in , ,

Alicafé Umum Datuk Remy Ishak Sebagai Duta Baharu Untuk Kempen Kuasa Kau Kaw

Datuk Remy Ishak Dipilih Sebagai Wajah Lelaki Moden Malaysia Yang Yakin, Berprinsip Dan Berkarisma Melalui Kempen Alicafé #KuasaKauKaw

Alicafé, jenama kopi Tongkat Ali & Ginseng No.1 di Malaysia, baru-baru ini membuat kejutan dengan melancarkan kempen terbaharu bertajuk #KuasaKauKaw. Kempen ini bukan sekadar iklan biasa, tetapi satu inisiatif besar untuk meraikan stamina, fokus dan ketahanan lelaki moden Malaysia. Apa yang lebih menarik, jenama ini mengumumkan pelantikan Datuk Remy Ishak sebagai Duta Rasmi Alicafé sehingga tahun 2027.

Remy bukan sahaja dikenali sebagai pelakon versatil dengan karisma tersendiri di layar perak, malah beliau dilihat sebagai simbol lelaki Malaysia hari ini – seorang yang moden tetapi masih berpegang pada tradisi, yakin namun tetap rendah hati, bercita-cita tinggi tetapi berprinsip.

Alicafé Umum Datuk Remy Ishak Sebagai Duta Baharu Untuk Kempen Kuasa Kau Kaw

Menurut Pengerusi Power Root Berhad, Yang Amat Dihormati Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, pemilihan Remy bukanlah semata-mata kerana populariti beliau:

Datuk Remy melambangkan kualiti yang kami junjung tinggi: tenaga tanpa batas, ketabahan, dan rasa hormat terhadap warisan. Kejayaan beliau selama lebih dua dekad, peranan baharunya sebagai seorang bapa, serta kehadirannya yang konsisten dalam masyarakat menjadikan beliau lebih daripada sekadar selebriti – beliau adalah cerminan lelaki Malaysia moden sebenar.

Alicafé Umum Datuk Remy Ishak Sebagai Duta Baharu Untuk Kempen Kuasa Kau Kaw

Remy Ishak Anggap Kerjasama Ini Sebagai Tanggungjawab Besar

Bagi Remy sendiri, menjadi sebahagian daripada keluarga Alicafé adalah lebih daripada sekadar kontrak komersial. Beliau menganggap pelantikan ini sebagai cara untuk menyokong produk tempatan yang mempunyai nilai kebanggaan Malaysia.

Saya percaya setiap kejayaan bermula dengan tenaga yang betul. Alicafé mewakili gaya hidup aktif, penuh inspirasi, dan dekat dengan perjalanan hidup saya. Saya bangga menjadi duta kerana ini bukan sekadar kerjasama, tetapi tanda sokongan kepada produk tempatan yang sebenar.” ujar Remy.

#KuasaKauKaw Hidupkan Tenaga Legenda Dengan Warisan Herba

Acara pelancaran media yang berlangsung di Aurum The Exchange TRX, Dewan IMAX, diserikan dengan demonstrasi “King of Hammer” – simbol kuasa dan tenaga yang menjadi lambang kempen ini. Visualnya jelas: kekuatan dalaman lelaki sudah wujud, tetapi formulasi Alicafé Tenaga Legenda™ – gabungan unik Tongkat Ali, Ginseng dan kopi berkualiti – menjadi pelengkap yang memberi dorongan tambahan secara semula jadi.

Alicafé sudah lama dikenali dengan tagline “Tenaga Legenda”, dan kini ia diperkukuh melalui kempen yang menekankan keyakinan, daya tahan, serta keberanian lelaki moden.

Alicafé Umum Datuk Remy Ishak Sebagai Duta Baharu Untuk Kempen Kuasa Kau Kaw

Pilihan Produk Alicafé Untuk Setiap Selera Rakyat Malaysia

Menariknya, Alicafé bukan hanya hadir dalam bentuk serbuk segera 3-dalam-1 dengan pilihan Original, Lebih Pekat, Karamel dan Hazelnut White Coffee, malah turut menawarkan minuman dalam tin seperti Original dan Kurma Madu.

Dengan rangkaian produk yang meluas dan mudah didapati di pasar raya, kedai serbaneka, stesen minyak malah kedai runcit kecil, rakyat Malaysia boleh menikmati kopi berkhasiat ini pada bila-bila masa.

Kolaborasi Strategik Perkukuh Kedudukan Jenama

Alicafé turut mengukuhkan jangkauannya dengan pelbagai kerjasama strategik. Antara yang terbaharu, jenama ini tampil sebagai Penaja Rasmi Muzikal Lawak Superstar 2025 di Astro. Kerjasama ini dilihat tepat kerana ia selari dengan semangat komedi, daya tahan dan kreativiti peserta rancangan tersebut.

Musim ini penuh dengan gelak tawa dan persembahan luar biasa. Kami gembira Alicafé menyertai perjalanan ini kerana ia melengkapi semangat para peserta dengan tenaga tambahan untuk mereka bertahan sehingga ke garisan penamat.” kata Raqim Ahmad, Naib Presiden, Skrip dan Produksi Hiburan Astro.

Alicafé Ikut Peredaran Zaman Dengan Inovasi Sihat

Melihat kepada trend rakyat Malaysia yang kini lebih mementingkan gaya hidup sihat, Alicafé tidak ketinggalan untuk menyesuaikan produknya. Bermula tahun 2026, jenama ini akan memperkenalkan versi kurang manis tetapi masih mengekalkan kualiti yang sama. Dengan langkah ini, pengguna yang mahu menjaga kesihatan tetap boleh menikmati Tenaga Legenda™ tanpa rasa bersalah.

Alicafé Umum Datuk Remy Ishak Sebagai Duta Baharu Untuk Kempen Kuasa Kau Kaw

Power Root Berhad – Dari Warisan Tradisi Ke Pasaran Global

Sebagai latar belakang, Power Root Berhad ditubuhkan pada tahun 1999 dan kini tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Syarikat ini terkenal kerana menggabungkan herba tradisional seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah dalam minuman tenaga, menjadikan produknya berbeza dan unik di pasaran.

Hari ini, produk Power Root bukan sahaja popular di Malaysia tetapi sudah menembusi lebih 40 negara, termasuk China, Eropah, Afrika dan Timur Tengah. Kejayaan ini jelas membuktikan bagaimana kombinasi warisan dan inovasi boleh menjadikan produk tempatan setanding di pentas dunia.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, langkah Alicafé memilih Datuk Remy Ishak sebagai duta adalah strategi yang bijak. Beliau bukan sahaja mempunyai kredibiliti sebagai pelakon yang dihormati, tetapi juga personaliti yang mewakili aspirasi lelaki Malaysia hari ini – bekerja keras, setia pada nilai tradisi, tetapi dalam masa yang sama moden dan berdaya saing.

Kempen #KuasaKauKaw ini juga memberi mesej yang kuat: tenaga bukan datang daripada kopi semata-mata, tetapi daripada kombinasi keyakinan diri, ketahanan mental dan sokongan produk tempatan yang berkualiti.

Budiey percaya, dengan formula warisan Tongkat Ali dan Ginseng yang diperkukuh dengan inovasi, Alicafé akan terus kekal relevan dalam pasaran, malah mampu melangkah lebih jauh di peringkat global.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nikmati Visual Hebat Dan Bunyi Mantap Dengan vivo V60 Lite 5G