in ,

Akim & Stacy Dilantik Jadi Duta Walls Cornetto

Akim, Stacy Dilantik Duta ‘Cornetto’ Perkukuh Hubungan Cinta?

Pada jam 3 petang 17 Februari 2011, Walls Cornetto telah mengadakan satu sidang media Pelancaran Duta Terbarunya dan Kempen Lafazkannya dengan Stail Cornetto.

Maka terjawab sudah teka teki siapakah duta terbaru Walls Cornetto. Kerana sebelum ini Akim dan Stacy pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dan kali ini mereka bertuah dilantik sebagai duta terbaru aiskrim Wall’s Cornetto bagi kempen ‘Lafazkannya dengan stail Cornetto’.

Pelantikan ini dilihat lebih menguatkan gosip bahawa mereka benar-benar bercinta.

Bagaimanapun kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku hanya akrab sebagai kawan dan hubungan itu profesional sebagai rakan sekerja.

Malah Akim yang dua tahun berturut-turut dipilih sebagai duta aiskrim itu menolak desas-desus kononnya dia yang mencadangkan nama Stacy untuk sama-sama menjadi duta aiskrim itu.

“Saya tidak pernah mencalonkan nama Stacy dan tidak tahu dapat menyambung kontrak buat kali kedua sebagai duta Wall’s Cornetto bersama-sama Stacy. Jadi apabila mendapat tahu nama Stacy disebut untuk bergandingan dengan saya, sudah pasti saya gembira kerana kami berkawan baik. Mungkin juga pemilihan kami ini sedikit-sebanyak disebabkan gosip bercinta sebelum ini,” kata Akim, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia muzik ketujuh (AF7).

Pasangan itu ditemui pada majlis sidang media dan pengumuman rasmi pelantikan mereka sebagai duta Wall’ Cornetto untuk kempen ‘Lafazkannya dengan stail Cornetto’.

Kedua-duanya turut menyampaikan lagu tema kempen tersebut berjudul Jahatnya Cinta gubahan Edry Abdul Halim hasil gabungan lagu Inilah Cinta oleh Akim dan Jahat oleh Stacy yang diberi sentuhan remix baru dan bertenaga.

Sebagai duta produk tersebut, Akim dan Stacy menggalakkan para remaja menyertai peraduan meluah perasaan melalui lagu merdu dan lirik yang kreatif mulai 14 Februari hingga 30 April ini.

Untuk menyertai, layari www.facebook.com/iluvcornetto dan kumpul mata daripada penutup Cornetto untuk membida artis pilihan di samping memenangi hadiah harian dan bulanan seperti iPhone 4, iKaraoke, iPod Shuffle, thumb drive, rantai kunci serta cakera padat istimewa Cornetto.

Para peminat aiskrim Wall’s Cornetto perlu membeli aiskrim jenama tersebut dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) nombor kod yang tertera pada penutup kon minuman itu ke 36322. – via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pirates of the Caribbean On Stranger Tides

Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru