in ,

Album Terbaru Ferhad – Satu Lebih Gempak?

Lama tak dengar cerita pasal Ferhad. Lebih kurang 2 tahun lebih Ferhad tak muncul dengan album baru. Ingat ke dah nak berhenti menyanyi. Rupa-rupanya selepas tengok Ferhad perform di Planet Hollywood beberapa bulan lepas, kini Ferhad katanya akan kembali dengan album baru berjudul Satu! Album yang ketiga ini katanya lebih gempa, betul ke?

Ramai penyanyi sekarang tak mahu mengeluarkan album. Membazir duit je katanya sebab kalau buat album pun bukan boleh buat duit banyak. Lainlah kalau Mawi atau Siti Nurhaliza buat album, mesti pecah kedai punya. Budiey lihat, ramai penyanyi buat album untuk menambahkan koleksi lagu-lagu untuk show pentas dan private show mereka. Selain mahu stesen radio dan tv memutarkan album mereka untuk tujuan publisiti, reputasi dan glamour, album baru juga dapat memberi hadiah kepada peminat. Tidaklah asyik dengar lagu sama sahaja. Nak-nak bila satu album tu, cuma satu je lagu yang sedap. Yang lain haprak!

Kembali pada topik kita pasal album terbaru Ferhad, album ini masih berkonsepkan R&B di mana Ferhad mula berpindah untuk berteduh di bumbung syarikat rakaman yang baru iaitu Sony BMG. Sebelum ini, Ferhad di bawah EMI Malaysia. Pengurusan baru, jadi gaya kenalah baru, imej baru dan muzik yang bertambah baru dan segar… itu yang boleh membuat peminat teruja. Tak gitu, bro?

Album Satu yang sedang dihasilkan oleh penyanyi dari Singapura ini akan berada di pasaran pada bulan September depan. Mempertaruhkan 12 buah lagu termasuk 8 buah lagu berbahasa Melayu dan 2 buah lagu berbahasa Inggeris. Saya pun belum dengar lagu albumnya bunyinya. Sedang tunggu sample promotional album dari Sony BMG… diharap pihak Sony BMG akan mengirimkan saya album terbaru Ferhad untuk diulas dengan lebih lanjut. Terima kasih Sony BMG atas kerjasama dan sokongan anda untuk Sensasi Selebriti! Love you all!

Lagu terbaru ini mengikut kata Ferhad, ianya ada elemen-elemen R&B yang lebih soulful dan life (muzik yang lebih hidup dan ada groove). Sesiapa yang mendengar lagu terbaru Ferhad, pastinya akan rasa puas hati kerana Ferhad masih mengekalkan identiti irama dan muzik yang tersendiri. Pada album kali ini, Ferhad bekerjasama dengan pencipta dan komposer lama dan baru. 3 buah lagu dicipta oleh Mod Ruffedge iaitu Kukoo dan Tandus yang dihasilkan bersama-sama Kieran Quek. Ferhad juga menggunakan Sharon Paul sebagai penerbit album tersebut di bawah produksi Beyond DBB. Ferhad ada bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, Opick yang pernah buat lagu untuk Iwan Fals dan Once menerusi lagu Dealova.

ferhad photos

Ferhad turut bergabung dengan sebuah kumpulan nasyid Firdaus menerusi lagu Tandus. Budiey kira ianya satu idea dan satu eksprimental yang bagus untuk kolaborasi yang lebih fleksibel dengan gaya ala gospel dengan mutu vokal berkualiti dari mereka. Lagu Tandus berkonsepkan pop etnik and mempunyai irama yang agak rancak. Mungkin mengambil idea dari Jay Jay yang pernah berduet dengan kumpulan Mirwana, Firdaus dipilih berdasarkan identiti pop nasyid yang dibawa mereka agak unik dan grup ini lain dari yang lain serta sesuai dengan aliran muzik zaman ini.

Antara lagu-lagu Inggeris ialah In Time, Get Up Get Down dan Got To Give A Little. Kata Ferhad semua lagu sangat energetik, bertenaga dan penuh dengan unsur-unsur kejutan. Apakah kejutannya? Nantikan album terbaru Ferhad yang akan berada di pasaran kelak!

[tags]Ferhad, biodata profile ferhad, gambar ferhad, gossip ferhad, gambar ferhad kahwin, skandal ferhad, lirik lagu kuukoo, lirik kuku, album terbaru ferhad, lagu ferhad, album ferhad satu, ulasan album satu ferhad, emi malaysia, sony bmg, 9 september, filem 9 september, Kieran Quek, opick, gambar aleeza kassim seksi, emma watson nude, lindsay lohan photos, gambar perkahwinan artis, gambar skodeng,  lirik lagu tandus ferhad, lirik lagu In Time, Get Up Get Down, Got To Give A Little, Beyond DBB, muatturun lagu ringtone, ringback tones, hotlink, digi, celcom, xpac [/tags]

gambar ferhad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Zul Yahya Bertunang?

Penyanyi Usher & Tameka Foster Selamat Kahwin Akhirnya