in , ,

Ali XPDC Cedera Tangan & Muka Disambar Api, Nafi Dijangkiti Covid-19

Ali ketika dihubungi berkata, dia mengakui ada ditahan di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selama sehari, baru-baru ini tetapi kerana mengalami kecederaan di tangan dan muka selepas disambar api ketika membakar sampah.

ali xpdc melecur

“Saya memang salah seorang jemaah Tabligh tetapi saya tidak ke perhimpunan itu pada tarikh berkenaan dan saya juga tidak ada kontak rapat dengan jemaah yang positif Covid-19.

“Orang sangka saya antara yang dijangkiti menerusi cara kontak rapat dengan pesakit.

Sedangkan saya sebenarnya mengalami sedikit kemalangan disambar api di tangan dan muka serta memerlukan rawatan di hospital.

Saya mendapatkan rawatan di hospital itu dan ditahan di wad selama sehari. Disebabkan inilah cerita terbabit timbul,”

– Ali XPDC
Ali XPDC

Menurutnya, dengan statusnya yang aktif menyertai tabligh, masyarakat menyangka dia antara individu positif Covid-19 apabila dimasukkan ke hospital.

“Tak dinafikan, sekarang apabila ada orang tabligh masuk hospital, orang tentu sangka itulah penyakitnya.

Nak dijadikan cerita, kemalangan menimpa saya ini sama tarikh dengan kekecohan akibat wabak Covid-19 di mana jemaah tabligh diminta menjalani ujian saringan.

“Alhamdulillah, saya tidak dijangkiti Covid-19. Kemalangan yang menimpa saya bukanlah serius sangat dan insya-Allah boleh pulih,”

– Ali XPDC

Ali mengharapkan semua peminat mendoakan yang terbaik buatnya.

“Saya bersangka baik dengan ujian Allah kerana percaya semuanya dah diaturkan. Saya reda dengan apa yang berlaku dan ketentuan Allah.

Yang penting saya hanya kena bersabar dan solat kerana itu sebahagian daripada iman,”

– Ali XPDC

Terdahulu, isteri Ali memuat naik kenyataan di Facebook menafikan suaminya dimasukkan ke hospital akibat positif Covid-19.

Sumber: Harian Metro

Vokalis kumpulan XPDC, Ali menjelaskan dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, baru-baru ini disebabkan cedera disambar api, bukannya positif COVID-19.

Didakwa menghadiri Himpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Februari lalu mencetus kluster dalam penularan COVID-19, Ali yang diketahui ramai aktif dalam kegiatan dakwah, mahu spekulasi konon dihidapi virus berkenaan, dihentikan.

Tampil memberi penjelasan, Ali berkata, dia dimasukkan ke hospital berkenaan selama sehari selepas mengalami kemalangan kecil di rumah, iaitu disambar api ketika membakar sampah.

“Saya dimasukkan ke hospital kerana disambar api ketika membakar sampah di rumah, Khamis lalu.

“Disebabkan itu, tangan kanan, muka dan pergelangan kaki saya terbakar. Doktor mengesahkan kecederaan atau kebakaran pada anggota yang dialami adalah pada tahap kedua, bukan disebabkan positif COVID-19,” katanya kepada BH Online.

Dengan status dirinya yang aktif menyertai tabligh, gosip konon dirinya dirawat akibat dijangkiti virus berkenaan hangat diperkatakan.

Ali berkata, dia tidak menghadiri Himpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling seperti yang didakwa.

“Saya mengaku jemaah tabligh tetapi saya tidak pergi ke perhimpunan itu. Ketika majlis dianjurkan, saya mengerjakan ibadat Umrah.

“Benar, selepas pulang dari Umrah, ada kawan-kawan dari jemaah tabligh datang ke rumah. Tiga hari kemudian, saya jalani ujian saringan.

“Alhamdulillah, keputusan negatif, tiada apa yang hendak dirisaukan. Hendak jadi cerita, ketika saya dimasukkan hospital, ada peserta jemaah tabligh diminta menjalani ujian saringan.

“Orang yang tidak tahu tahu hal sebenar, membuat sangkaan. Saya harap perkara ini jelas selepas perkongsian saya ini,” katanya yang berharap isu itu tidak diperbesarkan lagi.

Sumber: BH Online

What do you think?

63 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aizat Ceriakan Tempoh PKP, Lancar Single DUP DUP Bersama Bunga

COVID-19: Atu Zero & Isteri Bantu Jahit Baju PPE Untuk Petugas Hospital