in

Album Terbaru Jinbara INTERPRETASI MENTAL

Jinbara – Album Terbaru INTERPRETASI MENTAL

Kumpulan Jinbara merupakan satu nama yang tidak asing lagi di dalam dunia muzik tanahair. Sejak kemunculan dari awal 2000 menerusi single hit pertama “Cinta Pantai Merdeka”, Jinbara terus kekal sebagai satu-satunya kumpulan muzik mainstream yang paling prolifik, apatah lagi di kala industri muzik Malaysia yang dilanda kelesuan ketika ini.

Antara lagu-lagu yang paling diingati oleh rata-rata peminat muzik termasuklah “Kasihnya Laila”, “Farhana (Puteri Kenyalang)” (finalis Juara Lagu), “Patri” (semi finalis Juara Lagu), “Tahu Tak Tahu Joget”, “Cinta Semalam” dan yang paling terkini “Zakiah2” berjaya mencatat jualan download sebanyak 1.2 juta!!!!!

Impak kehebatan Jinbara bukanlah satu omong kosong, tetapi merupakan satu kejayaan sebuah kumpulan muzik yang telahpun bertahan selama 10 tahun…..dan akan bertahan lebih lama lagi.

Selepas bersama EMI dan NAR Records, Jinbara yang menyertai syarikat rakaman terbesar Malaysia, Warner Music Malaysia dan telahpun mengedarkan 2 buah album, Patah Pusing dan Terbaik. Kini, untuk membuktikan betapa prolifiknya Jinbara di dalam industri ini, Warner Music Malaysia dengan berbesar hati mengumumkan album terbaru Jinbara, Interpretasi Mental.

Masih mempetaruhkan irama rock yang bernuansakan unsur-unsur muzik tradisional, Jinbara menampilkan 5 lagu-lagu terbaik Jinbara yang mantap dan menghiburkan. Setelah berjaya mempopularkan semula sebuah lagu lama rakaman kumpulan Sweet Charity, “Zakiah Zakiah” yang diberi nafas baru menerusi “Zakiah2”, Jinbara mengambil peluang untuk mempertaruhkan pula sebuah lagi lagu nostalgia, “Jangan Lama Lama” yang berdasarkan lagu hit “Jangan Tunggu Lama-lama”. Lagu ini turut menampilkan Ahli Fiqir, yang juga membuat kemunculan khas melalui single “Zakiah2” sebelum ini.

Ternyata chemistry yang ada di antara kedua kumpulan unik naungan Warner Music Malaysia ini berkesan dan mendapat sambutan hangat dari kalangan pendengar muzik di Malaysia. Interpretasi Mental diterbitkan secara keseluruhan oleh Anjang dan Jinbara, dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

  1. Jangan Lama Lama Feat Ahli Fiqir (1st Single)
  2. Parasit
  3. Nebuchadnezzar
  4. Laila Farhana
  5. Kasih Syurgawi
  6. Jinbara terdiri daripada:
  7. Tia (Vokal)
  8. Anjang (Gitar Utama)
  9. Cepot (Gitar Kedua/Vokal)
  10. Akin (Bass)
  11. AhTan (Drum)

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Teater Bangsawan Siti Zubaidah Di Panggung Bandaraya

Sekitar Karnival Jom Heboh Pertama di Kuala Terengganu