in , ,

Aksi Santai Doktor Kembar Jawab Pertanyaan Kanak-Kanak Dalam OPERATION OUCH! di TV1

Apa yang akan terjadi bila kerangka manusia, angin kentut, dan hingus ada terletak di bahagian hadapan tubuh anda? Pertanyaan spontan dari anak-anak, seperti mengapa hingus keluar dari hidung ketika sakit ternyata begitu bersemangat ditanyakan.

Segala persoalan ini bakal dijawab oleh doktor kegemaran program TV Australia menerusi program diberi tajuk “Operation Ouch!” yang juga dipenuhi dengan aksi luar biasa, eksperimen mengujakan dan fakta yang menakjubkan.

26 episod program santai sains untuk kanak-kanak ini disiarkan mewarnai hujung minggu seisi keluarga mulai 5 Mac ini, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, pukul 10.30 pagi mengisi slot TV1 Kids di TV1. 

Aksi Santai Doktor Kembar Jawab Pertanyaan Kanak-Kanak Dalam Operation Ouch! Di Tv1

Dr Chris & Dr Xand, pasangan doktor kembar ini berkongsi aksi perubatan yang lebih luar biasa, fakta menarik mengenai tubuh manusia dan bahkan eksperimen yang lebih mengujakan. Apatahlagi bila melibatkan semua perkara yang disukai oleh anak-anak mengenai siri yang disiarkan secara langsung di atas pentas.

Menariknya pendekatan dilakukan doktor bagi menjawab persoalan diajukan oleh kanak-kanak yang bertanya. Jawapan atas pertanyaan cairan yang keluar dari hidung tadi kerana kedudukan hidung yang berhubung dengan perut. Untuk membuktikannya, Dr Xand minum susu berwarna biru, susu berwarna kuning, dan susu berwarna hijau lalu keluar cairan susu dari hidungnya. 

Latar belakang dua dokter kembar lulusan Oxford ini khusus dalam dunia kedoktoran yang berkaitan dengan penyakit berjangkit seperti malaria dan demam berdarah. Dr Chris meraih gelar doktor dalam bidang virologi molekuler, sedangkan Xand seorang ahli Ebola. 

Aksi Santai Doktor Kembar Jawab Pertanyaan Kanak-Kanak Dalam Operation Ouch! Di Tv1

Keduanya membahagikan waktu bekerja dan penelitan kedoktoran mereka. Kedua-duanya juga menghabiskan waktu di tempat-tempat terpencil sambil mempelajari praktik perubatan mereka di pedalaman Amerika Selatan, Afrika, dan Asia Tenggara. 

Suasana humor yang ditonjolkan dalam program ini membuat penjelasan berbagai ubat dan penyakit kepada kanak-kanak supaya menjadi lebih difahami. Dr Xand mengatakan, mereka mencuba berbagai cara untuk memastikan penuntut bidang perubatan juga dapat mempelajari sesuatu daripada apa yang mereka kongsikan. 

Namun, pertunjukan perubatan ternyata menyumbang pengaruh besar dalam golongan kanak-kanak. Yang positifnya bila mana kanak-kanak yang menghidap penyakit mula berasa yakin bahawa penyakit mereka akan sembuh. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arill Fesol | 23

The Art Of The Process: New Collection From Puma And Michael Lau

Budiey | 24

Puma Signs DJ Snake As Ambassador For The New Mirage Sneaker Franchise