in ,

Album UNPLUGGED DATO’ SITI NURHALIZA Dilancarkan di iTunes & Spotify

Budiey kira ramai peminat penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang menantikan kemunculan album terbaru UNPLUGGED DATO’ SITI NURHALIZA berada di pasaran. Akhirnya, yang dinantikan sudah tiba di pangkuan semua. Hari ini, 30 Jun 2015, tercatit dalam sejarah biodata perjalanan seni Dato’ Siti Nurhaliza sudah boleh dimuatturun di iTunes dan juga boleh didengar melalui streaming Spotify.

Selain di iTunes dan Spotify, peminat juga dijangka dapat memiliki album ini mulai hari ini.

CD, VCD, DVD dan Piring Hitam Dato' Siti Nurhaliza Unplugged

Memetik coretan ringkas pengurus Dato’ Siti Nurhaliza, Kak Rozi beliau bersyukur kerana segala urusan dan penerbitan album ini:

“Album Dato’Siti Nurhaliza Unplugged sudah berada di itunes bermula malam tadi. Saya sudah membeli album ini di itunes dan terdapat bonus kpd bonus track iaitu lagu Menatap Dalam Mimpi dan Engkau terdapat dalam versi akustik. Syukur dimudahkan segala urusan dan dilancarkan penerbitan dan edaran album ini. CD, VCd dan DVD juga akan berada di outlet2 sekitar KL pada hari ini (kemungkinan sebelah petang) dan ke seluruh Msia dalam seminggu dua ini. Album dalam bentuk piring hitam saja akan dipasarkan pada bulan hadapan.

Album ini dipasarkan. Selepas setahun album Fragmen dikeluarkan. Sebuah album live yang dirakamkan sewaktu konsert berlangsung pada 7.4.2015 yang lalu. InshaAllah tiada yg mustahil, tidak ada hal besar yang bisa diperkecil, tidak ada hal perlu yang harus dipencil, hanya dengan rasa percaya, semua akan jadi kenyataan. Rasa percaya selalu menjadi magis kepada asahan usaha, kudrat, semangat dan hasilnya bakal terlihat. Syukur. Album ini mengingatkan kita dari zaman awal @ctdk hingga ke hari ini. Carilah rencahnya, semua ada di dalamnya, hadamkanlah. Di zaman lagu apapun beliau wakili, anda akan menandai di mana anda ketika itu-dan nostalgia terbina. Keluar hari ini, dari stor ke kenderaan ke pusat pengedaran dan agihan, ke outlet2 dan sampai kpd anda. Terima kasih. Selamat mendengar utk itunes dan CD dan selamat menonton utk VCD dan DVD. Piring hitam menyusul nanti.” – Rozi Sangdewi Facebook

Budiey difahamkan album UNPLUGGED DATO’ SITI NURHALIZA akan dilancarkan pada hari Rabu ini semasa Majlis Berbuka Puasa Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions.

Semoga album ini sukses.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie TEMUKAN AKU PADA RAMADAN Lakonan Zara Zya

Luahan Cinta Kyrel Al Gayauwi