in , ,

Alami Keriangan Trend Korea Bersama Perisa Baharu Jack ‘N Jill Roller Coaster Spicy Seaweed!

Tampil dengan pose bergaya ‘Masit-da’ dan memenangi hadiah menarik berjumlah hingga RM20,000

Ucapkan annyeonghaseyo kepada perisa terbaru edisi terhad JACK ‘n JILL Roller Coaster, Spicy Seaweed! Perisa yang unik ini, hasil inspirasi gelombang Korea yang sudah popular di Malaysia, JACK ‘n JILL Roller Coaster Spicy Seaweed bakal memberikan rasa pedas menyengat bersama dengan rasa rumpai laut enak dalam gegelang ubi kentang rangup JACK ‘n JILL Roller Coaster yang popular. 

Perisa baharu ini bakal menjadi makanan ringan kegemaran ramai rakyat Malaysia yang sudah biasa dengan hidangan Korea. Untuk menambahkan lagi keseronokan menikmati snek perisa baharu yang enak ini, penggemar makanan ringan ini juga akan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM20,000 termasuk Hadiah Utama telefon bimbit Samsung Galaxy S Series apabila mereka menyertai Peraduan JACK ‘n JILL Roller Coaster K-wave Fun & Win. Hadiah lain untuk dimenangi ialah Samsung Galaxy Tab S7 Wi-Fi, Jam tangan Samsung Galaxy 4 Klasik dan 30 RM250 wang tunai.

Rc Spicy Seaweed Kv Aboard V6 Fa

“Gelombang Korea sudah menjadi trend yang popular di mana ianya melebihi penangan K-pop dan K-drama. Rakyat Malaysia juga amat menyukai makanan Korea, berdasarkan banyak produk makanan dan minuman Korea yang terdapat di negara ini.

“Disebabkan populariti dan ikutan ini yang semakin meningkat, kami membuat keputusan untuk memperkenalkan perisa baharu Spicy Seaweed kerana kami yakin ia akan menjadi popular dengan penggemar sedia ada mahu pun yang baharu,” kata Pengarah Urusan URC Snack Foods Malaysia, Maria Sarah Albert. Kerangupan snek kentang kami yang digabungkan dengan rasa pedas dan rasa rumpai laut akan memuaskan penggemar snek kami, membuatkan anda menginginkannya lagi.”

Peraduan K-wave Fun & Win akan bermula dari 1 Februari hingga 31 Mac 2022 dan sangat mudah untuk para peserta mengambil peluang untuk memenangi hadiah menarik :

Langkah 1: Beli JACK ‘n JILL Roller Coaster yang bernilai RM5 dengan sekurang-kurangnya satu perisa terbaru Spicy Seaweed. Pastikan anda menyimpan resit pembelian. 

Langkah 2: Ambil gambar mengikut kretiviti tersendiri dengan mengenakan gaya K-wave Fun Masit’-da bersama-sama gegelang ubi kentang yang diletakkan di jari peminat sejati Korea dan pek JACK ‘n JILL Roller Coaster Spicy Seaweed 

Langkah 3: Muat naik gambar tersebut di akaun Instagram dan Facebook anda dan pastikan anda ’tag’ kami di Facebook (URC.ROLLERCOASTER) atau Instagram JACK ‘n JILL Roller Coaster (ROLLERCOASTERMALAYSIA) serta letakkan #JACKnJILLRollerCoasterSpicySeaweed #JACKnJILLRollerCoasterMasitda

Tidak pasti bagaimana untuk menghasilkan gambar menarik anda? Anda boleh dapatkan idea menarik bersama kawan-kawan JACK ‘n JILL Roller Coaster dan ia bakal memberikan anda beberapa gambaran menarik! Anda boleh mengikuti Alex Ho (@alex_hkf), Kasih Iris Leona (@kasihirisleona) dan Akmal Zahiruddin (@zahirzxm) di media sosial untuk melihat bagaimana mereka mengenakan gaya K-wave yang sangat menarik dan kreatif bersama JACK ‘n JILL Roller Coaster Spicy Seaweed.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.urc.com.my or www.facebook.com/urc.rollercoaster. Alamilah keseronokan bersama JACK ‘n JILL Roller Coaster perisa Spicy Seaweed.

#JACKnJILLRollerCoasterSpicySeaweed 

#JACKnJILLRollerCoasterMasitda

Mengenai URC Snack Foods (M) Sdn Bhd

URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd., ialah sebuah anak syarikat Universal Robina Corporation dari Filipina, yang mengilang dan mengedar Kerepek Kentang JACK ‘n JILL yang popular di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1982 dan memulakan operasi komersial pada 1984. Sejak itu, URC telah berjaya mengembangkan produknya daripada sekadar berasaskan kerepek kentang kepada pelbagai snek makanan lain yang berada di bawah penjenamaan JACK ‘n JILL. Di antara makanan snek yang dihasilkan termasuklah jenama “Roller Coaster”, “Potato Chips”, “Jigs”, dan “Corn Curls”. Selain itu, URC turut menghasilkan produk-produk lain seperti coklat “Cloud 9” dan “NIPS”, biskut “Cream-O” dan “Magic”, serta gula-gula “Cloud 9” dan “Dynamite”. URC Malaysia juga mengeksport produknya ke 15 buah negara di Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Mengenai CALBEE Foods Co. Ltd

CALBEE, Inc. merupakan pengeluar dan pengedar makanan snek dan bijiran terkemuka Jepun. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1949 dan mula membangunkan teknologi bagi menghasilkan produk biskut tawar tepung gandum pada 1955. Syarikat ini telah memperluaskan produk dan pasarannya ke Amerika Syarikat pada tahun 1970, seterusnya diikuti dengan Thailand, Hong Kong, dan China. Kini Calbee, telah dikenali di seluruh dunia dengan mengusahakan produk-produk yang unik menggunakan sistem kawalan yang bermutu tinggi bagi menjamin makanan yang berkualiti, selamat, lazat dan menyeronokkan untuk pengguna di seluruh dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awan

Dari Dek Kapal Ke Pentas Seni, Awan Muncul Dengan Single Pertama The Selawat

Mina Mila | 19

Jaguh Kartun Perkenal Animasi Islamik Tempatan Terbaharu LITTLE AMMAR DAN MINA MILA