in ,

Album Kompilasi Terbaru Jamal Abdillah Raja Pop 2

Khas buat peminat Jamal Abdillah, beliau kini muncul dengan album baru, RAJA POP 2!!

Sejak pembabitan dalam bidang seni pada 1979, nama ‘Jamal Abdillah’ tidak pernah lekang disebut oleh peminat muzik tanah air. Bintang pujaan ramai yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu dengan lagu dendangan beliau, “Ghazal Untuk Rabiah” dan “Kekasih Awal & Akhir”, kini muncul dengan album terbaru berjudul “Raja Pop 2”. Album kompilasi ini merupakan lanjutan daripada album terdahulu beliau bertajuk “Raja Pop”, yang telahpun mencapai jualan sebanyak 150,000 unit. Album bekas juara Bintang RTM yang bakal diriliskan menjelang September ini tentunya sesuatu yang tidak akan menghampakan anda…

“Raja Pop 2” menampilkan lagu-lagu daripada seniman tahun 50an dan 60an seperti S Effendy, Yopie Latul dan Rahim Maarof. Selain bertindak sebagai penerbit exercutive bagi album ini, Jamal juga telah bekerjasama dengan Razman, (penerbit lagu yang terkenal dengan lagu “Kalau Mencari Teman” dedangan Ziana Zain), dalam pembikinan lagu “Bahagia Sementara”.

Turut dimuatkan dalam album ini juga adalah sebuah lagu kolaborasi sulung Jamal bersama ikon rap, Malique. Lagu bertajuk “Aku Maafkan Kamu” yang berentak ‘dance’ ini merupakan sebuah lagi lagu segar daripada Jamal Abdillah. Hasil kolaborasi sulung ini tentunya sebuah lagu yang menarik, suatu kelainan yang dinantikan oleh peminat beliau daripada golongan muda khasnya.

RAJA POP 2

Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:
1.Jangan Kau Rayu
2.Bahagia Sementara (New Song)
3.Lagu Rindu
4.Rayuan Maut
5.Perasaan
6.Tangisan Di Waktu Malam
7.Rundung Derita
8.Secupak Dua Cupak
9. Manis Manja
10.Aku Maafkan Kamu duet with Malique

Single pertama beliau daripada album ini adalah sebuah lagu klasik bertajuk “Secupak dua Cupak” yang telah digubah semula. Dengan susunan lagu yang berentak pop ditambah dengan salingan instrument brass pada sepanjang lagu ini, lagu klasik ini bagaikan dilahirkan semula. Elemen jazz yang dimasukkan nyata sesuatu yang segar, khas buat peminat Jamal Abdillah yang tentunya menantikan kejutan dan kelainan daripada bintang pujaan mereka ini.

Secupak Dua Cupak
Senilagu & senikata: Hakcipta Terpelihara
Hakcipta senilagu & senikata: Hakcipta Terpelihara

Kami menyanyi bukannya hobi
Tetapi sudah jadi profesi
Tidak bermaksud ingin terkenal
Cari nafkah yang penting halal

Beginilah hidup seniman
Tak pernah susah selalu senyum
Harta bukan yang jadi ukuran
Yang penting cukup makan dan pakai
La la la du du du

Sesuap dua suap lama lama jadi kenyang
Secupak dua cupak lama lama jadi segantang

Berakit rakit kita ke hulu
Berenang ke tepian
Bersakit sakit dahulu
Bersenang senang kemudian
Sekarang kita melara
Mungkin esok tolong orang

Secupak dua cupak lama lama jadi segantang
Kalau ingin cemerlang kerja jangan tangguh tangguh
La la la du du du

Bersempena dengan penghasilan album ini juga, Jamal Abdillah bakal menghiburkan peminat beliau di Singapura! Hasil kerjasama dengan persatuan Jamiah Singapura, konsert amal ini bakal berlangsung pada 24hb September 2011 bertempat di Stadium Tertutup Singapura.

Jamal Abdillah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat

jamal-abdillah

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program Menarik Syawal & Merdeka di 8TV

U Mobile Celebrates Merdeka Day with Free Calls