Kuala Lumpur, bersiap sedialah! Bukan sekadar metafora, tetapi satu kenyataan yang bakal menjadi realiti. Pada 28 Jun 2025, tepat jam 8.30 malam, kumpulan rock ikonik Akim & The Majistret akan menggegarkan pentas Mega Star Arena dengan konsert solo pertama mereka yang cukup dinanti-nantikan – Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur.
Konsert ini bukan calang-calang. Ia adalah satu bentuk pengisytiharan rasmi daripada kumpulan ini bahawa mereka kini bersedia mengukir sejarah dalam landskap muzik Malaysia. Nama “Rampas Kuala Lumpur” bukanlah sekadar tajuk konsert yang catchy, sebaliknya diangkat terus daripada lagu hit mereka sendiri, “Rampas” – lagu yang sarat dengan elemen kuasa, emosi, dan pemberontakan artistik.
Lebih 20 Lagu Akan Dipersembahkan Secara Langsung, Penuh Adrenalin
Bersedia untuk malam yang penuh deruan muzik, getaran vokal dan sorakan tanpa henti, kerana lebih daripada 20 buah lagu akan dibawakan secara langsung – menjadikan konsert ini sebagai satu manifesto muzik rock Malaysia. Ini bukan hanya hiburan, ini adalah satu bentuk revolusi sonik. Ini adalah momen di mana Akim & The Majistret memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai satu kuasa besar dalam muzik tanah air.
Tiket Sudah Dijual! Pilih Zon Anda Dan Sertai Misi Rampasan
Bagi peminat tegar yang ingin menjadi sebahagian daripada peristiwa besar ini, berikut adalah kategori tiket yang boleh dipilih:
- SAKSAMA (ROCKZONE) – RM189.00
- POTRET (VIP SEATING) – RM249.00
- MEWANGI (NORMAL SEATING) – RM159.00
Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman rasmi: www.ticket2u.com.my
Konsep Unik: Konsert Atau Misi Rampasan Kuasa?
Apa yang membezakan konsert ini dengan yang lain adalah identiti unik dan konsep penceritaan yang dibawa oleh kumpulan ini. Akim tampil sebagai Komander Akim, manakala ahli-ahli lain membawa watak sebagai Tentera Majistret, sebuah pasukan pemuzik elit yang tekad dengan satu misi utama – merampas Kuala Lumpur.
Tetapi mereka tidak bergerak bersendirian. Mereka perlukan anda. Ya, anda yang memegang tiket akan secara automatik dilantik sebagai “Perisik Majistret” – agen rahsia yang akan membantu menjayakan misi ini dari dalam.
Setiap nyanyian, sorakan dan tenaga anda bukan sekadar sokongan biasa, ia adalah senjata utama dalam menjayakan rampasan kuasa ini. Dan yang menariknya, para Perisik Majistret akan turut diberikan beberapa misi khas sebelum konsert berlangsung, menjadikan pengalaman ini jauh lebih mendalam dan bermakna.
Strategi Pemasaran Berani Daripada Racus Studio
Rakus Studio selaku rakan kreatif rasmi tampil berani dengan konsep ini – bukan hanya sebagai strategi pemasaran untuk menjual tiket, tetapi sebagai satu pengalaman mendalam yang mengubah penonton menjadi watak penting dalam naratif konsert itu sendiri.
Mereka bukan lagi penonton, tetapi askar dalam sebuah perang muzik yang epik. Dan hanya pemegang tiket yang akan tahu apa sebenarnya yang bakal terjadi pada malam konsert itu. Rahsia besar akan terbongkar hanya untuk mereka yang benar-benar hadir!
Siapa Sebenarnya Akim & The Majistret?
Akim & The Majistret bukanlah kumpulan biasa-biasa. Mereka adalah gabungan pemuzik terunggul dari kumpulan-kumpulan terkenal Malaysia:
- Akim Ahmad (Vokalis)
- Wan 6ixth Sense (Dram)
- Freddy Hyper Act (Gitar)
- Gjie 6ixthsense (Gitar)
- Zimi Sofazr (Gitar)
- Fairuz Sofazr (Bass)
- Afiez Azam New Boyz (Keyboard)
Mereka ini adalah legenda hidup, dan bila digabungkan, mereka menjadi sebuah kuasa muzik yang tak boleh ditandingi. Lagu-lagu seperti “Potret”, “Mewangi”, “Obses” dan “Rampas” sudah membuktikan kredibiliti mereka – kini tibalah masanya untuk merampas Kuala Lumpur secara rasmi dan terbuka!
Kuala Lumpur Hanya Permulaan, Akan Ada Siri Jelajah Lain!
Ya, konsert ini hanyalah pembukaan kepada siri jelajah besar-besaran yang akan diumumkan kemudian. Jadi kalau anda rasa ini sekadar konsert biasa – anda silap besar. Inilah permulaan kepada kebangkitan baru muzik rock Malaysia!
Cara Untuk Dapatkan Tiket Percuma? Jangan Lepaskan!
Nak tiket percuma, merchandise khas, atau kejutan menarik? Follow @showtagasia di Instagram & TikTok untuk menyertai kempen promosi eksklusif. Siapa tahu, anda mungkin antara yang bertuah untuk merampas tiket secara percuma!
Info Penganjuran Dan Rakan Kolaborasi
Konsert ini dibawakan oleh Juragan, dianjurkan oleh Showtag Entertainment, dengan Racus Studio bertanggungjawab dalam konsep, pemasaran dan merchandise. Turut berganding tenaga ialah Tessera, manakala Era, Sinar dan THR Gegar pula bertindak sebagai rakan media rasmi.
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, ini adalah antara projek konsert yang paling kreatif, berani dan immersive pernah dianjurkan di Malaysia. Ia bukan sekadar persembahan muzik, tetapi pengalaman sinematik secara langsung yang melibatkan peminat secara menyeluruh.
Konsep “Perisik Majistret” benar-benar meletakkan pemegang tiket dalam naratif konsert, menjadikan mereka sebahagian daripada ‘cerita’. Inilah jenis pengalaman konsert yang generasi sekarang dambakan – lebih interaktif, lebih real dan lebih bermakna.
Kalau anda seorang peminat muzik rock sejati, atau mungkin sekadar pencinta seni kreatif, jangan lepaskan peluang ini. Budiey percaya, 28 Jun 2025 bakal tercatat dalam sejarah sebagai malam muzik rock Malaysia bangkit semula dengan gegaran sebenar.
Jangan sekadar jadi pemerhati, sertailah misi rampasan ini dan jadi sebahagian daripada sejarah muzik tanah air!