in , ,

AKU BUKAN GEISHA Drama Bersiri Terbaharu Di TV2

Menjalani penggambaran di negara Jepun dan memilih aktres Indonesia melakonkan watak heroin, Disha Devina antara tarikan yang dijanjikan dalam drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Aku Bukan Geisha” mulai 18 April ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam di TV2.

13 episod arahan Mohd Feroz Abdul Kader Saheb ini turut mengetengahkan barisan pelakon utama Ben Amir, Meor Mohamad, Zila Bakarin dan Syafnida Shuhaimi.

Aku Bukan Geisha di TV2

Kisah cinta segi tiga sahabat yang penuh konflik ini tentang cinta segitiga antara tiga sahabat baik iaitu Shah, Nomiko dan Aidil. Ibu Aidil merancang memutuskan pertunangan anaknya dengan Mira. Keluarga Mira menerimanya dengan kesedihan. Mira mengamuk di pejabat Puan Maimun yang akhirnya Puan Maimun meminta Aidil berehat sambil melihat cawangan syarikat barunya di Osaka, Jepun dan menemani Shah.

Aidil menumpang di rumah Shah sepanjang berada di Jepun. Mereka berpeluang berhibur di pusat hiburan geisha dan berjumpa dengan Nomiko, geisha kacukan Jepun dan Indonesia. Puan Maimun tunangkan Aidil dengan Saleha.

babak dalam Aku Bukan Geisha

Nomiko berhasrat mendalami Islam dengan pak ciknya ketika di Indonesia. Nomiko mengajak Shah keluar bersiar-siar. Meskipun sukar menerima, Aidil akur bertunang dengan Saleha. Shah pulang ke Malaysia dan mendapat restu ibunya untuk meminang Nomiko. Natrah terkilan kerana Shah menolak cintanya. Dalam masa yang sama Aidil telah melamar Nomiko. 

Shah kembali ke Jepun setelah ibunya merestui Nomiko sebagai pilihannya. Namun hatinya hancur bila mengetahui Nomiko telah menerima lamaran Aidil. Shah akur. Berita Aidil bercinta dengan Nomiko diketahui Puan Maimun. Dia dan Saleha kemudiannya mengatur rancangan supaya Aidil pulang ke Malaysia. 

Nomiko memeluk Islam dengan ditemani Shah. Aidil putuskan pertunangan dengan Saleha dan bernikah dengan Nomiko. Aidil membawa isterinya Nomiko ke Malaysia. Mereka hidup bahagia tetapi merahsiakan perkara tersebut daripada keluarga Aidil. Puan Maimun mula rimas dengan sikap Saleha namun didiamkan. Saleha bimbang dengan kelakuan Aidil yang sering menjauhinya. Sementara Nomiko menyampaikan berita gembira kepada Aidil dia mengandung.

Disha Devina… aktres wanita Indonesia pegang watak utama drama ini

Curiga dengan sikap dingin Aidil terhadapnya, Saleha mula mengekori Aidil. Hinggalah satu hari terbongkar rahsia Aidil sudah mengahwini Nomiko. Saleha berterusan menjadi batu api. Puan Maimun memaksa Nomiko supaya mengizinkan Aidil menikahi Saleha. Menggunakan kuasa vetonya, Nomiko akhir akur Aidil berkahwin dengan Saleha. Dalam masa sama Shah dan Natrah juga diijabkabulkan. Aidil dan Saleha berbulan madu ke Pulau Perhentian, namun Aidil terpaksa pulang segera kerana ibunya membuat panggilan kecemasan, Nomika dimasukkan ke hospital kerana masalah kandungannya. Saleha tidak puas hati.

Sejak itu Saleha selalu membuli Nomiko mujur dihalang Puan Mariam kerana Nomiko sarat mengandung dan telah banyak kerja rumah yang telah dilakukannya. Puan Maimun berang dengan sikap Saleha yang selalu pulang lewat malam dengan alasan yang tidak munasabah sementara Aidil pula sedang menguruskan kerja di Jepun. Pemeriksaan doktor mendapati jangkitan kanser Puan Maimun mula beransur sembuh dan dia dibenarkan untuk ke pejabat. 

Sementara Nomiko melahirkan hasrat untuk membuka sebuah gedung pakaian berkonsepkan tradisional Jepun dan cadangannya itu mendapat restu Aidil dan Puan Maimun. Nomiko selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Puan Maimun banyak memberi tumpuan kepada bayi dan Nomiko. Saleha cemburu.

Shah turut datang menziarahi keluarga Aidil tetapi malang keretanya terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan pulang dan meragut nyawa isterinya. Aidil datang menziarahinya yang masih dalam kemurungan. 

Puan Maimun terserempak menantunya Saleha sedang berdua-duan dengan Fakhrul di ofis. Saleha panik. Di rumah Puan Maimun menegur perbuatan Saleha dan Saleha tidak berpuashati lalu menolak jatuh Puan Maimun. Puan Maimun mengalami gegaran otak menyebabkannya lumpuh dan sukar bercakap. Puan Maimun kemudiannya meninggal dunia kerana gegaran otak akibat Saleha menolaknya jatuh. 

Pembahagian pusaka tidak memihak kepada Saleha kerana Puan Maimun telah mengubah wasiatnya. Aidil memberikan sebahagian haknya kepada Saleha. Saleha tetap dengan rancangannya untuk merosakkan kehidupan Nomiko dan anaknya. 

Shah ke Kuala Lumpur dijemput ke majlis pembukaan gedung pakaian Nomiko. Aidil merasa cemburu. Saleha merancang memfitnah Nomiko dengan lelaki bernama Fuad. Shah risau tentang kesihatan Aidil kerana penyakit lamanya kembali menyerangnya. Saleha dengan bantuan Fakhrul memfitnah Nomiko diperangkap berdua-duan dengan Fuad dalam kereta dan Aidil sendiri yang melihatnya. Tanpa sempat memberi penjelasan Nomiko diceraikan dan dihalau dari rumah. 

Shah cuba membantu tetapi gagal. Aidil kemurungan akibat tekanan. Saleha gembira dengan keputusan Aidil tetapi turut tertekan melayan karenah Aidil. Saleha mengajak Fakhrul melarikan diri. Fakhrul pula mahu membolot harta Saleha. 

Shah selalu menemani Nomiko dan anaknya Icha jika kelapangan dan akhirnya mencurahkan hasratnya menjadikan Nomiko sebagai isterinya. Fuad mendatangi Aidil dan menceritakan rancangan jahat Saleha memfitnah Nomiko dan menduakannya. Aidil mengamuk dan membatalkan cadangan pindahan sahamnya kepada Saleha. Fakhrul pula menceraikan Saleha. Akibat marah kerana Fakhrul telah mengingkari janjinya Saleha telah mengurung Fakhrul di sebuah pondok dan Shah telah menghubungi polis menyelamatkannya dan mereka berdua ditahan untuk siasatan. 

Syah membawa Nomiko ke kampung berjumpa ibunya. Ibunya merestui hubungan Shahadat dengan Nomiko dengan syarat semuanya bersetuju. Syah, Nomiko dan ibunya merasa hairan kerana Aidil turut datang ke rumahnya. Dalam masa yang sama Aidil rupanya merancang sesuatu. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fiesta MED: Usahawan Wira Ekonomi di MITC, Melaka

Songkran Celebration & Media Preview of dimsum