in

Album Kompilasi Anthem Nasional

MARI SEMARAKKAN LAGI SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI INI DENGAN ALBUM KOMPILASI “ANTHEM NASIONAL” OLEH WARNER MUSIC MALAYSIA!!!

ANTHEM NASIONAL (SATU INTERPRETASI MERDEKA)

Kemerdekaan memberi makna bebasnya sesuatu daripada segala bentuk jajahan samada secara fizikal mahupun spiritual. Dengan kemerdekaan Negara kita sejak 1957 yang lalu, Malaysia kini telah mencapai status bebas daripada cengkaman kuasa asing selama 55 tahun! Sambutan kemerdekaan ini tentunya suram apabila semangat kenegaraan tidak dikongsi dan dirasai bersama oleh seluruh generasi.

Album Kompilasi Anthem Nasional

Bagi mewujudkan semangat berkobar-kobar menyambut kemerdekaan, bagi menyuntik rasa semangat kekitaan, lantas menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini, Warner Music Malaysia kini dengan bangganya mempersembahkan sebuah album kompilasi yang memuatkan pelbagai lagu bertema kebangsaan!!!

Dengan memuatkan 29 buah lagu popular, album ini menampilkan barisan artis-artis popular seperti Ahmad Jais, Sudirman, Ella, P. Ramlee, Carefree, Freedom dan ramai lagi! Album yang bertajuk ANTHEM NASIONAL (SATU INTERPRETASI MERDEKA) ini menampilkan lagu-lagu ‘wajib’ sambutan kemerdekaan seperti “WARISAN” dan “31 OGOS” oleh SUDIRMAN, “BAHTERA MERDEKA” oleh AHMAD JAIS dan banyak lagi!

Tidak lupa juga, album ini turut menampilkan lagu-lagu bertema kebangsaan yang merujuk kepada identiti Negara tercinta seperti JOGET MALAYSIA, KAIN SONGKET, RINGGIT, NASI DAGANG, dan beberapa lagi lagu menarik yang tentunya menggetarkan jiwa anak Malaysia!

Khas buat warga Malaysia yang berjiwa patriotik, mari dapatkan album ini di pasaran bermula 14 Ogos ini! Album ini boleh didapati dengan harga hanya RM27.90!!!

SENARAI LAGU

Disc 1

1. Legenda – Sheila Majid

2. Warisan – Sudirman

3. Saya Anak Malaysia – Dr Sam

4. Joget Malaysia – P Ramlee & Saloma

5. Gemilang – Ella

6. Di Desa Kasihku Tertumpah – D J Dave

7. Lagu Kedamaian – Sharifah Aini

8. Mulanya Di Sini – Freedom

9. Satu – Sm Salim & Zainal

10. Bahtera Merdeka – Ahmad Jais

11. Kain Songket – Saloma

12. Taman Rohani – Hillary Feat Saleem And Arab

13. Standing In The Eyes Of The World – Ella

14. Ikhlas Tapi Jauh – Artis Rap

Disc 2
1. 31 Ogos – Sudirman

2. Bendera Damai – Ella

3. Teraju Negara – Latiff Ibrahim

4. Ringgit – Rafeah Buang

5. Baju Hijau – Carefree

6. Hijau – Zainal Abidin

7. Dunia Hanya Pinjaman – Uji & Hail

8. Nasi Dagang – Rosemarai

9. Madahku – Saloma

10. Khatulistiwa – Blues Gang

11. Gadis Melayu – Jamal Abdillah

12. Bukan Kerana Nama – Ramli Sarip And A Romzi

13. Malaysia Indah – Khadijah Ibrahim

14. Lagu Untu Kuala Lumpur – Tom

15. Tegakkan Bendera Kita – Sudirman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Pelakon Amyza Aznan Keguguran Anak Ketiga