in , ,

Segala Fakta Tentang Filem ALI & RATU RATU QUEENS, Tonton di Netflix

Baru-baru ini, Budiey berpeluang menyertai sidang media eksklusif bersama pelakon utama filem Netflix terbaharu berjudul ALI & RATU RATU QUEENS yang mulai ditayangkan bermula 17 Jun 2021. Jom baca fakta menarik tentang filem ini.

Untuk info pembaca, filem ini mengisahkan tentang seorang remaja lelaki bernama Ali yang terbang ke kota New York untuk mencari ibu kandungnya. Di sana, dia bertemu dengan empat wanita imigran Indonesia yang tinggal di Queens, New York. Kembaranya bersama Ratu Ratu Queens tersebut telah memberikan dia kesedaran mengenai erti sebenar cinta sebuah keluarga.

Filem terbaharu daripada Netflix ini adalah sebuah projek yang cukup unik dalam menggabungkan kebudayaan masyarakat Asia. Tema filem ini adalah tentang cinta, persahabatan, komedi, mesej kekeluargaan dengan latar sebuah atar kota metropolitan yang pesat dan moden iaitu New York. Hampir keseluruhan filem ini dirakamkan di kota Big Apple, dan dibintangi oleh Iqbaal Ramadhan selaku teraju utama, bersama Asri Welas, Happy Salma, Nirina Zubir dan Tika Panggabean, Marissa Anita serta Aurora Ribero.

Ali And Ratu Ratu Queens

Iqbaal Ramadhan berkongsi kisahnya yang melakonkan watak utama sebagai Ali. Untuk rekod, Iqbaal yang mula aktif dalam lakonan sejak 2010, pernah membintangi filem Laskar Pelangi sebagai watak Trapani. Malah, Iqbaal juga pernah memenangi anugerah Variety Asian Star: Up Next di Festival Filem Antarabangsa Macau pada 2018. Menurut Iqbaal, dia gembira mendapat peluang dan kepercayaan daripada pengarah Lucky Kuswandi yang menawarkannya watak Ali untuk filem berlatar kisah kekeluargaan dan hubungan kemanusiaan itu.

“Saya ditawarkan watak Ali sekitar dua hingga tiga tahun yang lalu. Saya sangat excited kerana saya berada sangat dekat dengan karakter Ali yang mencari ibunya di New York, dan bertemu dengan wanita-wanita hebat. Dan akhirnya seperti tidak disangka mereka menjadi seperti keluarga sendiri. Pertama kali membaca skrip, saya merasakan watak Ali begitu dekat dengan peribadi saya dan apa yang pernah saya alami. Ia bisa mewakili teman-teman yang sama umur dan segenerasi untuk merasakan perasaan mencari dan akhirnya bertemu tanpa ada paksaan,”

“Pembikinan filem ini dibuat pada 2019 lalu dan ia bagi saya pengalaman yang sangat berharga. Apatah lagi, kisah Ali ini dirasakan cukup dekat dengan diri saya dan ia sudah direalisasikan sebaik mungkin.

Ali And Ratu Ratu Queens

“Apapun, saya sebenarnya ditawarkan untuk karakter ini (Ali) sekitar dua atau tiga tahun lalu. Saya tak nafikan, sudah teruja dan tertarik untuk melakonkannya sejak dari awal lagi sebaik mengetahui plot jalan ceritanya.

“Saya seperti berasa ada hubung kait dengan watak Ali yang digambarkan sebagai seorang anak muda cekal dan berani mencari jati dirinya, selain keinginan mahu bertemu dengan ibu kandung dicari di kota asing dan mewah seperti New York.

“Malah, pertemuaan Ali dengan beberapa wanita hebat dari Indonesia yang sudah menjalani kehidupan mereka agak lama di kota itu turut menjadi sebahagian keluarganya dan banyak memberikan sokongan, perhatian dan kasih sayang,” – Iqbaal Ramadhan

Berbual lanjut, Iqbaal berkata ketika kali pertama membaca skrip filem itu dapat dirasakannya juga dia akan mewakili semangat juang yang besar pada diri anak muda seusianya untuk cekal berusaha mencari sesuatu diinginkan hingga berhasil tanpa ada paksaan.

“Kini, harapan saya semoga filemAli & Ratu Ratu Queens dapat menghiburkan seisi keluarga yang menontonnya nanti. Filem ini padat dengan banyak mesej positif dan motivasi yang menyuntik semangat dalam diri untuk kita gigih berusaha.

