in

Album Soundtrack Runut OST 29 Februari

ALBUM OST “29 FEBRUARI” KINI DI PASARAN

Bagi menyemarakkan lagi promosi filem “29 Februari” yang bakal menjengah pawagam pada 30 Ogos 2012 di ini, KRU Music meneruskan langkah strategik dengan menerbitkan album OST “29 Februari”. Album OST “29 Februari” ini memuatkan beberapa lagu sentuhan Edry Abdul Halim.

Album OST “29 Februari” menampilkan 5 buah lagu dan diantaranya ialah “Cahaya Mata“ nyanyian S.Masroni, “Jagalah Diri” nyanyian Jaclyn Victor, “Kelip-kelip” nyanyian Remy Ishak, “Seperti Dulu” nyanyian Forteen, dan turut menampilkan sebuah lagu bonus iaitu “Kelip-kelip” di dalam versi instrumental.

Soundtrack 29 Februari

Sebagai pelakon utama filem “29 Februari”, Remy Ishak dituntut untuk menyanyi di dalam filem muzikal ini dan ternyata percubaan pertama beliau menerusi “Kelip-kelip” tidak menghampakan.

“Jagalah Diri” merupakan sebuah lagu berskala besar yang dilihat mampu meneruskan kejayaan seperti yang pernah diraih melalui “Sedetik Lebih”, berkonsepkan ballad dan amat sinonim dengan kekuatan vokal yang dimiliki Jaclyn Victor.

“Seperti Dulu” pula merupakan sebuah lagu yang boleh diangap berat buat pendatang baru seperti Forteen dan ternyata mereka berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik. Menariknya “Jagalah Diri” dan “Seperti Dulu” merupakan single kedua buat Jac dan Forteen.

“29 Februari” merupakan sebuah filem bergenre “biografi fantasi” di bawah arahan Edry Abdul Halim, dipenuhi lakonan mantap Remy Ishak yang memegang watak Budi yang hanya dimakan usia dalam tempoh 4 tahun sekali dan berlatar-belakangkan detik-detik bersejarah Malaysia semasa penjajahan British, penaklukan Jepun sehinggalah ke tahun 2012.

Album OST “29 Februari” sudah pasti harus dimiliki semua. Selain menyajikan lagu-lagu yang bakal hits didendangkan oleh artis-artis ternama tanah air, album ini akan membawa pendengarnya menghayati lagu dan lirik yang sudah pasti mempunyai hubung kait dengan jalan cerita filem “29 Februari”, sekaligus mempertingkatkan lagi pemahaman anda berkenaan filem tersebut.

Album ini kini berada di pasaran dan dijual dengan harga RM19.90. Anda boleh memiliki album OST “29 Februari” di ke semua cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner berhampiran anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook United Studios.

SENARAI LAGU

1. Babak #1 “Temu Janji”

2. CAHAYA MATA – S.Masroni

3. Babak #2 “Harijadi”

4. JAGALAH DIRI – Jaclyn Victor

5. Babak #3 “Keindahan Senja”

6. KELIP KELIP – Remy Ishak

7. Babak #4 “Maafkan Lily”

8. SEPERTI DULU – Forteen

9. Babak #5 “Sumpahan”

10. KELIP-KELIP – Instrumental

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mencari Ramli Kaki Bola TM

Poster Filem KL Zombie