in

Album Terbaru Wana MyStarz LG Kini Di Pasaran

Album terbaru keluaran Warner Music Malaysia, WANA telah mula berada di pasaran pada 21hb Julai 2011. Album yang merupakan album kedua daripada juara MyStarz LG musim ke-2 ini memuatkan lagu dalam genre pop, dan boleh diperoleh dengan harga hanya RM21.90!!!

Wana

KULIT ALBUM WANA

Selepas dinobatkan sebagai juara MyStarz LG musim ke-2, Noriezuana Syed Shafudin atau Wana, 25, yang berasal dari Skudai, Johor telah menyemarakkan lagi dunia muzik tanahair dengan kelahiran album sulungnya yang berjudul Siapa? di bawah label Warner Music Malaysia yang telah dilancarkan pada 12 Ogos 2009 sebagai hadiah kemenangannya dalam program realiti anjuran TV3 itu.

Mungkin masih segar di ingatan para pengikut Wana dan MyStarz LG, pada malam final, Wana menunjukkan kemantapan suaranya di hadapan para juri dan penonton dengan menyampaikan rangkaian lagu asal oleh Khadijah Ibrahim dan Agnes Monica, Ku Pendam Sebuah Duka dan Ku Telah Jatuh Cinta serta Kehebatan Cinta bagi segmen duet sekaligus menewaskan tiga peserta lain. Antara penerbit yang terlibat untuk debut istimewa ini termasuklah Lah VE, Ashraff, Rudi dan Audi Mok. Terbaru, Warner Music Malaysia kini dengan bangganya mempersembahkan “Wana”, album kedua Wana yang akan berada di pasaran mulai 21hb Julai ini.

Konsep album Wana kali ini berilhamkan imej yang lebih matang, dengan memuatkan lagu-lagu segar yang menepati pilihan pelbagai peringkat umur. Album Wana kali ini menampilkan 5 buah lagu baru, serta 3 buah lagu bonus yang dipetik daripada album pertama Wana. Daripada 5 buah lagu ini, 3 buah lagu adalah berentak rancak, manakala 2 buah lagu lagi berirama balada, menepati pilihan para pendengar yang pelbagai citarasa. Album ini bagaikan suatu penata emas apabila menggandingkan komposer-komposer dan penggubah lagu berpengalaman dan dikenali ramai.

Lagu pertama yang dimuatkan dalam album ini adalah “Cinta Benar Cinta”, lagu berentak pop rock yang cukup catchy, selaras dengan pilihan penggemar muzik pada masa kini. Lagu ciptaan Omar K, seorang komposer dan penerbit baru yang telah bekerjasama dengan Audi Mok ini, merupakan single pertama Wana untuk album kali ini.

Lagu ini kemudian disusuli pula dengan lagu bertajuk “Biar”, sebuah lagu berirama balada hasil ciptaan Acap, seorang komposer yang bertanggungjawab menghasilkan sebuah lagu duet bersama Nashrin yang cukup bertenaga di dalam album Wana sebelum ni. Lagu balada ini membawa satu melodi yang kuat dan mudah diingati. Lagu-lagu lain yang turut dimuatkan dalam album ini termasuklah “Sedangkal Dulu” lagu oleh Edry KRU, “Pinjamkan Ku Waktu” oleh Tam Spider, serta “Gila Bayang”, lagu hasil karya Kuncidemak.

Para peminat muzik tanahair pastinya akan terpesona mendengarkan lagu-lagu cinta dalam pelbagai rentak yang dimuatkan dalam album Wana kali ini. Turut dimuatkan sekali sebagai track bonus dalam album ini adalah 3 buah lagu yang dipetik daripada album sulung Wana iaitu “Orang Biasa”, “Ingin Bersama Kembali” dan “Gerhana..Sebuah Percintaan”. Album ini boleh didapati di pasaran bermula 21hb Julai 2011 dengan harga hanya RM21.90.

Berikut adalah senarai lagu-lagu terkandung yang terkandung di dalam Wana:

1. Cinta Benar Cinta

2. Biar

3. Sedangkal Dulu

4. Pinjamkan Ku Waktu

5. Gila Bayang

Track Bonus:

1. Orang Biasa

2. Ingin Bersama Kembali – duet with Nashrin

3. Gerhana… Sebuah Percintaan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert 3 Gegaran Bersama Kumpulan May, Lefthanded & XPDC

Lirik Lagu Wana Cinta Benar Cinta