“Saya juga berterima kasih kepada barisan pelakon lain yang berbakat dengan pelbagai pengalaman mereka yang banyak membantu saya sepanjang penggambaran filem ini. Mereka membuatkan saya berasa amat disayangi,”

Setelah menonton filem ini, Budiey tak dapat nafikan, kekuatan utamanya sudah tentu pada Ali yang dilakonkan oleh Iqbaal Ramadhan. lqbaal berjaya membawa watak ini dengan cukup bersahaja. Tidak berlebihan dan tidak kurang, just nice. Penulis boleh rasakan perasaan rindu yang melampau serta keperitan terpaksa ditanggungnya. Perasaan gembira dan teruja berjumpa dengan ratu-ratu Queens, semuanya disampaikan dengan cukup santai.

Namun, kekuatan filem ini tidak hanya terletak pada watak Ali dan barisan pelakon lain juga. Pujian harus diberi kepada Marissa Anita yang membawa watak ibu kepada Ali iaitu Mia.

Watak Mia boleh dianggap sangat kompleks dan jarang sekali kita dapat lihat watak ini ditonjolkan. Emosinya bak roller coaster, kejap naik kejap turun. 

Marissa Anita juga menambah, untuk lebih menghayati karakter ibu dan anak yang dibawa oleh mereka, dia dan Iqbal juga sentiasa bersama bagi mendapatkan keserasian ibu dan anak.

“Sepanjang penggambaran filem ini, saya memanggil Iqbal sebagai Ali dan Iqbal juga memanggil saya Mama untuk mendapat keserasian itu. Adakalanya, sewaktu Iqbal tidak mempunyai babak di set penggambaran, saya memintanya untuk ada di situ juga bagi mendapatkan feel dan menghayati watak lebih mendalam sebagai ibu Ali,” – Marissa 

Ali And Ratu Ratu Queens

Media sempat bertanyakan tentang watak yang dibawa oleh semua pelakon terbabit:

Marissa Anita: Mia seorang yang kompleks. Pada pandangan pertama, penonton akan merasakan dia sebagai Wanita yang meninggalkan keluarganya untuk mengejar cita-cita. Tetapi ia sebenarnya lebih kompleks daripada itu. Saya merasakan Mia mewakili ramai Wanita di Indonesia dan seluruh dunia. Ia berkahwin muda dan mempunyai anak, tetapi dia juga mahu mengejar cita-citanya. Dia bergelut dengan konflik diri kerana dia melihat dirinya lebih daripada hanya seorang ibu. Dia adalah wanita yang mempunyai cita-cita.

Nirina Zubir: Party adalah seorang yang berani. Dia sanggup meninggalkan semuanya di Indonesia dan keluar dari zon selesa untuk mengejar cita-cita. Dia tekad dan sedikit reckless, dia cuba untuk baiki situasinya dan bekerja keras. Watak Party ini berdasarkan orang yang sebenar. Pertama kali saya berjumpa dengannya, saya tertarik diri dia yang begitu ramah dan mengambil berat. Saya tidak percaya ada seseorang seperti itu.

Aurora Ribero: Eva seorang gadis yang baik, tetapi juga tegas. Mungkin kerana dia membesar di New York yang mana semua orang akan meluahkan apa mereka fikir. Ia berbeza dari Indonesia kerana penduduk di sini sentiasa berhati-hati dengan apa yang mereka mahu luahkan. Dia juag seorang yang kreatif, sukakan seni dan terbuka kepada sesiapa yang dipercayainya.

Tika Panggabean: Saya merasakan setiap karakter diinspirasikan daripada orang yang sebenar. Ance merupakan seorang remaja rebel yang suka bergaduh dengan ibu bapanya. Akhirnya, dia dihantar untuk hidup di Amerika Syarikat bersama bapa saudaranya, yang mana dia berkahwin dengan warga asing dan mempunyai seorang anak. Selepas suaminya meninggal dunia, dia menjadi ibu tunggal di New York. Dia sangat menyanyai anak perempuannya dan mempunyai karakter yang tegas.

Asri Welas: Biyah seorang yang kuat. Dia seperti wanita imigran yang anda boleh jumpa di mana-mana, bukan sahaja di New York. Dia mahu bebas dan membuktikan dia mampu untuk hidup di mana sahaja. Biyah merasakan dia boleh menjadi diri sendiri di New York untuk mencari identiti dirinya. Dia seorang yang bebas, berfikiran terbuka dan mempunyai kecenderungan untuk hidup tanpa arah kerana she’s all about fun.

