in , ,

Amai Residence Dilancar Tawar Rumah Mampu Milik Dengan Ciri Premium

Projek Perumahan Baharu Di Putrajaya Yang Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Konsep Mampu Milik Tetapi Tetap Premium

Putrajaya kini menyaksikan satu lagi perkembangan hartanah menarik apabila Webest Sdn Bhd melancarkan projek kediaman terbarunya yang dinamakan Amai Residence. Terletak di Shaftsbury, projek ini hadir tepat pada masanya kerana ia bukan sekadar menyediakan rumah mampu milik di lokasi premium, malah selari dengan usaha kerajaan memperkukuhkan sektor hartanah dan ekonomi di pusat pentadbiran negara.

Menurut Pengarah Webest Sdn Bhd, Calvin Chan, projek ini adalah bukti nyata komitmen syarikat dalam memberikan pilihan kediaman berkualiti tinggi dengan harga yang lebih berpatutan. Katanya, “Pembangunan ini akan merancakkan lagi sektor hartanah tempatan kerana ia bukan sahaja membuka peluang pemilikan rumah baharu, malah mampu merangsang ekonomi pembinaan. Amai Residence dijangka meningkatkan taraf hidup penduduk melalui penyediaan kemudahan gaya hidup moden dan persekitaran yang lebih kondusif untuk didiami.”

Amai Residence Dilancar Tawar Rumah Mampu Milik Dengan Ciri Premium

Konsep Premium Tetapi Kekal Mampu Dimiliki Golongan Pertengahan

Keistimewaan Amai Residence adalah pada pendekatannya yang menggabungkan konsep kediaman premium dengan harga lebih bersahabat. Projek ini direka khas agar golongan berpendapatan sederhana, termasuk mereka yang sering terlepas kelayakan untuk membeli rumah kos mampu milik, tetap berpeluang memiliki rumah di lokasi strategik Putrajaya.

Calvin menambah lagi bahawa projek ini diyakini menyumbang kepada peningkatan nilai hartanah di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Hal ini menjadikan Amai Residence bukan sahaja sesuai untuk didiami, malah sebagai pelaburan masa depan yang bernilai tinggi.

Amai Residence Dilancar Tawar Rumah Mampu Milik Dengan Ciri Premium
Barisan kepimpinan projek ini turut merangkumi Mr Yong Chen Lim selaku Peguam, Mr Zare Lee sebagai Pengarah, Mr Calvin Chan sebagai Pengarah, Ms Lim Ying sebagai Pengarah, dan Mr Lim Seng Chong selaku Pengarah Urusan.

Kedudukan Strategik Dengan Akses Mudah Ke Kemudahan Harian

Satu lagi faktor yang menjadikan projek ini menarik adalah lokasinya yang strategik. Putrajaya yang sedang berkembang pesat sebagai bandar pintar dan bandar hijau, menawarkan persekitaran moden dengan pelbagai kemudahan awam. Amai Residence terletak berhampiran kolej, hospital, pusat beli-belah, dan pelbagai kemudahan lain yang penting untuk gaya hidup seharian.

Calvin menegaskan, “Kedudukan strategik serta akses mudah ke pelbagai kemudahan membuatkan Amai Residence diyakini mampu menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari kediaman dengan gabungan kemampuan, keselesaan, dan gaya hidup moden.”

Amai Residence Dilancar Tawar Rumah Mampu Milik Dengan Ciri Premium

Sasaran Pembeli Termasuk Penjawat Awam Dan Pembeli Rumah Pertama

Amai Residence disasarkan untuk pelbagai golongan termasuk penjawat awam di Putrajaya, pembeli rumah pertama, pelabur hartanah, serta mereka yang bekerja atau tinggal di kawasan berdekatan seperti Cyberjaya, Dengkil, Bangi dan Sepang.

Dalam temubual bersama pihak pemaju, mereka berkongsi bahawa sambutan projek ini sangat menggalakkan. “50% rumah sudah dijual. Kalau projek kita dekat luar KL, ini first project kita, tapi dekat tempat lain memang banyak projek dah kita buat. Kita dalam industri ini lebih 30 tahun sejak 1993. Hari ini saja sudah ada lebih 60 appointment. Lagi banyak kita jual, lagi happy lah. Projek ini bernilai lebih RM300 juta.”

Amai Residence Dilancar Tawar Rumah Mampu Milik Dengan Ciri Premium

Tiga Kategori Unit Dengan Keistimewaan Berbeza

Amai Residence menawarkan tiga kategori unit iaitu PBM khas untuk penjawat awam, unit Selangor, dan unit terbuka (open unit). Pihak pemaju menerangkan dengan lebih lanjut: “PBM memang khas untuk orang pejabat awam, ada sebanyak 150 unit. Untuk Selangor ada 134 unit. Yang menariknya, untuk open unit kita bagi percuma kitchen cabinet, aircond dan water heater. Selain itu, bank juga ada promotion 100% loan. Jadi pembeli tidak perlu risau tentang down payment kerana banyak unit boleh didapatkan tanpa keluarkan modal besar.”

Projek ini juga mendapat tarikan kerana statusnya sebagai hak milik kekal (freehold) dengan title kediaman (residential title), menjadikannya lebih bernilai untuk jangka panjang.

Tarikh Siap Dan Perkembangan Pembinaan

Menurut pemaju, pembinaan kini sudah mencapai sekitar 30%. Projek ini dijangka siap pada suku ketiga tahun 2028. Lokasinya berhampiran kawasan Pisin 17 dan Sumai Merah, menjadikan akses ke pelbagai kawasan lain juga lebih mudah.

Dengan pelbagai pakej menarik, lokasi strategik, dan tawaran tambahan seperti kitchen cabinet percuma serta sokongan pinjaman penuh dari bank, tidak hairanlah projek ini sudah mendapat sambutan awal yang sangat positif.

Amai Residence Dilancar Tawar Rumah Mampu Milik Dengan Ciri Premium

Hubungi Untuk Maklumat Lanjut

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Amai Residence atau projek seterusnya, boleh terus menghubungi Nazrin di talian +60164195115.

Apa Kata Budiey?

Kalau nak jujur, projek Amai Residence ini memang kena dengan trend semasa – rakyat mahukan rumah selesa, moden, dan strategik tapi masih dalam julat mampu milik. Dengan separuh unit sudah terjual, jelas ada permintaan tinggi. Lebih-lebih lagi bila pemaju sediakan keistimewaan macam percuma kitchen cabinet, aircond dan water heater, itu memang faktor penarik. Tambahan pula, bila bank sanggup beri 100% loan, ia membuka peluang besar untuk pembeli rumah pertama yang biasanya terbeban dengan isu deposit.

Budiey rasa projek ini akan jadi satu pilihan popular di Putrajaya, terutamanya bagi penjawat awam dan keluarga muda. Cuma, penting untuk pembeli buat kajian sendiri juga, bandingkan dengan projek lain, dan lihat potensi jangka panjang. Kalau ikut perkembangan Putrajaya sebagai bandar pintar, nilai hartanah di sini memang ada potensi naik lagi. Jadi, bagi yang sedang mencari rumah pertama atau pelaburan hartanah, Amai Residence memang satu peluang yang patut dipertimbangkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HWC Coffee & BAPE Café Lancar Kolaborasi Ikonik Buka Cawangan di KLCC