in , ,

Alvin Chong Rangkul Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Digital di ATA27

Tahniah buat Alvin Chong Yang Telah Menang Anugerah Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Digital Di Asian Television Awards Ke -27.

Penyanyi dan pelakon popular Alvin Chong baru-baru ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa selepas merangkul anugerah Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Digital atau ‘Best Supporting Male Performance – Digital’ melalui lakonannya dalam drama bersiri ‘She Was Pretty’ di Anugerah Televisyen Asia yang ke-27 (Asian Television Awards).

Diadakan secara langsung di Manila, Filipina pada tanggal 1 Disember 2022 yang lepas, ia tersenarai sebagai salah satu acara anugerah yang paling dinantikan di rantau ini.

Alvin Chong Rangkul Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Digital Di ATA 27

Manakala, siri drama ‘She Was Pretty’ lakonan Alvin Chong tersebut adalah drama yang ditayangkan di platform digital VIU. Ia merupakan versi Bahasa Malaysia yang diadaptasi dari siri drama asal Korea dengan judul yang sama. 

Ia menampilkan bintang-bintang popular Malaysia seperti Aiman Hakim Ridza, Diana Danielle dan juga Daniella Sya selain Alvin Chong sendiri.

Dalam drama tersebut Alvin memainkan watak sebagai Ashraff.

Alvin Chong Rangkul Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Digital Di ATA 27

Ternyata lakonannya berjaya memberikan kesan sehingga memenangi anugerah Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Digital dan mengalahkan pesaing-pesaingnya dari negara jiran berdekatan serta dari Malaysia juga.

Calon-calon lain bagi kategori tersebut adalah Giulio Parengkuan dari Indonesia melalui siri Pertaruhan The Series serta rakan senegara Izzue Islam melalui drama Ganjil.

Alvin Chong Rangkul Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Digital Di ATA 27

“I was pretty anxious when I took on the offer on she was pretty. The role was different than the others I have taken before. And I felt pressured to deliver the si won’s essence on the role because si won did a really good job and people like this role. Also, I have never had any luck in any previous nomination. Thank you so much ATA for the recognition, Viu and independent pictures for believing in me,” kata Alvin penuh gembira.   

Alvin Chong Rangkul Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Digital Di ATA 27

Anugerah berprestij yang mengiktiraf hasil kerja seni dunia televisyen rantau Asia ini merupakan acara tahunan dan kerap menykasikan pencalonan nama-nama terbesar di benua Asia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Suria FM Menang Anugerah Media Pelancongan Kreatif Terbaik

THE BIG 4

Filem Aksi Komedi Pertama Timo Tjahjanto THE BIG 4 Kini di Netflix