mempamerkan bakat sewajarnya harus diberikan, semoga lagu ini mendapat tempat di hati pendengar semua.

Akhiri Amani: “Saya berharap agar lagu ini mendapat sambutan dari pendengar di luar sana, terutamanya golongan remaja seperti saya, dan semoga lagu ini dapat menceriakan semua orang!

Lagu ‘LAKARAN MAGIKA’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. 

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Amani Finalis Ceria Popstar Xtra Lancar Single Debut Berjudul LAKARAN MAGIKA

Tajuk : LAKARAN MAGIKA

Artis : Amani

Penulis Lirik : AzianMnor

Komposer : Harits Agustin

Terbitan : Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd

(Verse 1)

Titisan hujan

Mula turun membasahi bumi

Semakin deras rintikannya

Kita berteduh namun tetap kuyup dibasahi

(Pre-Chorus 1)

Menunggu

Hujan kan berlalu

(Chorus )

Bila sang suria

Memancar sinarnya

Titis hujan melakarkan p’langi di angkasa

Lingkaran warnanya

Bagaikan magika

Tiada mula, tiada noktah

Seketika

(Verse 2)

Titisan hujan

Tetap turun membasahi bumi

Namun berbedanya kini

Kau tiada di sisi dan aku kini sendiri

(Pre-Chorus 2)

Menunggu

Hujan berhenti

(Repeat Chorus)

(Bridge)

Lakaran warna magika

Terpesona

Membuat rasa bahagia

Biarpun seketika

(Out Chorus)

Bila sang suria

Memancar sinarnya

Titis hujan memberikan keajaiban

Titis hujan memberikan keindahan…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shahrulezad Puji Mizz Nina Tak ‘Londeh’ Aib Rumah Tangga Bersama Noh Salleh

REMY ISHAK

Senarai Drama & Filem Panggung RTM Terbaik Sepanjang Ramadan 2023