in ,

Alyah, Stacy, Yuna, Ning Baizura, Hafiz Berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik 26

Nama-nama besar seperti Alyah, Stacy, Yuna, Ning Baizura, Hafiz Berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik 26 Malam Ini.

Muzik Muzik merupakan sebuah program hiburan terulung di TV3 yang memaparkan carta lagu tempatan yang bertanding pada setiap minggu. Antara visi utama program ini adalah untuk memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik dan penggubah lagu.

Memasuki tahun yang ke-26, Muzik Muzik bakal menyaksikan persaingan hebat untuk menentukan lagu-lagu terbaik tahun 2011 pada peringkat separuh akhir. 30 buah lagu daripada pelbagai genre bakal dipertandingkan menerusi tiga pusingan yang berlangsung pada hari Jumaat jam 9.00 malam bermula malam ini.

Saringan separuh akhir Muzik Muzik 26 telah bermula! 30 buah lagu daripada artis solo dan kumpulan akan berentap dalam 3 pusingan separuh akhir sebelum mara ke peringkat akhir iaitu Anugerah Juara Lagu 26.

Separuh akhir Muzik Muzik 26 yang dihoskan oleh Faizal Ismail (FBI) dan Cheryl Samad akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam jam 9.00malam – 10.30malam ini. Separuh akhir pertama pada 18 November bakal menyaksikan 11 artis solo dan kumpulan bertanding. Antaranya Kumpulan Drama, Iqa, Nubhan, Akim, Alyah, Stacy, Yuna, Sofazr, Hujan, Hafiz, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah. Artis jemputan pada malam tersebut ialah Hazami.

Hari/Tarikh : 18 November 2011 (Jumaat)

Waktu : 8.00malam (Pintu akan tutup pada 8.50malam)

Tempat : Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Yuna

Sharnaaz & Shila Amzah

Ning Baizura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fantasi Seram Adventure dalam Misteri Jalan Lama

Drive Of Life