in , ,

Almy Nadia Simpati Dengan Fara Mendoza Yang Suka Provokasi

Isu ini nampaknya semakin berlarutan dan tidak selesai lagi. Pelakon Almy Nadia rasa begitu kasihan dan bersimpati dengan pelakon baru Fara Mendoza yang didakwa sengaja mencetuskan provokasi bagi meraih publisiti murahan dengan mangaitkan dirinya dan isu WeChat yang sudah lama selesai. Secara sinis Almy Nadia berkata kepada wartawan Harian Metro, tindakan pelakon muda itu mengeluarkan kenyataan provokasi menyalahkannya jelas menunjukkan Fara Mendoza terdesak meraih perhatian umum.

“Saya hanya mampu gelak dan bersimpati dengan dia. Nampak sangat terdesak meraih perhatian dan publisiti. Saya minta jasa baik penerbit berilah peluang dia berlakon. Kasihan dia tidak ada kerja dan buat begitu sebab mahu menang anugerah.”

Almy juga turut mencadangkan agar Fara tampil dengan bukti kukuh berserta laporan polis dan mendedahkannya kepada umum jika masih mahu melakukan provokasi.

“Nampaknya, Fara sengaja mahu mencabar dan mahu melihat saya marah tetapi dia silap. Saya dan siami tidak melenting pun apabila dia masih bercakap tentang isu ini.”

Almy berharap Fara tidak lagi mengganggu keluarganya kerana ia perbuatan yang sia-sia.

“Saya bahagia bersama Fizz Fairuz. Hampir setiap hari saya menemani suami keluarga bekerja. Bisnes kami pun semakin berkembang dan kami tidak ada masa nak fikir perkara remeh temeh ini. Tidak perlulah dia mencabar dan bercakap mengenai perkara ini lagi. Cari jalan lain untuk popularkan diri dan mendapatkan tawaran kerja.”

Sumber: Harian Metro

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Premiere THE LEFTOVERS Musim Ke-2 di HBO

Trailer Filem Polis EVO Trending di Youtube Malaysia