Happy Salma: Chinta percaya kepada cinta sebenar. Dia jenis yang akan mengikuti kata hatinya, cukup optimistik untuk hidup mengikut carannya sendiri. Dia berfikiran teliti dan mengambil berat terhadap sahabat-sahabat baiknya. Dia juga percaya kepada nasib dan ilmu astrologi kerana dia mempunyai harapan yang tinggi kepada cinta sejati. She is a true dreamer.

Ali _ Ratu Ratu Queens_Pemain Dan Kreator (4)

Selain Iqbal, nama Nirina Zubir juga turut membawa filem ini dengan baik sekali kerana Nirina adalah pelakon terkenal dan berbakat yang cukup menjadi perhatian dengan setiap watak lakonannya yang mantap dalam filem-filem dibintangi.

“Filem Ali & Ratu Ratu Queens ini pada saya sebuah karya yang unik kerana ia padat dengan mesej kemanusiaan merangkumi kekeluargaan, kasih sayang, persahabatan dan prihatin kepada masyarakat sekeliling.

“Saya sangat berterima kasih kepada pengarah, Lucky Kuswandi kerana sudah menghasilkan cerita yang bagus ini untuk dipertontonkan kepada khalayak umum. Filem ini amat menghiburkan untuk tontonan sekeluarga,” – Nirina Zubir

Ali _ Ratu Ratu Queens_Pemain Dan Kreator (5)

Media juga turut bertanyakan tentang pengalaman penggambaran filem ini.

Marissa Anita: Saya melihat semua memberikan sepenuh hati mereka. Ianya sangat tegang, penuh emosi, dan semua pelakon dan kru bekerja seperti satu keluarga. Ia adalah pengalaman yang berharga dapat bekerja dengan kru Indonesia dan Amerika Syarikat. I can’t say enough good things about it. It was everything. Dan keserasian antara 12 pelakon, semuanya memberikan sokongan antara satu sama lain. Saya tidak mengatakan ini kerana saya salah seorang daripada mereka, tetapi jujurnya ini adalah antara pengalaman penggambaran terbaik yang pernah saya libatkan diri.  

Ulasan:

Filem ini terlalu jauh dan bagus untuk kita bandingkan dengan karya kita yang cintanya hanya untuk kekasih sama sebaya atau mesej ringan atau yang tak tau apa mesejnya pun, atau aksi tembak bang bang boom, atau yang terlalu mencuba untuk menyampaikan mesej yang kononnya art berat yang cuma dapat difahami kelompok yang kecil. 

Kita lupa cinta itu bukan hanya untuk pasangan kekasih, kita lupa komedi itu bukan hanya lawak bodoh, kita lupa lokasi bukan hanya “background” untuk nampak gah dan kita lupa yang santai itu bukan semunya tak bagus. Yang kita tahu, hari ni tulis skrip, esok shooting, lusa keluar tv/panggung, tulat dapat duit.

Kita lebih suka dengar feedback dari circle kita sahaja yang akan sedia puji melambung-lambung kerana favouritism atau kerana ada “udang disebalik batu”. Mungkin ada cadangan yang benar-benar baik tetapi kita hanya akan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sebab kita ada “perasaan” kitalah sahaja yang paling hebat dan pendapat orang lain boleh pergi mati. 

Ali & Ratu Ratu Queens ada fokus, ada santainya, ringan tapi ada mesej berat, ada gelak ketawa tangisnya, ada banyak lagi rasa yang sedap-sedap. Hiduplah kita dengan berjuta alasan-alasan aneh dan sikap superior kita menuju ke persada dunia dan yang paling penting ke Oscar yang kita buru-buru itu. Lepas ni kita sambung buat muka jebik semula bila penonton kata tak tengok cerita kita.

Jangan lupa untuk menyaksikan Ali & Ratu-Ratu Queens di saluran Netflix bermula 17 Junini. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Omar Sy Lupin 1 | 16

Kehidupan Omar Sy Berubah Setelah LUPIN Popular & Trending di Netflix

Zoey Rahman | 17

Black Musim 2 Lebih Gempak & Menarik, Boleh Layan di Viu, Apa Kata Baca Sinopsis Dulu!