in , ,

“Allah Sedang Mengangkat Darjat Beliau, Teruskan Sabar PM Ku!” – Johan As’ari

Sejak semalam negara digemparkan mengenai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikhabarkan akan meletakkan jawatan.

Menerusi satu perkongsian di Tiwtter, pelakon Johan As’ari mengatakan ramai yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik di zaman kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Johan lagi, Allah kini sedang mengangkat darjat beli dan disebabkan itu diberikan ujian berat kepada Muhyiddin. Dalam pada itu, Johan turut meminta Muhyiddin bersabar dengan segala dugaan.

“Allah Sedang Mengangkat Darjat Beliau, Teruskan Sabar PM Ku!” - Johan As’ari

Tengah hari tadi, Tan Sri Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Difahamkan pada jam 1 petang tadi Muhyiddin sudah pun keluar dari Istana Negara.

Setakat ini, Khairy Jamaluddin sebentar tadi memaklumkan anggota kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Achey Bersyukur Ibu Makin Kuat, Stabil

Ribuan Tinggalkan Afghanistan Setelah Ditawan Taliban, Ini Yang Berlaku di Sana