in ,

Akui Populariti Jatuh Lepas Kahwin, Elizabeth Tan Tidak Tinggal Bersama Suami

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengakui popularitinya jatuh mendadak selepas mendirikan rumah tangga sejak tahun 2021.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy menyedari perkara itu apabila jumlah ‘likes’ yang diterima di media sosial semakin berkurang berbanding sebelum berkahwin.

“Saya lihat engagement di media sosial, dulu kalau satu post sahaja boleh dapat 100 ribu likes sekarang maksimum 20 ribu likes jadi nampak sangat turun.

“Tapi kita kena terima sahaja sebab takkan saya tak kahwin sampai bila-bila.

“Tapi mungkin semua ni takdir tuhan jadi saya percaya apa yang terjadi dalam hidup adalah sebab masa yang ditetapkan oleh tuhan,” katanya.

Menurutnya, dia masih tidak tinggal bersama suaminya, Ding Siew Jim kerana memilih untuk tinggal bersama ibu bapa sendiri.

Namun, mereka merancang untuk tinggal bersama jika dirinya hamil satu hari nanti.

“Saya harap peminat masih sayangkan Lizzy walaupun dah kahwin, saya masih orang yang sama.

“Kami pun tidak tinggal satu rumah pun. Dia duduk dengan mama dia. Lizzy duduk dengan mama saya.

“Kalau saya pregnant, memang saya akan minta dia stay more dengan Lizzy tapi dia cakap dia masih nak balik dekat rumah mama dia once in a while.

“Sebab dia pun bekerja untuk mama dia so, dia balik rumah tu untuk buat kerja,” jelasnya.

Mengulas tentang isu ‘penyondol’, dia sudah memberi peringatan kepada suami jika berlaku curang, dia akan mengadakan sidang media untuk mendedahkan perkara tersebut.

“Saya cakap kat dia kalau dia curang dengan saya, saya akan buat sidang media dan satu Malaysia akan tahu dia curang dengan saya serta saya akan dedah muka dia dengan perempuan tu.

“Reaksi dia cuma biasa sahaja, jadi harap-harap dia takkan buat perkara macam itulah,” ujarnya secara bergurau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Memuji Kualiti Iklan Baju Melayu Bulan Bintang Lakonan Beto Kusyairy

PAMUNGKAS

Pamungkas Kembali Bawa Mimpi Ke Kuala Lumpur, Kali Ini Perform di Nusa Fest