in ,

Alvin Chong Kini Sah Jadi Artis di Bawah Naungan Universal Music

Selepas melihat kelancaran perjalanan rentak seni penyanyi Fazura berada di bawah pengurusan Universal Music, kini langkah ini diikuti oleh pelakon dan penyanyi Alvin Chong.

Pelakon yang terkenal melalui drama-drama tempatan masa kini tersebut merupakan artis kedua yang berada di bawah pengurusan 360 milik Universal Music.

Seperti tersusun cantik dan tidak mahu menoleh ke belakang, Alvin Chong yang sebelum ini tidak pernah mempertaruhkan karier seninya di bawah pengurusan sebuah syarikat telah mengambil langkah berani apabila kini secara rasmi mengikat kontrak bersama syarikat rakaman gergasi Universal Music.

Alvin Chong Sah Milik Universal Music

Alvin Chong Kini Sah Jadi Artis di Bawah Naungan Universal Music Bakal Lancar Lagu Runut Drama COFFEE PRINCE berjudul Mencintaimu

Namun, kontrak yang ditandatangani bukan sahaja sebagai seorang penyanyi, sebaliknya, Alvin turut memberi kepercayaan penuh terhadap Universal Music untuk menguruskan segala urusan karier seninya termasuk kontrak sebagai duta dan hal berkaitan.

Keputusan tersebut diambil bukan sekadar untuk memastikan kerjayanya dalam bidang seni lebih kukuh, tetapi Alvin mahu memastikan impak yang besar dan lebih positif terjadi kepada karier seninya.

“Untuk beberapa tahun lalu,saya sendiri menguruskan perjalanan karier saya dan ia berjalan dengan baik. Sejujurnya, saya pernah memberitahu diri sendiri yang saya tidak akan menandatangani mana-mana kontrak kerana saya mampu untuk melakukannya sendiri. Namun sejak akhir-akhir ini, jadual saya semakin padat dan ia berlaku dengan cepat,” ujar Alvin.

“Saya mula sedar bahawa saya hanya mampu melakukanya beberapa perkara sahaja. Universal Music datang pada waktu yang tepat. Mereka menunjukkan potensi untuk saya melangkah dengan lebih jauh pada masa hadapan. Saya berasa impresif dengan tergerak hati melihatkan keikhlasan mereka. Saya percaya dengan bernaung di bawah bumbung Universal Music, karier saya akan beranjak ke peringkat yang seterusnya, Lebih penting lagi,kami berada dalam visi yang sama iaitu mahu melebarkan pasaran saya ke luar negara dan membuatkan Malaysia bangga.”

Sehubungan dengan itu pihak Universal Music sudah merangka gerakan perjalanan seni Alvin termasuk menyusun projek-projek Alvin di luar bidang nyanyian seiring dengan kepercayaan yang diberikan untuk memperkembangkan karier seninya.

Alvin Chong Sah Milik Universal Music

“Alvin diuruskan oleh pasukan ‘New Business’ dan kami mengikat kontrak dengan bakat/selebriti dan bukan hanya penyanyi.Adalah menjadi keutamaan untuk meletakkan Alvin bersama pasukan ini sejak dari awal dan kami akan merancang promosi serta pelan aktivasi beserta jenama untuk memastikan perkembangan karier selebriti yang berada di bawah bumbung Universal Music,”ujar Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Encik Kenny Ong.

“Tinggi harapan kami, agar kerjasama yang dijalinkan ini akan memancarkan lagi bakat Alvin dalam dunia hiburan,” ujar Kenny.

Sementara itu, Kim Lim selaku Pengarah New Business Universal Music Malaysia berkata,

“Kami telah berbincang dengan beberapa pihak untuk mengembangkan bakat Alvin bukan sahaja di Malaysia tetapi juga ke peringkat rantau Asia dan antarabangsa. Selepas melihat kejayaan yang diraih oleh Fazura, kami bersedia untuk menggerakkan kembara seni Alvin di bawah pasukan New Business kami.”

Untuk pengetahuan semua, terkini Alvin Chong akan melancarkan single baru berjudul Mencintaimu pada akhir bulan November, di mana Alvin akan berkolaborasi dengan Sid Murshid, artist baru yang berbakat yang juga bernaung di bawah syarikat Universal Music juga.

Lagu bertajuk Mencintaimu ini akan dimasukkan sebagai salah satu lagu runut bunyi untuk drama bersiri “Coffee Prince”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Patut Tahu Tentang Telemovie AKU BUKAN RASUL

DIRGAHAYU Versi Luar Biasa dari Liza Hanim & Hafiz dalam GEGAR VAGANZA 4