in , ,

Alvin Chong Muncul dengan Single TAK TERGANTI Ciptaan Vokalis Samsons

Sepuluh tahun berlalu sejak kemunculan pertamanya dalam rancangan realiti nyanyian Astro Star Quest pada tahun 2009, kini nama penyanyi, pelakon dan pengacara Alvin Chong semakin meningkat naik dan bintang seninya semakin bersinar.

Tahun 2019 menyaksikan penyanyi yang mesra disapa sebagai Alvin ini merekod sejarah peribadi, apabila dijemput untuk mewakili Malaysia dalam acara berprestij antarabangsa 2019 Asia Song Festival yang berlangsung di Korea Selatan. Bagi membuka lembaran seninya untuk tahun 2020, Alvin bakal muncul dengan single terbaharu berjudul TAK TERGANTI, single solo keempatnya dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini Alvin pernah popular dengan lagu “Lagumu” (2016), “Mencintaimu” (2017) dan “Tajam” (2018).

TAK TERGANTI merupakan hasil ciptaan Ariadinata, penyanyi kumpulan Samsons dari Indonesia yang pernah popular di Malaysia dengan lagu “Kenangan Terindah” dan “Naluri Lelaki”.

Alvin Chong

Lagu ini turut mendapat sentuhan penerbit antarabangsa Bryan B sebagai penggubah dan penerbit rakaman.  

Penerbit yang berasal dari Australia ini, pernah bekerjasama dengan artis-artis terkemuka Antarabangsa seperti Sean Kingston, Christian Alexanda, Darren Espanto, Brandon Beal Siti Nurhaliza dan DeFAM. TAK TERGANTI yang diberikan suntikan elemen Pop-EDM ini, memiliki kekuatan melodi yang mesra telinga dan lirik yang mudah diingati.

Lebih menarik lagi, lagu yang mengangkat tema cinta ini turut menyaksikan vokal dan penyampaian Alvin semakin matang, sekaligus membezakan lagu ini daripada lagu-lagu Alvin sebelum ini. 

Bintang Alvin mula menyinar apabila berjaya mencuri perhatian peminat Melayu menerusi beberapa drama Melayu popular seperti “Dia Semanis Honey”, “Suri Hati Mr Pilot” dan “Mak Cun”.

alvin-chong

Namun kredibilitinya sebagai pelakon mula menyerlah menerusi lakonan mantapnya dalam drama bersiri “Awak Suka Saya Tak?”, sebuah drama yang menggandingkan Alvin dan Emma Membong yang berjaya mencipa fenomena tersendiri.

Sejak dilamar untuk bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Universal Music Malaysia pada tahun 2017, profilnya sebagai penyanyi semakin menyerlah apabila merakamkan lagu duet bersama penyanyi Filipina, Isabela Vinzon untuk singleberbahasa Inggeris “We Got This” (2018) dan juga lagu duet bersama penyanyi Indonesia, Dea Dalila untuk singleberbahasa Melayu “Mencintaimu 99%” (2018). Dengan kemunculan single terbaharu berjudul “Tak Terganti”, Alvin berharap ianya dapat menempatkan dirinya sebagai penyanyi lelaki bukan Melayu terunggul dalam persada muzik Melayu.

Single terbitan UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 17 JANUARI 2020

alvin chong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Razak A’ai Pertaruh Single Pertama AKU SETIA

Cintaiku Pertaruhan Terbaru Datin Alyah