in , ,

Amad Fadlin Lancar Single Melodi Cinta, Dicipta Khas Buat Isteri Tercinta

Amad Fadlin merupakan seorang penyanyi muda yang pernah mengeluarkan single sulungnya bertajuk, Tetap Setia dan Sudah kini kembali dengan single terbaru bertajuk ‘Melodi Cinta’.

Lagu yang ditulis oleh Amad bersama dengan Ajay Amai, Fahimi Rahmat, dan Paan Fadzlishah ini merupakan taruhan terbaharu Amad untuk tahun 2023. Istimewa mengenai lagu ini kerana ada bait-bait lirik didedikasikan kepada teman hidup yang baru dikahwininya pada November lepas. 

Amad Fadlin Lancar Single Melodi Cinta, Dicipta Khas Buat Isteri Tercinta

Menyentuh mengenai lagu ‘Melodi Cinta’, proses rakamannya agak bermain dengan emosi kerana ini kali pertama Amad menjalani proses rakaman bersama isteri yang menemaninya. 

“Saat merakam lagu ini, saya seperti menyanyikan terus kepadanya dan ketika itu dia memandang tepat kemata saya dan memang tepat lirik-lirik lagu ini”, ujar Amad Fadlin. Bukan itu sahaja, demi menunjukkan rasa cinta, Amad turut meminta isterinya menyanyikan satu bahagian didalam lagu Melodi Cinta. 

Amad Fadlin Lancar Single Melodi Cinta, Dicipta Khas Buat Isteri Tercinta

Lagu yang bergenre pop-ballade ini dipilih untuk Amad kerana sangat bersesuai dengan suara dan pembawakan Amad. Selain daripada itu, lagu ini turut sesuai untuk dijadikan lagu tema perkahwinan ataupun lagu kepada insan teristimewa dan dapat diterima ramai. 

‘MELODI CINTA’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, dan Spotify. Dengarkan juga lagu MELODI CINTA nyanyian Amad Fadlin di semua saluran radio tempatan pilihan anda! 

Amad Fadlin Lancar Single Melodi Cinta, Dicipta Khas Buat Isteri Tercinta

PROFILE AMAD FADLIN

Sejak dari kecil, kehidupan Amad Fadlin sudah pun dikelilingi dengan dunia muzik. Pemilik nama Muhamed Fadlin Bin Zulkefle ini menerima pendedahan awal dalam bidang seni suara melalui ayah dan sepupu beliau sendiri yang merupakan seorang pemuzik yang menjadikan muzik sebagai satu minat yang bukan sekadar hobi. 

Hasil dari pendedahan awal tersebut, hari demi hari minat Amad Fadlin terhadap muzik semakin menebal sehingga membuatkan beliau mula berjinak di dalam bidang seni persembahan muzik ketika di bangku sekolah lagi. 

Setelah menginjak dewasa, bakat nyanyian Amad Fadlin berjaya dikesan oleh
syarikat rakaman ternama tanah air, Suria Records (SRC). Kagum dengan kelunakan
tona suara beliau, Suria Records mengambil keputusan untuk mengikat kontrak rakaman bersama Amad Fadlin pada penghujung tahun 2019. Jejaka berusia 25 tahun ini terus menerus menerima sambutan yang baik dari khalayak ramai melalui koleksi lagu-lagu cover dan persembahan di universiti-universiti tempatan. 

2020 telah menyaksikan bintang Amad Fadlin ini semakin menyinar apabila single sulung beliau, Tetap Setia hasil ciptaan sepenuhnya oleh ZIIN (Zimi Sofazr) menemui peminat seni suara tanah air pada pertengahan tahun.

NAMA PENUH 

MUHAMAD FADLIN BIN ZULKEFLE 

NAMA PENTAS 

AMAD FADLIN 

UMUR 

26 TAHUN 

MEDIA SOSIAL
INSTAGRAM :
@amadfadlin (21.3k followers) 

TIKTOK : @amadfadlin (1,886 followers) 

TWITTER : @amadzulkefle (214 followers) 

FACEBOOK : Amad Fadlin 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kurus Ke Gemuk, Almy Nadia Syukur Dikurniakan Suami Kelakar 

WANI KAYRIE JANGAN TERLEPAS PANDANG

Wani Kayrie Bangkit Dengan FAJAR, Lagu Balada Moden Menyentuh Rasa